Tuesday, 12 July 2016

Solat Mr Backpacker

Saya & Solat
Oleh Noor Hidayah Hanapi (Cinta)


Jarang-jarang sekali saya dapat solat di masjid atau di bilik hotel bila saya travel ke luar negara..salah satu asbabnya ialah kesukaran mencari masjid yang sedikit di negara majoriti bukan Islam
Saya akan mencari tempat yang suci daripada najis dan bukan tempat yang dilarang solat seperti kubur, tempat pembuangan sampah, tengah-tengah jalan..bukan solat tak sah jika sembahyang di sini, tapi tak digalakkan dalam Islam
Biasanya saya akan mencari tempat lapang untuk solat seperti di taman-taman (Adelaide), di tepi laut (Melbourne), betapa nikmatnya dapat solat sambil disapu angin sepoi-sepoi bahasa, di roof top pasaraya (Filipina) etc
Saya juga pernah solat di bawah tangga pasar raya semasa di Korea..tapi percayalah, solat di tempat begini akan membuatkan hati kita tak tenang kerana kadang-kadang orang yang lalu lalang akan tengok kita semacam je (eh ke iman saya tak kuat 😱)
Berjalan ke luar negara yang tak ada masjid bukan penghalang untuk kita menunaikan kewajipan kepada Allah..Islam itu mudah tapi jangan ambil mudah..Pelajari perkara-perkara asas dalam Islam insya-Allah tiadalah rasa berat untuk melaksanakannya.
Inshaallah lain-lain masa saya kongsi tips travel yang lain pulak 😃



Pun pernah solat di tepi muzium ni di Botanic Garden Adelaide — in Adelaide, South Australia.

Pernah solat di Witungga Botanic Garden ni..agak creepy sebab langsung tak ada orang walaupun masa tu cuaca tersangat la baik..tak tau la mana penduduk tempatan pergi masa ni — in Blackwood, South Australia.

Solat di Springfield ni memang aman damai — in Belair, South Australia, Australia.

Saya solat di celah-celah batu ni semasa di Wilson Prom National Park..agak mencabar sebab angin sangat kuat..tak bawak telekung pulak masa tu, kena pin tudung atas bawah untuk tak bagi tudung melayang — in Yanakie, Victoria.

22 comments:

  1. thanks for sharing...Alhamdulillah, boleh solat dimana-mana saja..

    ReplyDelete
  2. Nak seribu daya... tanggungjawab perlu ditunaikan selagi berdaya kan... thanks sharing tuan.

    ReplyDelete
  3. Sy pernah solat di tepi parking semasa di jepun.
    Solat dalam fitting room at most country yang saya pergi.
    Solat dalam "nursing/babies" room - jika ianya tidak terletak dlm toilet.
    Solat kat park juga kt melben.

    Tapi blom pnh solat kat pantai ... sbb x pnh terfikir ... blh try nnt. Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa di Blue Mountain, Sydney, solat di stesen keretapi..hehe
      di Movie World, Gold Coast, solat depan restoran yang tutup sebab tempat besar tak jumpa surau.

      tapi bab hati tak tenang tu memang betullah..

      Delete
    2. hi hi hi ... try fitting room sal./

      confirm hati tenang

      Delete
  4. salam ukhuwah...nice info...salam kenal ya dari http://irdagarmin.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Yang penting solat dimana-mana asalkan bersih dan yakin kan.. ALLAH SWT tu penting kan ;)

    ReplyDelete
  6. baca entry ni tetiba tingat cerita 1 family yg solat kt tepi highway krn ada accident...

    ReplyDelete
  7. salam, tq sharing :) alhamdulillah

    ReplyDelete
  8. solat dimana2 pun boleh kan. subhanallah

    ReplyDelete
  9. Menunaikan yg solat fardhu itu penting..
    Bila KK kata solat di celah2 batu..
    Teringat saya solat di kubu pertahanan Salahuddin Al Ayubi di Jordan..
    Sejuk diatas tu..
    Ditiup angin..

    Selamat hari raya aidilfitri buat KK sekeluarga..

    ReplyDelete
  10. ingat kan abe MKL yg tak solat di masjid or hotel..rupanya cerita dari Noor Hidayah

    ReplyDelete
  11. patulah cite pasal pin tudung bagai

    ReplyDelete
  12. solat tu kan wajib so mmg wajid solat walau kat mana pun kita berada janji tempat tu bersih kerana Allah ada di mana2

    ReplyDelete
  13. Thanks for sharing...sejujurnya saya belum pernah lagi keluar dari Malaysia...entri ni mungkin berguna pada saya nanti... :D

    ReplyDelete
  14. Terima kasih atas perkongsian ini sis :)

    ReplyDelete
  15. nice info to read. blogwalking & klik iklan sini. :)

    ReplyDelete
  16. superb sharing. jarang ornag share pasal pengalaman solat2 ni
    :)

    ReplyDelete
  17. Wah perkongsian terbaik. Semuanya terletak kepada keimanan kita, yelah kadang-kadang ada rasa malas dan letih . Walhal kita telah diberi kemudahan untuk Jamak dan Qasar pun taknak gunakan peluang ini.Kadang-kadang saya solat atas katil, kerusi dalam keretapi dan juga kapal terbang. Semuanya dugaan yang perlu kita hadapi sebagai musafir. Boleh lihat pengalaman saya trabel di http://malaysiabackpackers.com/.

    ReplyDelete
  18. perkongsian yang baik dan amat bermakna...ada lagi tak gambar sekitar adelaide ini bro MKL

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum diterbitkan. Insyallah, suatu masa nanti.

      Delete