Thursday, 12 May 2016

Pantai Bukit Kluang

Keunikan Pantai Bukit Kluang Besut Terengganu

Pantai Bukit Kluang adalah terletak di Kampung Bukti Keluang, Besut, kira-kira 4 km dari Pekan Kuala Besut.. Pantai ini adalah lebih kurang 4-5 km dari Pantai Air Tawar. Pantai ini adalah kira-kira 125 km dari kuala Terengganu, 60 km dari Kota Bharu dan 21 km dari Jertih. 

Pantai ini adalah unik kerana terdapat struktur batuan di tepi pantai yang membentuk gua-gua kecil. Pantai ini sangat sesuai untuk sebarang aktiviti bersama-sama orang tersayang.

Di sini anda boleh berkelah di hujung minggu. Anda sudah pasti akan menceritakan memori silam di suatu masa nanti. Lebih-lebih lagi anda sudah pasti akan menitis air mata bila mengimbau kembali indah semuanya itu.

Di sini juga berlakunya pendaratan pelarian Vietnam pada tahun 70an dari kapal Hai Hong, kapal Perang Amerika dan bot-bot nelayan yang penuh sarat dengan manusia. 

Terdapat gerai-gerai yang menjual makanan dan minuman. Ada tandas awam dan wakaf. Anda juga boleh mendaki Bukit Keluang. Pemandangan di atas Bukit Keluang adalah sangat cantik terutama semasa sunrise dan sunset


Terdapat juga lagun air yang cantik seperti  tasik dengan alam sekitar yang bersih.

 Abadikan kedatangan anda dengan kamera lensa bersama keluarga dan teman-teman.

Anda pasti terhibur dengan air laut yang biru sambil mengutip kulit siput dan tapak sulaiman yang cantik.

Anda juga boleh berkelah di dalam gua. Gua-gua ini pada dahulukala menjadi tempat persembunyian lanun-lanun.

 Sekumpulan pemuda sedang bermain gelungsor.

Lokasinya tidak jauh dari jeti Pulau Perhentian dan juga Pulau Redang.

Struktur pantai yang landai dan berteluk sangat sesuai dan selamat untuk aktiviti mandi manda.

Pelantar pejalan kaki yang roboh dek hakisan angin dan ombak.

21 comments:

  1. CANTIK SANGAT PANTAINYA NI...

    ReplyDelete
  2. Saya ke Kuala Besut pada awal bulan April lalu... tapi tak sempat singgah di sini...

    ReplyDelete
  3. Salam singgah jumaat MKL....cantiknya pemandangan...suka tengok laut yang membiru tu...

    ReplyDelete
  4. Teringat zaman belajar dulu buat program di kem sri kluang.

    ReplyDelete
  5. berkelah dalam gua tu aktiviti rare gak tuh...bkn semua tempat boleh berkelah dalam gua...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  6. menarik..tak pernah sampa sini.great sharing

    ReplyDelete
  7. wah tempat jalan" yang seru pak kim....

    ReplyDelete
  8. rupanya di Malaysia ada pantai indah dan bersih mcm ni ...

    ReplyDelete
  9. kalau berkhemah kat sini agak2 best tak...manalah tahu leh tgk penyu mendarat ke ;p

    ReplyDelete
  10. JM kalau ke pantai ni nak tembak sunset jek

    ReplyDelete
  11. Fuhh seronok... nampak nyaman dan adventurous... best ni!

    ReplyDelete
  12. kawasan terengganu tak sampai lagi. tah bila la dapat ke sana

    ReplyDelete
  13. pergh, siap ada orang main luncur air.. ombak kuat ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ombak memangkuat. Best bermain luncur air.

      Delete
  14. Ooo "selaut" lah dengan perhentian ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang selaut dengan Pulau Perhentian. Cantik ye.

      Delete
  15. Saya mmg suka laut ... hihihi

    ReplyDelete
  16. Kalu SS ke pantai ni... Nak cuci mata jek.. He He He...

    ReplyDelete
  17. tak pernah sampai lagi ke sini MKL...walaupun kerap juga ke Terengganu

    ReplyDelete
  18. cantiknya.... boleh bookmark tempat ni bila ke terengganu... :)

    ReplyDelete