Sunday, 31 July 2016

Cinta dan Ikan

Saya & Ikan
oleh Noor Hidayah Hanapi

Keluarga saya memulakan perniagaan kedai runcit sejak saya berusia 11 tahun lagi..Kedai Runcit Asia namanya, sempena nama mak saya Asiah, tapi orang yang buat papan tanda tu tak letak huruf 'H' di hujung, jadi la nama kedai tu Asia 
πŸ˜‚
Mak berniaga di kedai dibantu oleh Ude (abang saya yang keempat)..saya membantu juga, bantu makan jajan hahaha..
Macam-macam barang ada dijual kat kedai termasuklah barangan basah macam ikan dan sayur-sayuran..
Pada kebiasaannya, bila tiba musim cuti sekolah saya akan mengikut mak ke pasar seawal 6.45 pagi untuk membeli ikan dan sayuran di pasar untuk dijual di kedai runcit
Mak menurunkan beberapa petua kepada saya untuk memilih ikan yang segar..antaranya:
1. Pilih ikan yang insangnya berwarna merah bukan berwarna coklat
2. Ikan yang dipilih mestilah bermata jernih bukan yang macam ada katarak (putih)
3. Mata ikan tertonjol keluar, jangan pilih ikan yang matanya dah terperenyuk ke dalam
4. Bagi ikan yang bersisik macam ikan merah, pastikan sisiknya tidak longgar/tercabut
5. Cium-cium sikit ikan tu, kalau dah berbau sila lah letak balik..cium agak-agak la, jangan sampai lubang hidung terkena badan ikan 
😱
6. Tekan perut ikan, kalau picit lembik, harap tinggalkan ia semula di tempat asalnya
7. Pilih ikan yang rupa paras wajah dan bodinya berkilat, bersinar dan cerah
Banyak lagi tips yang mak saya kongsikan, tapi udah tua-tua ni banyak dah hilang dari ingatan 
πŸ˜‚
..kalau ada lagi petua yang saya tak nyatakan boleh la kawan-kawan kongsi kat sini ye 
😁
Ikan Duyung Kampung Batak Rabit

17 comments:

  1. Wah..suka la meniaga barang basah macam tu...akak dulu kecik2 pernah bercita2 nak meniaga...tapi dah tua dah sekrang...ntah ke mana cita2 tu

    ReplyDelete
  2. IKAN YG SEGAR RASANYA PUN SEDAP

    ReplyDelete
  3. selamat malam..syira lokman singgah sini nak bisik bisik...hehehe..nantikan giveaway di blog syira lokman tau ! tak lama je lagi..tunggu :D

    ReplyDelete
  4. eh eh eh ... samalah petua kita ...

    kalau ikan merah dan siakap - ayah ajar - jangan ambik yang kulit dia cam melekit.

    hi hi hi ... selain dari petua2 di atas.

    ReplyDelete
  5. mak saya ada ajar jugak tips2 tu.. antara yg saya igt pasal insang tu..

    ReplyDelete
  6. tips menarik..ni kalau beginner mau berejam pilih ikan sebab ikut tips..hehe

    ReplyDelete
  7. nak cium2 ikan tu cam segan sikit, esp. di khalayak ramai...hihi..tetiba ikan bertukar jd putera raja...huhu..

    ReplyDelete
  8. Mmg kena tengok betul2 klu nak beli ikan ni... klu tak jadi tak sedap... thanks sharing :)

    ReplyDelete
  9. tips yang baik...terutama buat saya yang jarang ke pasar. mana tahu satu hari nanti nak juga beli ikan

    ReplyDelete
  10. yg sy tau cuma tgk tang mata je...

    ReplyDelete
  11. kat tempat JM ni mana de ikan insang merah..huuh..sedih

    ReplyDelete
  12. Wah seru juga ya pak thx pak kim tipsnya....

    ReplyDelete