Monday 27 June 2016

This is Rantau Panjang

Zon Bebas Cukai, Kelantan

Rantau Panjang adalah kira-kira 39 kilometer di barat daya bandar Kota Bharu dan terletak berhampiran Sungai Golok, Thailand. Ia terletak di utara negeri Kelantan dan dalam kawasan barat jajahan Pasir Mas yang dikenali sebagai zon bebas cukai.

Rantau Panjang adalah tempat membeli belah yang terkenal di Kelantan. Sekiranya teman ke kelantan, teman pasti singgah di sini. Ini adalah tempat persinggahan yang paling digemari sekiranya ke negeri Che Siti Wan Kembang. Pekan Rantau Panjang dibuka seawal jam 8 pagi hingga 6 petang. Sekiranya anda peminat barangan Siam, pasar ini sangat sesuai untuk anda kerana banyak barangan murah dari negara jiran, Thailand.

Di sini, macam-macam ada, seperti toto, jersi bola, periuk belanga, tudung, pinggan mangkuk, baju wanita dan pelbagai lagi. Anda perlu meninjau-ninjau harga dan jangan membeli dengan tergesa-gesa. Kadang kala anda perlu tawar menawar. Teman mendapati kadang kala antara sebuah kedai dengan kedai lain perbezaan harga boleh sampai RM10 ringgit.

Dahulu teman suka membeli jersi di sini. Jersi di Rantau Panjang  berkualiti dan selesa memakai. Teman juga suka membeli toto Greentex antara yang paling kualiti berbanding jenama Sweeten dan Narita. Teman juga suka membeli periuk belanga cap buaya. Selain itu, anda wajib mencuba makanan ala Thai seperti mee celup, pulut ayam, cendol, baba ais krim, kupasan mangga muda asam   dan tom yam. Baba ais ceram krim mengandungi pulut, jagung, roti dan kacang.

Tempat letak kereta yang luas dan lapang

MYDIN Rantau Panjang

Bazar Bonda

Indah Bazar

Ada dijual pelbagai jenis periuk dan toto

Bazar Siti Fatimah

Surau Al-Quddus

This is Rantau Panjang

16 comments:

  1. Replies
    1. Teman pun baru balik dari Rantau Panjang. Sama le kita. Pasal itu pergi juga ke sana, last pergi sana 2014. Dahulu pergi sana sebelum kebakaran. Sekarang pembangunan di Rantau Panjang sedang rancak berjalan.

      Delete
  2. Baru pernah jejakkan kaki sekali ke sana, itupun rasanya dah 20 tahun yang lepas

    ReplyDelete
  3. Insya allah akn smpi ke sini 2 bln lg ;)

    ReplyDelete
  4. cantik bazar Siti Fatimah..

    ReplyDelete
  5. MUSIM RAYA R MUSIM CUTI SEKOLAH RANTAU PANJANG NI BIASANYA SESAK

    ReplyDelete
  6. zone bebas cukai kerana dekat thailand ke?

    ReplyDelete
  7. dah berpuluh thn tak pergi rantau panjang . Dulu masa gi ikut rombongan sekolah , my cikgu meredah sungai golok cuma nak beli kain batik bundle ... hehehee

    ReplyDelete
  8. tak pernah lagi sampai ke sana..
    satu masa nanti pasti ke Rantau Panjang jugak..

    ReplyDelete
  9. Lama pulak rasanya tak ke rantau panjang ni... lama sgt dah... thanks sharing my fren.. :)

    ReplyDelete
  10. lama juga tak kesini...biasa singgah di bukit bunga saja

    ReplyDelete
  11. tak pernah lagi jejakkan kaki ke rantau panjang ... sedih

    ReplyDelete
  12. next time kalau ke kelantan lagi, mesti singgah sini :)

    ReplyDelete
  13. rantau panjangnya lapang pak kim Allahumma taqobbal minna shiyamana, wa qiyamana, wa sujudana, wa tilawatana, wa shodaqona. Taqobbalallahu minna wa minkum kullu aamin wa antum bi khoir.

    ReplyDelete
  14. tempat paling best utk shopping ni

    ReplyDelete
  15. yes! kalau ke rantau panjang mmg wajib beli toto dan periuk tu

    ReplyDelete