Friday 6 January 2017

Itinerary Mencari Sakura di Chiang Mai.

Musim Sakura di Chiang Mai 

Teman teringin menikmati musim sakura di Jepun atau korea. Memandangkan cuti yang tidak mengizinkan, tambah-tambah lagi isteri seorang guru, maka pi Chiang Mai tengok Sakura pun jadi le. Ini teman ambil itinenary dari Meeza Aziz Anjee Temok (face book) dan telah pun mendapat keizinan beliau untuk menyiarkan iti ini. Teman telah pun mengubah suai sedikit dan disimpan sebagai rujukan untuk teman ke sana nanti. 

Meeza Aziz Anjee Temok (face book)

Full itinerary padang besar - hatyai - chiang mai - hatyai - padang besar.
oleh Meeza Aziz Anjee Temok
Total hangus 3500 bht. (RM438.06)

19/12/2016

11am - Selesaikan passport di imgresen Thailand (tips rm 1 dicaj untuk cop passport sebelah thailand) 

A Apabila hendak masuk ke Thailand kena guna border card dan dapat percuma sekiranya mintak dekat kaunter imi.  Kalau orang thai konon nak tolong tuliskan  dan lepas itu akan dicaj rm 2 .
Dari imi thailand ke station van ke hatyai cuma 1km tapi pilih untuk naik motor ke stesen. Bayar 33bht (RM4) (sepatutnya 50bht (RM6) tetapi  kami 3 orang dapat murah sikit)

12pm - padang besar - hatyai tambang 50bht (RM6) perjalanan sejam.

1pm - sampai di hatyai (stesen van) ambil tuktuk ke airport 80bht (RM10) seorang. Dengan tuktuk kena pandai main harga. Takut kena ketuk.

2ptg- solat siap-siap. Boarding time . Flight jam 5pm

8pm - 11pm sampai Chiang Mai . Kami sewa kereta untuk satu hari.   Tokey sewa kereta pickup kami di air port.  Harga 1000bht sehari.(RM125.00). Kami dapat kereta vios baru .
Terus check in hostel .
RAW HOSTEL 200BHT/PAX  (RM25.00)
Raw hostel dekat nite bazaar sekitar 800 meter. Tapi kami ada kereta tidak jadi masalah dengan jarak .
Bila kami sampai ke night market. Tak tahu nak pusing mana 1 terlalu besar. So kami ambik keputusan untuk jalan ke pasar sebelah kanan dahulu. Pasar ni bahagi kepada dua. 1 chang khlan road dan asunarm market. Serius sangat besar . Pasal makanan halal. Jangan risau. Banyak kedai halal cuma yang perlu anda risaukan harga . Nasi putih dengan sup kosong dah 40bht. (RM5) Hehhe nak murah sikit pergi area masjid. Tengah-tengah bandar. Tapi da juga makanan yang mahal. Sebelum makan tanya harga dulu ok . Selesai cuci mata. Makan-makan Terus balik hotel esok nak keluar awal pagi.

20hb - Mencari bunga Sakura

5am - siap solat subuh. Terus drive ke Doi Ang Khang perjalanan mengambil masa 3 jam kelajuan speed. Hehhe. Untuk pengetahuan anda, jalan ke Doi Ang Khang ada dua. Satu yang lambat dan satu yang cepat. Kami pilih yang lambat sebab otw ke sana jumpa tempat lepak perkampungan awan.  Jalan nak ke Doi Ang Khang ni sangat trill. Tapi berbaloi. Suhu di sana waktu otw memang sejuk. Tapi bila sampai ke kawasan sakura dah tak sejuk sangat.

Meeza Aziz Anjee Temok (face book)

Waktu kami pergi 40% sakura dah kembang. Bulan 1 peak season yang 100% sepanjang jalan penuh dengan bunga sakura. Takat kami yang baru 40% ini pun dah sangat cantik.
Fee dikenakan 50bht/pax (RM6) kereta 50bht (RM6)
Sebelum balik dari Doi Ang Khang pastikan semua makan strawberi dia. Manis dan sangat murah cari dekat orang jual dalam bakul 3plastik baru 100bht.(RM12)
Sebelum balik makan dulu di depan pintu masuk, ada 1 kedai makanan halal sebelah kiri bila nak keluar dari pintu masuk. Roti canai dia sedap. Tapi ingat makanan dia harga mahal.

Perkampungan Awan Doi Ang Khang 

6pm - sampai hotel. Kami check in hotel lain pula. Tamada hostel. Rate 5 Bintang. Sebab murah selesa.
TAMADA HOSTEL 260BHT/PAX INCLUDE BREAKFAST (RM32)
Hostel ni betul-betul di kawasan nite bazar. So boleh jalan kaki tok pusing-pusing.

8pm- lepas rehat antar kereta dan sewa moto. Masih sewa di tempat yang sama sebab harga murah berbanding di hostel. 2 biji moto harga 450 bht (Rm56)  sebab ambik moto 120cc dan 125cc so harga lain-lain.
Jalan-jalan di asunarm market plak untuk second day. Shooping. Balik rehat. Massage. Tido

21hb Mencari bunga Tulip

10am- rempit ke Doi Suthep dekat sini dari bandar dekat je dalam setengah jam sampai puncak naik moto plak memang layan dia punya angin sejuk.
Untuk pengetahuan korang nak naik tengok gold temple dekat Doi Suthep kena panjat tangga tinggi juga. Tapi pelan-pelan sampai juga. Fee di kenakan 30bht (RM3.70) sahaja. Parking kenderaan free sahaja. Dekat sini view dia sangat cantik. Kalau di Doi Ang Khang natural view. Di Doi Suthep view bandar. Nampak flight landing . Cuba la datang sini. Seronok juga.

2pm- selesai solat, makan (dekat 7e je) isi minyak 80bht (RM10) setiap moto. Terus ke royal park rajapruek. 
Dari Doi Suthep ke royal park jarak 15km je.

Fee di kena kan 100bht.(RM12). Kalo nak sewa basikal bajet2 korea pusing2 dalam flower garden ni 60bht.(RM7.50) Tapi kami pilih naik train. FREE JE. Setiap 15 minit train akan jalan dan stop di 8 point. Peminat bunga boleh datang sini. Semua bunga pon ada. Boleh refer gambar ok.

8pm - lepas selesai makan. Solat di masjid hidayatul dekat bandar chiang mai. Antar moto. Shopping. Terus overnite ke airport. Rezeki kami dapat songthew bayar 50bht (RM6) dari bandar Chiang Mai ke airport.

Meeza Aziz Anjee Temok (face book)

22hb Chiang Mai - Hatyai

Flight jam 6am sampai hatyai 8am.

Terus cari Songthew bayaran 50bht (RM6)
*perhatian untuk ke teminal bus or van. Korang kena jalan ke luar dari kawasan airport untuk dapat songthew or tuktuk. Diaorg tidak ambil dalam kawasan airport sebab orang teksi marah nanti.

9am- teminal van ke padang besar 50bht (RM6)

10am. Dah selamat balik ke malaysia.

Selesai memburu bunga sakura dan tulip. Very short vacation. Semata-mata nak tengok sakura tulip dan merasa perkampungan awan. 

Apa yang perlu waktu ke chiang mai kalo ikot itinerary anje.
Kalau nak bajet lagi. Bawa makanan sendiri. 
kalai tak tahan sejuk, bawa baju sejuk ke Doi Ang Khang. Boleh camping di perkampungan awan tu. Fee di kena kan 100bht (RM12) 1khemah boleh kongsi 2 orang. Murah kan . 


Dan ANDA PERLU SEWA KENDERAAN. KALO RAMAI BETTER NAIK KERETA UNTUK KE SAKURA. SEBAB JALAN DIA SMOOTH TAPI SANGAT PENING! KALO NAIK MOTO? MOHON TOLAK MOTO ANDA.


Ok sekian full iti dari anje. Boleh share dan like. Sebarang pertanyaan boleh pm, atau komen di gambar di face book. Untuk gambar deal kereta sewa boleh tengok gambar fb owner seperti lampiran  di bawah. Terima kasih.


26 comments:

  1. Macam best ni... boleh dicuba...

    ReplyDelete
  2. menariknya!!!ok, saya memang minat bunga..teringin sangat nak pergi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom...

      tak yah g jepun jejauh.

      kih kih kih

      Delete
    2. Siap ada tulip.
      Okay good tak payah pergi belanda.
      Hihi

      Delete
  3. TENTU SUKAHATI MELIHAT BUNGA2 SAKURA N TULIP DLL YG KEMBANG CANTIK DI CHIENGMAI...

    ReplyDelete
  4. Bila laa nak sampai giliran ambo pula nie... cantik banget!

    ReplyDelete
  5. nak tengok bunga cantik2 tak payah pegi jauh2 sampai amsterdam sana kan, thailand pun dah ada

    ReplyDelete
  6. menarik..kena gi bulan Januari..

    ReplyDelete
  7. cantiknya..saya x pnh tgk sakura lgi..

    ReplyDelete
  8. chang mai ada sakura? wow..

    ReplyDelete
  9. wow berbaloi..saved as a guideline afterthis lah..tq for sharing this

    ReplyDelete
  10. wah nbest gak chiang mai pun macam belanda dah

    ReplyDelete
  11. cantiknya. kat Thailand pun ada sakura rupanya

    ReplyDelete
  12. not bad gak idea mencari sakura ni. klu tak mampu ke jepun untuk tengok sakura, leh la ke chiang mai

    ReplyDelete
  13. wah cantiknya sakura & tulips

    ReplyDelete
  14. Alternatif yg menarik ni..

    ReplyDelete
  15. Menarik ni... thanks sharing :)

    ReplyDelete
  16. Bila lah saya nak menjelma kat sana agak nyer... Menarik sungguh...

    ReplyDelete
  17. Wah...alternatif yg menarik utk tengok sakura

    http://casanayafana.blogspot.my/2017/01/day-56th-dec-yallingup-nannup-manjimup.html

    ReplyDelete
  18. sy mmg ad ahajat nk g chiang mai satu hari nnt... dan mmg tau chiang mai mmg kaya dgn bunga2 (sbb selalu tgk drama thai) heheheh

    ReplyDelete
  19. Wah! Boleh copy paste itienery ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh..pasal saya dah minta izin Tuan Tanah,Meeza Aziz Anjee Temok (face book). Dalam face book kadang kala susah nak cari balik. Pasal saya teringin ke sana pada bulan Januari akan datang. Simpan dahulu sebagai rujukan di masa depan. Silakan SS.

      Delete
  20. Wah bestnya dapat tengok sakura... cantik...

    ReplyDelete
  21. Kat sana pun ada bunga sakura? Nampaknya kena cari tiket musim yg sesuailah..dis to jan kan

    ReplyDelete
  22. wahhh mantap pak kim... josh dah....

    ReplyDelete