Thursday, 27 October 2016

Teaser 5 : Shirakawago

Historic Village of Shirakawago in Winter

Keterangan am  adalah seperti yang berikut :

Address : Gifu Prefecture 501-5627, Ono District, Shirakawa-go, Ogiamchi 2499

Admission : Entry to Ogimachi - Free
                     Admission  to Wada House : 300 yen adult

Opening time : Village open all time; Wada House : 9.00 - 17.00 
           
Website: http://shirakawa-go.org/english/index.html

Wajah Musim Sejuk
www.123RF.com 

Suasana yang cantik adalah pada musim sejuk dan musim luruh. Musim sejuk suasana adalah berwarna putih dan musim luruh/ fall cantik berwajah warna-warni. Daun naik seri pasal bertukar warna. 

Pada musim sejuk, ada night illumination yang berwarna-warni di sini. Nangis anda dibuatnya. 

Wajah Musim Luruh/fall
A Japanese life

Kami dijangka melawat sini pada musim sejuk, pada bulan Disember 2016. Perkampungan Ogimachi's Gassho Zukuri telah diisytiharkan sebagai tapak warisan dunia UNESCO pada tahun 1955. Gassho Zukuri bermaksud "like hands in prayer' iaitu bumbung dan attap jerami yang menyerupai Sami Buddha yang sedang berdoa. Gaya seni bina ini bertujuan untuk menahan salji yang jatuh semasa musim sejuk. Bumbung dibuat tanpa sebarang paku dan ruang lotong digunakan untuk membela ulat sutera.

Ada dua cara untuk ke Shirkawago. Kedua-dua cara itu ada lebih dan kurangnya. Tepuk dada tanya selera.

Pertama, ambil bas dari Nohi terminal bus, sebelah train Station Takayama dengan round trip, 4,420 yen. Anda mempunyai masa yang banyak untuk bergambar sakan dan lenggang kangkung.

Kedua, anda boleh mengikuti tour. Sekiranya anda menetap di JHoppers Hida Takayama Hostel, boleh mendapat diskaun sebanyak 500 yen  dari tiket yang berharga 4400 yen.Try google J-Hoppers Tour. Jadi, tiket masuk adalah berharga 3900 yen. Semua harga tiket itu adalah benar pada bulan Oktober, 2016. Guide adalah dalam bahasa Inggeris. Sekiranya anda mengikuti tour, depa akan ke observation view terlebih dahulu, sebelum memasuki Perkampungan Ogimachi's Gassho Zukuri. Anda diberi masa selama setengah jam semasa berada di Observation View. Anda diberi masa 2 jam semasa menjelajah perkampungan Ogimachi's Gassho Zukuri.  

Menurut Super Malaya dan Jack S Adli (Road to Japan), cukup masa dua jam yang diperuntukkan untuk menjelajah Shirakawago termasuk bergambar sekali. Ada dua kali perjalanan dalam sehari, jam 8.00 pagi dan 2.00 petang. Perjalanan adalah selama sejam dari Takayama ke Shirakawago. Panaroma sangat cantik, jalan berbukit bukau dan akan melalui 11 buah terowong. Terowong yang terpanjang adalah sejauh lebih kurang 11 Km iaitu terowong ke 9.

Satu petua di sini adalah anda jangan bising-bising apabila memasuki perkampungan orang Jepun. Orang Jepun adalah sebuah masyarakat yang gemar suasana yang sunyi  sepi, aman dan tenang.  

    

11 comments:

  1. Teringin juga nak ke sini...

    ReplyDelete
  2. menarik. boleh cari buget ke Jepun ni

    ReplyDelete
  3. cantik kampungnya. unik bentuk2 rumah kat situ

    ReplyDelete
  4. dulu sejam je kat sini, mmg rushing...cantik winter di sini..

    ReplyDelete
  5. Masya Allah.
    Cantiknya.

    Semoga sampai hendaknya saya suatu hari nanti.

    Aameen

    ReplyDelete
  6. pergi musim sejuk ye..haish, best lah boleh main salji. tapi mesti menggigil-gigil. Sedangkan autumn dah teruji badan..hehe

    ReplyDelete