Wednesday 8 June 2016

Mentari terbenam di Pantai Remis

Pantai Remis, Kuala Selangor.

Pantai Remis terletak di Sungai Sembilang, Jeram kira-kira 20 km dari Kuala Selangor. Ia terletak di antara Kuala Selangor dan Kapar. Pantai ini biasa dikunjungi oleh orang ramai sama ada pada penghujung minggu atau cuti umum.

Tarikan utama di sini adalah untuk melihat matahari terbenam di ufuk barat. Teman adalah peminat utama melihat mentari berlabuh. Kita memiliki satu matahari dan pasti di mana mentari melabuh itulah keindahan yang tetap sama dengan suasana sekeliling yang berbeza. Suasana persekitaran itu yang mencipta keindahan yang begitu indah dalam kehidupan seharian kita. Begitu indahnya hidup sekiranya kita menikmati matahari terbenam di Paris, Venice, Pulau Jeju, dan Melbourne. Mudah-mudahan kita diberi rezeki melimpah ruah seperti butiran hujan yang turun dari langit. 


 Banyaknya kerang yang terdampar di gigi pantai.

 Pemandangan laut yang tak jemu di mata. Kita pasti jatuh cinta dengan laut membiru bergelora.

Paya bakau yang luas terbentang sebagai bentang penghakis ombak.

Belangkas yang sedap dijadikan lauk.

Melihat matahari terbenam adalah tarikan utama di sini.

Langit, laut dan rangka-rangka kayu.

Melihat mentari terbenam cukup menenangkan fikiran.

Mega merah di langit jelas memukau pandangan mata.

Pantulan cahaya di permukaan laut memberi gambaran yang cantik dan mengagumkan.

 Apabila masa sampai kita akan pulang dengan hati yang tenang dan penuh kerinduan. Ada rezeki,insyallah kita akan ketemu lagi. Kita berpisah untuk bertemu lagi. Bukan bertemu untuk berpisah.


13 comments:

  1. Kalau nak tahu julia kerap ke Kuala selangor sebab disitulah dekat dengan pantai...wpun pantai dia tak boleh mandi tp seronok tgk permandangan cantik kt situ kan...selalu tgk orang ramai kaut remis tepi pantai tu

    ReplyDelete
  2. Subahanallah..
    Itu lah keindahan ciptaan Nya ..

    ReplyDelete
  3. menarik keindahan matahari terbenam..suasana laut yang mendamaikan..cik akak.nie..dah berapa lama tak tengok laut..hihi

    ReplyDelete
  4. melihat keindahan alam ciptaan Allah memang mengasyikkan ...

    ReplyDelete
  5. Saya suka pemandangan laut dan pantai... andai dipisah, laut dan pantai... musnahlah ilham, hilang pedoman... cewah.. :) :)

    ReplyDelete
  6. banyknya cangkang kerang di tepi pantai. Itu hanya cangkanya saja atau ada isinya Pak Lim ? darimana datangnya cangkang-cangkang kerang itu ?

    ReplyDelete
  7. cantiknya... sy nk sggh jg laa kalu jd trn ke sg besar sok lusa ;-)

    ReplyDelete
  8. Bila dah ke situ mesti nak singgah makan 'Atok asam pedas Sungai Sembilang, Jeram.. ;)

    ReplyDelete
  9. tak pernah lg makan belangkas..mcm ketam kot isinya..

    ReplyDelete
  10. semoga terus kekal keindahan semulajadi pantai remis..dan selamat berpuasa..:)

    ReplyDelete
  11. samalah...suka tengok matahari terbenam.mana-mana pergi pun mesti nk cari

    ReplyDelete
  12. matahari masih malu2 kucing..lagi cantik klau langit tu OREN

    ReplyDelete
  13. Pernah tangkap belangkas ... pastu x tau nk buat apa... lepas kn je balik... hihihi

    ReplyDelete