Monday 31 October 2016

Teaser 6 : Takayama

Hida Takayama

Bandar Takayama terletak di pergunungan Gifu dan juga dikenali sebagai Hida Takayama. Tujuan ke Takayama dari Nagoya adalah untuk ke Shirakawago. Bandar ini kecil dan boleh jalan kaki seperti kata Abang Supermeng Malaya. Sepanjang perjalanan nanti, anda boleh menyaksikan Japanese Alps atau kawasan pergunungan di sekitar Gifu.

Sesampai anda di sini, anda perlu mengenali Takayama Nohi Bus Station yang terletak di sebelah Takayama Station dan juga Tourist Information Center yang terletak di depan Takayama Station. Selain itu, kenalilah Sarubobo (Monkey baby), mascot Hida Takayama. Merahnya Mak Ngah.      




1.Takayama Festival at Nakabashi Bridge

Pesta Takayama diadakan dua tahun sekali. Satu pada musim bunga (April 14-15) dan satu lagi pada musim luruh/fall (Okt 9-10). Pesta ini adalah antara tiga pesta yang paling cantik di Jepun selain Kyoto's Gion Matsuri dan Chichibu Yomatsuri.

2.Old Town Edo Period (1600-1868)
The Southern half of the old town, especially Sannomachi Street.

Masa buka : 9.00 pagi sehingga 17.00 petang, masa kedai dibuka dan ditutup. Teringat kat cerita Oshin apabila melihat rumah-rumah tradisional zaman Edo. 


3.Hida Folk Village (Hida No Sato)
Wonderful Open Air Muzium

Terdapat kira-kira 30 rumah tradisi dari tahun 1603- 1867 di sini. Muzium ini telah dibuka pada tahun 1971. Masa buka : 830 pagi sehingga 17.00 petang. Fee : 700 yen (parking 300 yen). Anda boleh menaiki The Sarubobo bas dari Takayama Station dengan bayaran 210 sehala atau 620 yen untuk one day pass. Anda akan diberi diskaun khas untuk round trip jika membeli dari Takayama Station dengan entrance fee sekali sebanyak 930 yen (2016). 

Perkampungan ini mendapat jolokan "The Village hidden in the leaf". Bentuk rumah di sini adalah berskala kecil dibandingkan dengan lokasi sebenar di Shirakawago yang terkenal dengan rumah ladang berbentuk gassho-zukuri, bumbung berbentuk seperti orang sedang berdoa.

Pada musim sejuk, di sini ada illumination winter nite.  

4.Takayama Jinya
The former Local Government Office.

Takayama Jinya terletak di Old Town, berdekatan dengan Nakabashi Bridge. Masa Buka : 845 pagi sehingga 17.00 petang ( sehingga 16.30 dari bulan November sehingga Februari sampai 18.00 pada bulan Ogos ) Tutup : Dis 29, 31 dan Jan 1. Fee : 430 yen.

5.Higashiyama Walk

Kita akan berjalan sejauh 3.5 kilometer, melalui banyak kuil, keruntuhan istana lama Takayama dan pemandangan luar bandar Jepun. Di sini, kita akan menjejak kaki untuk bermesra dengan suasana desa yang aman damai , sunyi sepi seperti dilanda zombie dan penuh dengan alam semulajadi. Anda akan bermula dan mengakhiri Higashiyama Walk berdekatan dengan Museum of History and Art. 

6.Matsuri No Mari
Impressive Museum about the Takayama Matsuri

Masa buka : 9.00 pagi sehingga 17.00. No closing days. Fee : 1000 yen (800 yen online coupon)

7.Yatai Kaikan
Festival Floats Exhibition Hall

Masa buka :8:30 to 17:00 (March to November) ,9:00 to 16:30 (December to February). No closing days. Fee : 820 yen.


8.Morning Markets (Asaichi)

Dibuka setiap hari bermula jam 6.30 pagi (7.00 pagi semasa winter) sehingga tengah hari. Terdapat dua lokasi yang utama. Satu di Jinya-Mae Market, di depan Takayama Jinya. Satu lagi di Miyagawa Market, sepanjang sungai Miyagawa di old town. Terbahagi kepada 3 seksyen; (a) barang-barang seramik, lama dan antik. (b) sayur-sayuran dan buah-buahan segar. (c) cendera hati, makanan berpek dan lain-lain.  

Post card di sini adalah 100 yen (RM3), Fridge Magnet adalah standard di seluruh Jepun bermula dari RM10. Ada yang 330 yen dan ada yang 380 yen. Key chain di sini agak rare dab tak jumpa di tempat lain, kira-kira 100 yen. 

9. Lain-lain tempat yang menarik di Hida Takayama.

Sekiranya anda mempunyai masa yang terluang anda boleh melawat Kusakabe Heritage House, Yoshijima Heritage House, Takayama Betsuin Temple Treasure House, dan  Takayama Museum of History and Art. 



Arigato Gozaimasu Japan Guide.com dan Abang SuperMeng Malaya.

12 comments:

  1. mcm x terusik dek kemodenan langsung

    ReplyDelete
  2. cantik Japan ni :) semoga dpt jejak satu hari nnti

    ReplyDelete
  3. Pegi memana mesti ada gendang besau tu..

    ReplyDelete
  4. inshaAllah, akan ku jelajah satu jepun suatu hari nanti

    ReplyDelete
  5. semoga saya sampai suatu hari nanti.
    Insya Allah

    ReplyDelete
  6. Old Town Edo Period (1600-1868) - The Southern half of the old town, especially Sannomachi Street, macam dalam drama.... comel...

    ni kalau jalan2 kat sini pakai kimono ni - comel ni

    ReplyDelete
  7. suka pekan2 kecil kt Jepun...comel, menarik..

    ReplyDelete
  8. memang dekat di sudut hati ingin melancong ke jepun..

    ReplyDelete
  9. pada saya jepun adalah negara yang memang jelas nampak budaya keislaman di sana

    ReplyDelete
  10. Suasana tempat tu nampak sgt bersih dan tradisional... menarik.

    ReplyDelete