Monday, 15 August 2016

Wajah Air Terjun Strata, Behrang Ulu

Strata Waterfall, Diamond Creek.

Teman telah berkesempatan ke sana pada 14 hb Ogos,2016. Sesuatu tempat yang asli,belum tercemar lagi dan trek yang bersimpang siur. Lokasi trek adalah di Behrang Ulu, Perak di kaki Gunung Behrang. Tempat ini sangat sesuai untuk Jungle Trekking dan banyak punca air. Aliran Sungai adalah Sungai Sekiah. 

Sekiranya anda dari Utara Semenanjung Malaysia, anda perlu exist ke Tol Behrang, menuju ke laluan Bandar Proton City dan terus mencari INSTUN dan Diamond Creek adalah pintu masuk ke Air Terjun Strata. Anda perlu minta izin dari Pak Guard yang menjaga pintu masuk ke Daimond Creek. Selepas dua roundabout dari rumah Pak Guard, hiking anda akan bermula dari situ.

Sekiranya anda dari arah Kuala Lumpur, anda perlu perlu exist Tol Tanjung Malim, menuju ke laluan Bandar Proton City dan terus mencari INSTUN dan Diamond Creek adalah pintu masuk ke Air Terjun Strata. Anda perlu minta izin dari Pak Guard yang menjaga pintu masuk ke Daimond Creek. Selepas dua roundabout dari rumah Pak Guard, hiking anda akan bermula dari situ. Sekiranya anda ada masa, jangan lupa singgah sebentar di Pekan Tanjong Malim. 

Untuk hiking masuk ke Strata Waterfall Behrang Ulu, anda perlu redah dan tabah mencari jalan. Agar mencabar mencari jalan walaupun laluannya mudah. Laluannya melalui kebun kelapa Sawit dan hutan simpan Behrang. Sesetengah daripada tempat ini telah diterokai. Untuk memudahkan perjalanan,  anda carilah pelajar UPSI , Faiz Aziz di talian : 0197665291. Semasa blog ini ditulis, Faiz masih belum tamat pengajian dan berada di semester 6. Tinggal dua semester lagi sebelum menamatkan pengajian di UPSI.  

Di bawah gambar-gambar berikut adalah sebagai mukadimah perjalanan kami ke Air Terjun Strata, Behrang Ulu. Insyallah, akan disusuli lagi yang lebih detail lagi tentang lara teman ke sana. Banyak water poin sepanjang perjalanan ke Air Terjun Strata, Behrang Ulu.         

 Murshid Zaidi di Air Terjun, Bherang Ulu.
Kredit Murshid Zaidi.

 Cikgu Syaa, Wesmorland banding, Nabil Fahmi Toha, Farizul Athir, Fawwaz Mahmud, Murshid Zaidi, Kaki Travel Khairuddin dan Faiz Aziz
Kami berlapan trekking ke sana apda 14hb Ogos,2016.
Kredit : Fawwaz Mahmud  

 Kredit :Wesmorlan banding 

Nabil Fahmi Toha di kaki Gunung Behrang, Banjaran Titiwangsa
Kredit : Nabil Fahmi Toha & Ge Lap

26 comments:

  1. Seronoknya kalau dptmandi manda airterjun yg cantik ni

    ReplyDelete
  2. Subahanallah..xcantiknya alam buana..

    ReplyDelete
  3. Nice place, lama dah tak pergi kawasan air terjun :D

    ReplyDelete
  4. Cantik air terjunnya Pak Lim. Sesuai untuk anak-anak muda beraktivitas.

    ReplyDelete
  5. lama dah tak masuk hutan..bestnya dengar bunyi air terjun..tah bila lagi nak dapat mandi air terjun ni..ish!

    www.ceritaejoy.com

    ReplyDelete
  6. cantik air terjun...kena masuk kwsn Diamond Creek..

    ReplyDelete
  7. perghh.. lama x mandi sungai..

    ReplyDelete
  8. Jemput singgah tgk entry terkini k.. :)
    1. MASA: dahulu dan sekarang

    ReplyDelete
  9. Fuhh seronoknya.. pasti sejuk dan segar air tu... bestnya!

    ReplyDelete
  10. alahai bestnya...seronok penat mendaki dan berjalan menyusuri liku2 akhirnya jumpa air terjun yang cantik....Subhanallah

    ReplyDelete
  11. Suka banget sama air terjun :D

    ReplyDelete
  12. alamak..risau nanti bila cll FAiz dia dh x boleh jd guide

    ReplyDelete
  13. Wah. Lama dh tak pergi waterfall

    ReplyDelete
  14. Replies
    1. Baca Part 1 & 2 seperti berikut :

      http://kakitravelkhairuddin.blogspot.my/2016/08/air-terjun-strata-part-1-behrang-ulu.html

      http://kakitravelkhairuddin.blogspot.my/2016/08/air-terjun-strata-part-2-behrang-ulu.html


      Delete
    2. Cari dua entry ini...insyallah. Kalau tak dapat boleh hubungi saya di fb seperti di ruang kanan blog ini.

      Kaki Travel Khairuddin.

      Delete
  15. Seronoknya..lama dah tak g kat air terjun..tgk org pergi rasa jer nak g jugak..

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. lama dah x pergi... last tahun 2004 rasanya..
    sejak INSTUN masukkan program trekking, ramai yg dh tahu tempat ni ;)

    ReplyDelete
  18. Replies
    1. Sesuai untuk camping....tempatnya luas dan ada punca air.

      Delete