Wednesday, 2 November 2016

Teaser 7 : Furukawa

Hida Furukawa

Bandar Furukawa adalah bandar kecil di Pergunungan Gifu. Bandar ini adalah kira-kira 15 minit perjalanan dengan keretapi yang terletak di utara bandar Takayama.  Bandar ini juga dikenali sebagai Hida Furukawa. Bandar ini lebih kecil dan lebih tenang berbanding dengan Takayama. Sumber pendapatan utama adalah hasil kayu balak yang bermutu tinggi. Lagi pun, tukang-tukang kayu di sini berkemahiran tinggi.  Bandar ini mengekalkan ciri-ciri dan nilai-nilai tradisional yang tinggi. Selepas Takayama Spring Festival berlangsung, Furukawa Festival akan diadakan selama seminggu. 




Canal Area
Small canal lined by white walled storehouses.

Anda harus melawat kawasan terusan kecil yang bernama Seto River.  Di sepanjang terusan ini, anda akan terhibur dengan ikan kaloi/kap yang berwarna warni. Di sini, anda boleh melihat rumah-rumah tradisional yang berdinding putih (Shirakabe dozo). Anda juga harus melawat Takumikan Craft Museum yang terletak di penghujung terusan, dalam festival square. 



About the history and tools of the carpenters.
Takumikan Craft Museum
(Hida No Takumi Bunkakan)

Museum ini dibina pada tahun 1989 dan mempamerkan barang-barang pertukangan yang berkemahiran tinggi. Furukawa adalah kawasan pengeluaran kayu-kayan yang bermutu tinggi. Sumber utama di sini adalah pembalakan. Bahan-bahan binaan di sini tidak menggunakan sebarang paku.  Museum ini dibuka dari jam 9.00 am hingga 17.00 pm. (Sampai jam 16.30pm dari Disember sehingga bulan Feb). Ditutup pada hari khamis dan bulan Disember 28 sampai Jan 2. Bayaran kemasukan adalah sebanyak 300 yen.  



Traditional Japanese style candle shop.
Mishima Candle Shop (Mishima Warosokutan)

Kedai ini menghasil dan menjual lilin tradisional Jepun (Warosoku). Kedai ini telah beroperasi lebih daripada 240 tahun. Kedai lilin ini terletak di Furukawa's old town. Sekiranya anda bernasib baik, anda boleh melihat proses membuat lilin secara tradisional.  

Introduces the Furukawa Festival Hall.

Furukawa Festival berlangsung pada bulan April 19 dan April 20 setiap tahun. Di sepanjang tahun, anda boleh mempelajari Pesta Furukawa dari pemerhatian anda di Furukawa Festival hall (Hida Furukawa Matsuri Kaikan) atau pun juga dikenali sebagai Okoshidaiko no Sato. Anda akan melihat sebahagian besar daripada peralatan yang digunakan di Pesta Furukawa dipamerkan di sini. Yuran kemasukan adalah 800 yen. Dibuka dari jam 9.00 am sehingga 17.00 ( sampai jam 16.30 pm dari bulan Dis sehingga March). Ditutup dari December 28 hingga Jan 2.


Anda boleh melawat tempat-tempat yang menarik seperti yang teman huraikan di atas, dan adalah kira-kira 10 minit dengan berjalan kaki dari Hida Furukawa station. Semua tempat itu adalah terletak di bandar lama (Old town) festival square di taman awam yang kecil, Di antara yang telah dihuraikan secara ringkas adalah Festival Hall, Takumikan Craft Museum, Enkoji Temple, Canal Area, Candle Shop dan Honkoji Temple.

Anda boleh melawat laman web Furukawa seperti berikut :

http://www.japan-guide.com/e/e5975.html   

20 comments:

  1. Replies
    1. kan semua org tak sabar nk tahu sbb byk sgt teaser kluar ni heeee

      Delete
  2. Assalamualaikum..wahh bestnya jepun.. cepat update lagi

    ReplyDelete
  3. Immigration Lawyers… [...]the time to read or visit the content or sites we have linked to below the[...]… get more info Tripscrowd provides  Online flight tickets

    ReplyDelete
  4. bestnya itinerary..tmpat2 mcm ni mmg mesti dilawati..have fun..

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. mmg lah x ada gambar dalam bangunan,,belum sampai lagi pun hahaha..ni semua info dari internet preaparation utk travel mnggu depan.tul tak abe MKL hehehe

      Delete
  6. memang cantik bandar di tepi gunung dgn bangunan tradisinya.

    ReplyDelete
  7. waa.. jepun.. list saya.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak keluar negara x ada masalah kan Pha Is..duit yg jd penghalang kan heheeh

      Delete
  8. pengalaman berharga bila dapat ke jepun

    ReplyDelete
  9. bila tgk bangunan2 tradisional jepun ni terus tingat cite oshin hehehe

    ReplyDelete
  10. bila nak pergi abang MKL? haish..Jepun memang best! rasa nak pergi lagi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila nak sambung cite Sal..mcm best jek

      Delete
  11. cantik masih kekal heritage dia kan

    ReplyDelete
  12. ni nak kena pi jepun lagi nih....macm cantik lah tempat ni

    ReplyDelete
  13. mereka masih kekalkan bangunan daripada kayu kan...kita semakin terhapus

    ReplyDelete
  14. adehh...byk sgt tempat best di jepun ni..kena repeat lg ni

    ReplyDelete