Thursday, 21 July 2016

Cinta dan Pokok Legundi

Saya & Pokok Legundi
Oleh Noor Hidayah Hanapi

Daun legundi..depan bewarna hijau, bahagian belakang warna hijau pucat 

Daun legundi dan bunganya..purple gitew

Ini pokoknya..ada yang lagi besar dan tinggi

Pagi ni berjalan-jalan keliling rumah..ternampak pulak pokok legundi..sesetengah tempat panggil pokok ni pokok lemuni
Teringat zaman kecik-kecik dulu, mak selalu masak nasi legundi..walaupun warna nasi jadi hitam disebabkan daun legundi, tapi rasanya amat sedap dan aromanya sungguh wangi sampai teringat-teringat hingga sekarang
Nasi legundi ni bahan-bahan dan cara masakannya sama seperti kita buat nasi lemak cuma kita tambah air kisar pucuk daun legundi je..kemudian campur sekali dengan santan..
Bila tengah mendidih tu, fuhhh bau dia sekampung dapat cium..belum masak lagi dah pegang pinggan nak cedok..rakus bebenor Hidayah ni
Mak selalu lawankan nasi legundi ni dengan sambei bileh kerin atau ikan masin gelama masam, ohoiii memang bertambah-tambah makan sahor
Banyak khasiat daun legundi ni, antaranya boleh mengubati muntah darah, pulihkan anggota badan yang lemah, bijinya boleh dibuat ubat cacing, menghalau kutu dan mencegah kelemumur, mengubati kurap dan luka-luka dicelah kaki dan banyak lagi la..kome tanya pakcik gugel untuk maklumat lanjut
Peminat tegar nasi legundi dulu kini & selamanya

7 comments:

  1. asalam ..belated selamat hari raya..he..he
    nekcik tak pernah lagi rasa nasi legundi..cuma dengar cerita daun ni banyak gunanya

    ReplyDelete
  2. Baru pertama kali saya lihat pohon legundi. Ngak ada di sini Pak Lim.

    ReplyDelete
  3. baru pertama kali dengar..inilah ilmu yang baru saya tahu hari ini..

    ReplyDelete
  4. Pernah tengok pokok ni tapi tak tahu pula yang ia boleh dimasukkan ke dalam nasi. Macam nasi kerabu pulak. Nanti kalau jumpa, nak tanam.

    ReplyDelete
  5. Saya baru tau ttg pokok legundi ni... thanks sharing tuan.

    ReplyDelete
  6. masak nasi kerabu..sedapp..

    ReplyDelete
  7. daun lemuni penah gak dgr... daun xni x penah lg

    ReplyDelete