Saturday, 16 July 2016

Saya & Labu Siam

Saya & Labu Siam
oleh Noor Hidayah Hanapi

Saya tak pernah mencuba labu siam ni sehingga lah saya berkunjung ke Cameron Highland..sayur-sayuran yang dijual 7 paket 10 ringgit membuatkan saya rambang mata memilih..akhirnya untuk memenuhkan kuota saya terpaksa membeli labu siam ni 
😂
Pada mulanya terfikir "apa lah yang nak dimasak dengan labu siam ni..rupa nya macam pahit je 
😭
" dalam keterpaksaan sebab dah beli, saya pun masak la labu siam ni menggunakan resepi yang sangat la easy the kacang goreng..

Dalam fikiran saya, sekurang-kurangnya kalau tak sedap bila dah masak nanti tak la saya hangin sebab berpenat lelah memasak 😈
Saya pun hiris bawang besar sebijik, bawang putih 2 ulas, cili padi sebijik, siang udang putih dalam segenggam.,dah siap potong semua campak je dalam kuali..agak-agak dah layu bawang masukkan labu siam yang dah dibuang kulit dan dipotong kecik
5 minit 10 minit 15 minit tak lembut-lembut jugak labu siam ni..dah sudah, hang dah kenapa tak lembut-lembut lagi ni, letak ayor dah untuk bagi lembut..letak klorok kang baru hang tau..dengan kami-kami innalillah
Akhirnya dlm 20 minit baru la lembut..fuhh lega, nasib tak letak klorok tadi..
Siap-siap senduk nasi, cedok sayor labu siam ni dalam pinggan dan ngap..ohoii mesti kome tak percaya, rasanya ya amat mabeles..bertambah-tambah nasi malam tu..tak ada yang tak sedap melainkan sedap belaka kakaka
Ok la semua, kakak kawasan nak cari resepi sedap yang lain..mana tau kan bulan-bulan puasa ni boleh kenyang dengan tengok lauk dalam interne

 Labu Siam
Teman suka makan sayur labu siam, lebih-lebih lagi isteri tersayang yang masak.

14 comments:

  1. Mike panggil labu siam? Teman biasa panggil timun sejuk. Dah berpuluh tahun jumpa sayur ni, sejak kecik2 lg.
    Masak bening pun sodap yop! Hirup kuah, manis ajer rasanya. Hihi

    ReplyDelete
  2. Hahahahaa terus jadi suka ya lepas makan dan rasa hihihi

    ReplyDelete
  3. Wah labu siam, belum pernah cuba ni, interesting :)

    ReplyDelete
  4. labu siam ni mak irda selalu masak..buat sayur macam tu je,goreng bawang putih dan bawang merah dan letak air..pekena dengan ikan bakar dan sambal tempoyak atau sambal belacan dan nasi panas..memang makan terangkat lah...

    ReplyDelete
  5. KALAU BUAHNYA XSEDAP TENTU XDIJUALKAN...JGN LUPA EMEL KAK ALAMAT MKL YA...

    ReplyDelete
  6. Saya pun suka sayur labu... labu siam ni pun best!

    ReplyDelete
  7. tak pernah rasa lauk labu siam ni...letak suhun sedap tak encik din? terliur plak rasa

    ReplyDelete
  8. mana hasil masakan? nak tengok juga bro MKL

    ReplyDelete
  9. tak pernah mkn labu siam ni..walopun rupanya cenggitu, tapi sedap rasanya ya...

    ReplyDelete
  10. Saya tak pernah merasa labu siam nie. :D Mungkin came across sebelum ni, tapi tak tau sayur apa.

    ReplyDelete
  11. Teman cuma tahu labu Sayong je :D

    ReplyDelete
  12. ha ha ha... comel...
    siap nak letak clorox.

    sabo kak sabo

    ReplyDelete