Monday 20 June 2016

Kasih sayang mak ayah tidak bertepi

Hari ini dapat post daripada  group kejiranan yang amat cantik isi kandungannya.
Cerita mak ayah dengan anak-anak tersayang. 
Rumah ibu bapa adalah rumah bagi anak-anak. Tapi tak semua rumah anak-anak adalah rumah ibu bapa. 
Anak- anak boleh bebas keluar masuk  dalam rumah ibu bapa.

Makan apa sahaja.

Tengok siaran tv ikut suka hati
Guna apa saja kepunyaan ibu bapa ikut suka hati

Tetapi
Ibu bapa tak boleh buat sesuka hati kat rumah anak- anak.
Tak boleh masak sesuka hati.
Makan apa yang ada dalam peti ais ikut suka.
Buat apa sahaja ikut suka.
Anak tetap akan berkecil hati dengan ibu bapa.



Begitu juga.
Kenderaan ibu bapa adalah kenderaan anak-anak.
Anak-anak boleh guna kenderaan ibu bapa ikut suka hati.
Minyak penuh balik kosong pun ibu bapa tak kisah.
Kalau rosak semua ibu bapa tanggung.

Tetapi
Tak semua kenderaan anak-anak ibu bapa boleh guna.
Apatah lagi dengan sesuka hati.
Takut rosak lah.
Takut langgar lah.
Takut calar lah.
Kalau guna pun.
Pastikan minyak penuh semula.
Kalau rosak pun ibu bapa kena hantar pomen baiki sebelum bagi kepada anak- anak.

Itulah bezanya ibu bapa dengan anak- anak.
Ibu bapa sentiasa mengasihi anak-anak.

Tetapi anak-anak.
Belum tentu mengasihi ibu bapa.
Mereka kasih kepada harta mereka melebihi ibu bapa.
Mereka ada masa utk membetulkan moto kesayangan mereka bila rosak tetapi mereka tiada masa hantar ibu bapa ke klinik bila emak memerlukan.

Mereka ada masa untuk membawa anak isteri bercuti.
Tetapi mereka tiada masa untuk cuti menziarahi ibu bapa yg rindukan mereka.
Mereka sayang ambil cuti untuk melawat emak.
Sibok dengan kerja dan tak boleh cuti menjadi alasan.
Tetapi mereka tidak sayang ambil cuti bila kawan baik kawin.

Ibu bapa ingin melihat anak-anak sempurna walaupun semampu yang ada.
Tetapi anak- anak belum tentu boleh sempurnakan hajat ibu bapa walaupun anak-anak berharta.

Bila isteri bercerita anak tahu apa yang isteri mahukan.Tetapi bila ibu bapa bercerita anak-anak buat tak faham apa yang ibu bapa mahukan...Ibu bapa tidak akan meminta secara terus kpd anak-anaknya kerana ibu bapa takut anak akan terasa.
Inilah di antara isi kandungan kuliah yang sangat terkesan dan realistik dalam keadaan dunia di akhir zaman ini.
Mudah-mudahan kita tergolong sebagai anak-anak yang berbakti kepada orang tua kita dan tak disisihkan atau diabaikan semasa kita sudah meningkat tua nanti.Insha Allah....

Dari whatsapp group. 

16 comments:

  1. kasih ibu smpi ke syurga kasih bapa sepanjang masa

    ReplyDelete
  2. kadangkala betul juga bila tengok realiti yg berlaku zaman sekarang ni. semoga saya boleh jadi anak yg berbakti pada ibubapa..

    ReplyDelete
  3. Kasih bapa hidup sejahtera, kasih ibu membawa ke syurga...

    ReplyDelete
  4. Itulah reality kehidupan yang terpaksa ditempuhi bila menjadi ibubapa...

    ReplyDelete
  5. hargai dan bahagiakan ibu bapa kita selalu

    ReplyDelete
  6. Dari kecik lagi pasang niat nak bawa mak ayah pergi haji..walaupun sekarang ni mak ayah da tua tapi niat tu masih ada..

    http://lynk.my/jnrQ

    ReplyDelete
  7. sebagai menantu, mengasihi ibubapa mertua spt ibu bapa sendiri...kdg2 isteri serba-salah, bila suami tk memahami perasaan isteri nk berbakti pada ibubapa sendiri...sedih, terpaksa pendam perasaan..

    ReplyDelete
  8. KASIH IBU BAPA TRHDP ANAK2 TIADA TANDINGNYA.

    ReplyDelete
  9. semoga anak-anak kita nanti menjadi anak yang soleh dan solehah menjaga kedua ibubapanya dan sentiasa mendoakan ketika kita tiada nanti

    ReplyDelete
  10. terima kasih atas entry ini..boleh jadi panduan dan peringatan

    ReplyDelete
  11. semoga kita selalu menebar kasih sayang pak kim....

    ReplyDelete
  12. ye ke mcm tu..kalau JM lah..mak datang umah..ikut suka hatilah dia nk buat apa nak masak pe..ruah JM is rumah mak..

    ReplyDelete
  13. adeh..mmg sedih kalau ada anak2 layan ibu bapa mcm tu...penat kot nak besrkan anak2 dari kecik hingga dewasa..berpuluh ribu habis..huhuh

    ReplyDelete
  14. entri ni buat peringatan buat diri teman juga...

    ReplyDelete