Sunday 20 November 2016

Teaser 9 : The Tateyama Kurobe Alphine Route

Tokyo, Jepun

Gigantic Snow Wall along Tateyama Kurobe
Amusing Planet

Camping Site at Tateyama Kurobe during Autumn
Amazing Planet

Jepun adalah negara 4 musim. Pecahan musim dan bulan adalah seperti berikut :

Musim Bunga (Spring )   : Mac hingga Mei
Musim Panas  (Summer) : Jun hingga Ogos
Musim Luruh  (Autumn) : Sept hingga Nov
Musim Sejuk   (Winter)   : Dis hingga Feb


The Tateyama Kurobe Alphine Route adalah salah satu tempat impian teman. A place you must visit before you die. Tempat ini hanya dibuka pada masa tertentu sahaja. Tempat ini akan ditutup pada musim sejuk, yang bermula dari pertengahan November. Pada masa ini, dah mula salji dan bila salji mula menebal memang tidak dapat ke sana.

Kami akan ke Jepun pada pertengahan bulan Dis, 2016. Sudah tentu ditutup. Simpan je sebagai itinenary pada masa depan. Pasal sudah bertungkus lumus membuat research dan simpan je sebagai rujukan teman yang lain. Sekiranya anda hendak pergi semasa salji, atau snow wall walk elok pergi apda pertengahan April. Snow Corridor buka sampai pertengahan bulan Jun. 

Selain itu, Tateyama Kurobe sesuai juga pergi pada musim panas dan musim luruh. View sangat cantik. Boleh berkhemah sekali. 1 malam 500 yen. 2 malam 1000 yen. 3 malam sehingga 30 malam, 1,000 yen. Berkhemah di sekitar kawasan Murodo. 

Cara-cara hendak ke sana. Dari Tokyo anda ke Toyama. Beli tiket untuk Alpine route. Kalau beli tiket dekat JR opis boleh dapat harga diskaun dan harga adalah 9000 yen (RM 358.80) pada bulan November,2016. Tiket ini meliputi semua jenis pengangkutan (bas, ropeway, cable car, keretapi) untuk melengkapkan perjalanan alpine route ini. Stesen terakhir adalah Shinanoomaachi atau Nagano.       

Anda boleh memilih hendak bermula dari stesen mana. Pilihan terletak di tangan anda sendiri. Anda boleh memilih untuk bermula sama ada dari Stesen Toyama atau Shinanoomaachi atau Nagano. Sekiranya anda memilih untuk bermula di Toyama, anda akan berakhir di Shinanoomaachi atau Nagano. Kalau bermula dari Shinanoomaachi atau Nagano, perjalanan anda akan berakhir di Toyama.

Sekiranya anda dari Tokyo menaiki Shinkansen, perjalanan mengambil masa kira-kira dua setengah jam. Tetapi untuk melengkapkan Alpine Route perjalanan biasa mengambil masa di antara kira-kira 7 hingga 8 jam. Kebiasaannya, anda akan bermalam di Nagano atau Matsumoto. Sekiranya bermula Alpine route dari Nagano, anda akan bermalam di Toyama. Memang tidak sempat membuat perjalanan harian (day trip) balik ke Tokyo dan kena bermalam juga. Pemandangan di sini sangat cantik seakan-akan Alp Swiss.  


18 comments:

  1. cantiknya permandangan, tapi tak tahu tahan ke tidak sejuk gitu

    ReplyDelete
  2. teringin jg nk gi sini, tp kena lupakan dulu, exchange rate dh tinggi benor..

    ReplyDelete
  3. Risau kalau salji tu runtuh...

    ReplyDelete
  4. Wah banyak bajet encik din mengembara ye...cantik gambar diatas sekali tu...tebal betul salji tu ye

    ReplyDelete
  5. Selamat menikmati musim salji di Tokyo nanti, En.Lim. Have a safe and pleasant journey~ ;3

    ReplyDelete
  6. Oh kna ambik flght ke tokyo lh kalau nk ke sini ye

    ReplyDelete
  7. tingginya dinding... kalau tggi bas tu

    ReplyDelete
  8. Ohh pergi pertengahan dis ke ingatkan dh ada kat sana..nanti share ic kat tempat ni eh..one of my dream place also

    ReplyDelete
  9. kami pergi 15Mei...tinggi dinding salji tu 14 meter... kalau awal sikit pergi, dpt tgk 20 meter.

    ReplyDelete