Tuesday 7 February 2017

Itinenary mendaki lima Puncak Bukit Berekeh @ Bukit Botak

Bukit Berekeh @ Bukit Botak dengan ketinggian 1940 kaki ( 454 meter ). Terdapat lima buah puncak bukit serta memiliki Beirut di puncak tertinggi, terletak di Kampung Bawong, Lasah, Sungai Siput, Perak .Puncak tertinggi adalah di puncak kelima. Lima puncak bukit menawarkan pemandangan yang terbaik merasakan kita  seolah-olah seperti berada di kawasan Savana yang dikelilingi oleh rumput-rumput keperangan tumbuh melatar di sekitar puncak memang menawarkan satu panorama yang cukup indah.

Anda akan merasai keindahan panorama dengan pemandangan hamparan  awan berada di sekeliling anda. Ibarat kata " maka tak kenal, maka tak cinta. Anda pasti jatuh hati dengan kepulan-kepulan awan yang cantik berarak datang dan pergi menutupi pemandangan di sekitar puncak bukit.

Treknya tidaklah begitu sukar. Kami akan menggunakan trek baru. Kami menggunakan app bernama view ranger. Kami telah melalui trek baru, jalan tanah merah lebih kurang 30 minit berjalan. Kami terus berjalan  sehingga memasuki trek hutan kira-kira 20 minit sehingga sampai ke puncak pertama.  Anda pasti terjumpa dengan batang-batang pokok yang berwarna merah atau marron, dan kawasan ini adalah kawasan yang bertanda. Anggaran masa untuk sampai dari puncak pertama ke puncak ke lima lebih kurang 30 minit. Saya teringat akan Bukit Borga, Semenyih. Puncak-puncak Bukit dikelilingi oleh lalang-lalang dan rumput-rumput savanna yang kering dan cantik. 

Cabaran utama adalah matahari begitu terik pada waktu tengah hari. Seboleh-bolehnya mendaki di awal pagi lebih kurang jam 6.00 pagi. Anda harus tahu bahawa trek ini kekurangan pokok untuk berteduh. Pastikan anda membawa air secukupnya dan payung. Anda harus ingat bahawa Sungai Siput adalah kawasan panas dan kering di Semenanjung Malaysia.

Dari atas puncak nanti terutamanya puncak tertinggi, anda  boleh nampak pemandangan 360 darjah gunung-gunung yang terdapat di sekeliling. Anda juga boleh lihat view gunung trans titiwangsa ( V3 ) selain kampung Bawong, penempatan orang asli dan ladang kelapa sawit di sekitarnya.

 Aku dan Panorama Bukit Botak

Muhammad Hudzaifah, Ibrahim, Arif dan Kaki travel Khairuddin


Trip bukit berekeh sg siput perak-new route... 21/1/2017-Sabtu.
1.jep
2.ibrahim
3.arip

4.khairuddin
5.Fiza
6.loko
7.ain
8.fatin
9.fidot
10.ada
11.atikah


Tentatif Program

0500 start hiking
1000 mandi sungai
1230 touring kuala kangsar

Bawa makanan&minuman secukupnya
Baju hujan/windbreaker (musim hujan)
Headlamp
Pakaian basah&kering
Ubat personal jika ada
Dan sewaktu dengannya


Sekiranya musim panas, bawa payung/ topi. Takut heat strok.

Carpool dari KL

1.0 Kak fiza
Ada
Fidot
Fatin
Atikah

2.0 Ibrahim
Arip
En. khairuddin


22 comments:

  1. Bestnya, kita sempat naik Broga je.

    ReplyDelete
  2. Boleh tahan cantiknya pemandangan dari puncak...

    ReplyDelete
  3. ohhh, ingatkan dah tak boleh naik berekeh ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh..ada route baru..jangan lalu ladang kelapa Sawit. Jahaman pokok kelapa sawit orang.

      Delete
  4. bagus fit ni naik bukit je selalu

    ReplyDelete
  5. Betul2 mencabar aktiviti trip ke puncak mcm ni ye...nyaman tgk

    ReplyDelete
  6. wahhh bersemngat sungguh semuanya ya dlm musim yg x berapa menentu ni...

    ReplyDelete
  7. dah lama x daki gunung. last naik gunung kinabalu thn 1998 dulu.

    ReplyDelete
  8. Awesome jugak Perak nih...
    Lama dah En MKL tak singgah blog..

    ReplyDelete
  9. touring kuala kangsar..jgn lupa makan laksa..
    nice view..nice sharing..

    ReplyDelete
  10. Menarik ni... mmg kaki travel la abam MKL nie :) :)

    ReplyDelete
  11. Seronoknya dapat mendaki, saya pun suka aktiviti macam ni

    ReplyDelete
  12. rasa nak kena fitkan diri gak la. teringin gak nak hiking :)

    ReplyDelete
  13. eh naik bukit boleh bawak payung ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je...kadang kala saya bawa payung je...hahaha kena jelak.

      Delete
  14. dah lama tak memanjat manjat ni

    ReplyDelete
  15. Terbaikla En MKL.Harap sudi bertandang lagi ke blog

    ReplyDelete
  16. Replies
    1. Rendah je puncaknya. 454 meter. terjelak je buat JM yang pernah sampai ke Gunung Rinjani.

      Delete