Friday 10 June 2016

Telinga Berdengung Dalam Kapal Terbang

Kawan-kawan,
Cara-cara mengatasi sakit telinga dalam kapal terbang. 

simple.wikipedia.org

Apabila kita menaiki kapal terbang, kadang kala kita akan berasa telinga seperti di cucuk benda tajam. Ini adalah kerana berlakunya ketidakseimbangan perubahan tekanan udara yang menyebabkan gangguan pada telinga. 

Teman akan bercerita berdasarkan pengalaman sendiri yang banyak kali melancong ke luar negara atau pun semasa bermastautin di Sabah.   

Selalunya, teman akan mengumpul air liur di dalam mulut dan menelan air liur supaya tekak tidak kering dan tekanan akan menjadi seimbang.

Sekali sekala, teman akan mengunyah sesuatu di dalam mulut sepanjang kapal terbang hendak berlepas. Misalnya biskuit, roti dan gula-gula. Itu pun sekiranya barang-barang ada pada teman.

Seringkali, teman terlihat pemuda-pemudi suka menutup telinga dengan penutup telinga seperti earmuff atau earphone.

Waktu dulu-dulu, sewaktu anak-anak masih kecil, teman akan susukan mereka terutamanya bayi. Atau teman akan memberi minum air sikit-sikit sehingga kapal terbang berada dalam paras yang lebih stabil.

15 comments:

  1. Bagus tips ni... thanks sharing tuan... :)

    ReplyDelete
  2. bekal gula2 dlm handbag..

    ReplyDelete
  3. saya belum pernah naik kapal terbang huhuhu

    ReplyDelete
  4. saya telan air liur atau dengar lagu..

    ReplyDelete
  5. nice info... blh praktikkan bila naik kapal trbang nnt

    ReplyDelete
  6. julia suka makan gula-gula...kadang2 tak tahan berdengung tu rasa sakit sangat telinga...dulu2 masa mengerjakan umrah...

    ReplyDelete
  7. paling kesian budak-budaklah..yang tak tahan memang menangis..

    ReplyDelete
  8. terima kasih di atas tip ini. first time saya baca tip ini

    ReplyDelete
  9. Yang saya biasa buat, tutup hidung. Lepas tu hembus... sambil hidung ditutup rapat. Nanti 'hembusan' tu akan keluar melalui telinga.

    ReplyDelete
  10. Tq sharing ye. Selalu gak kene camni time travel..

    ReplyDelete