Friday, 7 October 2016

Teaser 1 : Musim Winter di Tokyo

Tokyo, Jepun.


www.melancongkejepun.com 


Jepun adalah negara empat musim seperti berikut :

(a)  Musim Bunga (Spring)

Musim bunga adalah musim yang paling popular antara empat musim di Jepun. Musim ini adalah musim yang paling ramai pelancong. Bunga Sakura akan mekar dan berkembang dalam masa dua minggu sahaja. Pada masa itu, orang Jepun akan berkumpul di bawah pohon Sakura. Tradisi ini menjadi amalan zaman berzaman yang dikenali sebagai 'hanami'.     

Musim bunga bermula pada awal bulan Mac di Kawasan Selatan Jepun, seperti Fukuoka, menular ke Hiroshima, kemudian  Osaka, Tokyo dan seterusnya ke kawasan Utara Jepun seperti Sendai hinggalah Sapporo. Secara keseluruhannya, musim bunga berakhir pada penghujung bulan Mei.
  
(b) Musim Panas (Summer)

Pada musim ini, waktu siang adalah panjang daripada waktu malam. Anda mempunyai banyak masa untuk meneroka dan menjelajah Jepun. Musim panas di Jepun adalah dari bulan Jun sampai Ogos. Bulan Julai dan Ogos adalah waktu yang paling kerap hujan turun dan paling sesuai untuk mendaki Gunung Fuji. Pelancong pun agak ramai pada musim panas.  

(c) Musim Luruh (Autumn)

Musim luruh bermula dari bulan September hingga bulan November. Waktu sebegini adalah masa terbaik untuk melawat taman-taman yang banyak di Jepun. Masa ini,daun-daunnya berwarna-warni. Ada yang berwarna emas, merah dan oren.  


(d) Musim Sejuk (Winter)

Musim Salji bermula dari bulan Disember dan mencapai kemuncak pada  bulan 
Februari. Suhu pada masa ini sangat sejuk terutamanya Utara Jepun seperti Sapporo. Sapporo adalah bandar kedua di dunia yang menerima banyak Salji. Pada masa ini juga, Gunung Fuji adalah paling jelas kelihatan berbanding dengan musim lain. Masa ini juga dikatakan low season kecuali pada masa Krismas, Tahun Baru dan Tahun Baru Cina. Waktu solat berubah cepat apabila musim bertukar. Semakin hampir musim sejuk, malam semakin panjang. Waktu maghrib semakin cepat. Zohor dan Asar pendek sahaja masanya.


Untuk maklumat lanjut, sila lawat website Japan Guide: www.japan-guide.com/e/e2273.html




(e) Kesimpulan. 

Terpulang kepada anda, untuk melawat Jepun pada waktu yang sesuai.. Tepuk dada tanya selera. Kami sekeluarga memilih musim sejuk kerana isteri, Chinta adalah seorang guru, waktu cuti sekolah yang dibenarkan bercuti berbanding waktu lain. Satu lagi waktu yang sesuai untuk guru sekolah adalah musim panas di Jepun. Masa itu, kita boleh mendaki Gunung Fuji. Insyallah, saya memang pendaki gunung yang tegar. Teman menyimpan cita-cita untuk menikmati bunga sakura pada musim bunga. Masa itu, teman perlulah bertabah untuk menikmat bunga sakura tanpa Chinta. Semoga teman sempat menikmati bunga sakura sebelum dijemput pulang. My wishlist before I die. Moga-moga Allah makbulkan permintaan teman.    

20 comments:

  1. Ke Nippon pulak ye en Din... Gambatte...

    ReplyDelete
  2. Memang teringin utk melawat negara empat musim ni..
    Semoga impian KK akan termakbul utk menikmati musim bunga Sakura yg indah itu :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...
    wahhhhh bestnya...

    ReplyDelete
  4. SELAMAT BERCUTI KE JEPUN..SERONOKNYA TRAVEL

    ReplyDelete
  5. Bestnyaaa !!!! Selamat bercuti ke Jepun .

    ReplyDelete
  6. nak makan angin memang seronok...ke mana pula tu ya?

    ReplyDelete
  7. wah jepun emang menarik ya pak mantap,...

    ReplyDelete
  8. Semoga Tuan diberi kesempatan untuk menikmati bunga sakura pada musim bunga bersama yang terCHINTA ...

    ReplyDelete
  9. teringin nak gi jepun musim winter..

    ReplyDelete
  10. best jepun, kalaulah saya berjaya dapat 1 free tiket ke jepun tahun depan bestnya

    ReplyDelete
  11. saya pun teringin nak tengok bunga sakura...

    ReplyDelete
  12. antara negara yg mmg sy nakkkk sgt pegi x kira laa apa musimnya

    ReplyDelete
  13. subhanallah - masya Allah... cantiknya

    ReplyDelete
  14. ada rezeki nk g jepun ms ada sakura...

    ReplyDelete
  15. teringin nak pergi negara 4 musim ni...cantiknya Ya ALlah....smg ade rezeki boleh pergi nnt

    ReplyDelete
  16. Musim bunga sangat cantik dan JM pun plan nk pegi musim luruh plak in sha allah. Kalau musim salji ni or winter ni plan nak maik ke hokkaido itu semua perancangan

    ReplyDelete