Tuesday 22 November 2016

Merancang percutian dengan cuti panjang 2017

Tanjong Malim

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Kita selalu merancang dan berangan-angan. Angan-angan biarlah tinggi setinggi bulan purnama, kerana angan-angan itu adalah percuma. Dari sekecil-kecil perancangan sehinggalah sebesar-besar perancangan. Kita merancang apa kan kita lakukan selepas ini, Kita merancang apa akan kita lakukan esok, Kita merancang apa akan berlaku minggu depan,

Di sini saya ingin merancang percutian saya untuk tahun 2017.  Adakah kita benar-benar pasti segalanya akan berlaku seperti yang dirancang? Ketahuilah, Kita merancang, Allah juga merancang, Dan Allah adalah sebaik-baik perancang-Nya. Kita hanya merancang dan Allah penentu segalanya.

Cuti yang panjang bagi 2017 adalah Januari (5 hari), Jun (4 hari), Ogos (4 hari), dan Oktober (4 hari).






Sekiranya rancangan  kita tidak menjadi kenyataan. janganlah bersedih.  Aturan Allah itu jauh lebih baik daripada apa yang kita rancang. Kita cuma hambaNya yang kerdil. Janganlah sesekali kita berputus asa dengan apa telah yang berlaku. Teruslah teguh berdiri mengharap rahmat daripadaNya. "...Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya orang yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang kafir."
( Yusuf, 12:87)

Setiap perkara yang terjadi, pasti ada hikmah yang tersembunyi.  Sesungguhnya, akan ada manis di akhirnya. Kadangkala, Allah memberi kita hujan lebat yang disertai dengan petir dan kilat serta guruh. Tetapi, selepas itu, Allah memberi kita pelangi yang sangat indah. Subhanallah, indahnya aturan Allah. Redha dan terimalah setiap ketentuan Ilahi itu dengan hati yang terbuka dan yakinlah susunan Allah sentiasa yang terbaik buat kita semua. Rezeki Allah itu maha luas. Sesungguhnya, Allah itu maha mengetahui lagi penyayang.



17 comments:

  1. Nampaknya banyak cuti am 2017 yang jatuh pada hujung minggu.
    Selamat bercuti.

    ReplyDelete
  2. redho dgn perancangan Allah SWT...baru rancang utk bln Mac..in shaa Allah..

    ReplyDelete
  3. dah boleh start belek-belek website air asia.hehe

    ReplyDelete
  4. CUTI CNY TU PALING BEST!! SAMBUNG SABTU AHAD...

    ReplyDelete
  5. Boleh plan dah cuti untuk next year,hehe

    ReplyDelete
  6. Banyak cuti tahun 2017.. mudah bila dah rancang

    ReplyDelete
  7. bolehlah buat perancangan untuk tahun depan

    ReplyDelete
  8. banyak cuti berangkai....nak ke mana pulak tu?jeling2 AA

    ReplyDelete
  9. Hello !
    Welcome to the "Directory Blogspot"
    We have the pleasure to accept your blog in the division: MALAYSIA
    With the number: 777
    We hope you will make our site known to friends,
    Invite your friends by offering them the "dIrectory award"
    This is the only way to expand the site.
    The activity is only friendly
    Important! Do not forget to follow our blog. thank you
    Have a great day
    Friendly
    Chris
    For other bloggers who are reading this text just register
    http://world-directory-sweetmelody.blogspot.com/
    Imperative to follow our blog to validate your registration
    Thank you for your understanding
    ++++
    Get a special price "dIrectory award" for your blog! with compliments
    Best Regards
    Chris
    A pleasure to offer you a diploma for your site
    http://nsm08.casimages.com/img/2015/10/05//15100510395718874513634224.png
    ++++++
    Hello!
    Selamat datang ke "Direktori Blogspot"
    Kami gembira untuk menerima blog anda di bahagian ini: MALAYSIA
    dengan bilangan: 777
    Kami berharap anda akan tahu laman web kami dari kamu sahabat,
    Jemput rakan-rakan anda dengan memberi mereka "Anugerah Direktori" yang
    Ini adalah satu-satunya cara untuk mengembangkan laman web ini.
    Aktiviti ini hanya mesra
    Penting! Ingat untuk mengikuti blog kami. terima kasih
    Mempunyai hari yang hebat
    mesra
    Chris
    Untuk blogger lain yang membaca teks ini datang-daftar
    http://world-directory-sweetmelody.blogspot.com/
    Penting untuk mengikuti blog kami untuk mengesahkan pendaftaran anda
    Terima kasih kerana memahami
    ++++
    Dapatkan harga istimewa "Anugerah Direktori" untuk blog anda! dengan pujian
    Salam
    Chris
    Keseronokan A untuk menawarkan anda satu darjah untuk laman web anda
    http://nsm08.casimages.com/img/2015/10/05//15100510395718874513634224.png

    ReplyDelete
  10. Wahh tenkiu tenkiu share calendar ni

    ReplyDelete
  11. Nak ke mana lagi tu en Din...

    ReplyDelete
  12. wah mantap pak sukses terus pak kim,..selamat liburan

    ReplyDelete
  13. sy aim yg cuti deepavali tu... hehe

    ReplyDelete
  14. perancangan yang terbaik adalah dariNya

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah..jimatla cuti tahunan nanti

    ReplyDelete