Friday, 31 March 2017

Sungai Dara, Hulu Bernam

Sungai Dara, Hulu Bernam terletak di Kampung Sunga Dara, atau Sungai Dareh. Anda boleh waze sekiranya hendak ke tempat ini. Masuk melalui tol Behrang sekiranya anda dari utara tanahair atau pun dari selatan tanah air.

Menurut cerita orang-orang tua yang masih ada lagi berdiam di kampong ini , nama kampong  ini adalah berasal dari peristiwa dua orang gadis cantik  bersaudara yang  telah dibunuh dan dicampakkan ke dalam sebatang sungai yang mengalir di kampong ini. Motif pembunuhan itu adalah tidak jelas , tetapi ia jelas bermotifkan cemburu .Seorang perempuan muda yang dikenali dengan panggilan Si Kiah dan seorang lagi pula dikenali sebagai Si Dara sahaja. Seperti yang dikatakan tadi, faktor pembunuhan adalah kurang jelas, mungkin dikeranakan oleh berbagai sebab seperti kecantikan mereka yang masyhur dan terkenal di seluruh kalangan penduduk tempatan dan kampong-kampong yang berjiran waktu itu yang menyebabkan ia terus dicemburui. Kehilangan mereka telah disedari oleh penduduk kampong setelah beberapa hari tidak kelihatan di mana-mana di dalam kampong dan sekitarnya. Lalu seluruh penduduk kampong waktu itu , termasuk penduduk dari kampong bersebelahan yang berjiran turut membantu dalam usaha mencari mereka.Akhirnya mayat Si Kiah telah dijumpai di sebatang sungai di penempatan penduduk kampung berhampiran, sementara mayat Si Dara tidak dijumpai hingga kini.
  
Maka berikutan dari peristiwa inilah kampong ini dinamakan sebagai Kampong Sungai Dara mengambil sempena  nama gadis malang yang bernama Si Dara itu. Sungai di mana mayat Si Kiah dijumpai pula dinamakan sebagai Sungai Sekiah. Sehingga kini kekallah kampong ini dinamakan sebagai Kampong Sungai Dara , manakala kampong jiran sebelahnya dikenali sebagai Kampong Sungai Sekiah. 

Sumber di atas penulis petik dari face book kampung Sungai Dara, Hulu Bernam.

Di sini, penulis dan kawan-kawan bermandi manda di Sungai Dara atau Sungai Dareh, tidak jauh dari Tanjong Malim. Sungai Dara adalah terletak di mukim Muallim.



 Sungai Dara, atau Sungai Dareh

Empangan Sungai Dara

 Batu-batan yang tersusun indah dan kemas

 Kawan-kawan hiking teman

 Daun-daun yang semakin  menjuntai ke bawah

Begitu seronoknya kawan-kawan bersuka ria









7 comments:

  1. Warna air dia gelap tuan, mungkin kurang cahaya dari kamera atau memang air dia begitu.

    ReplyDelete
  2. Kesiannya Kiah dan Dara..jadi cantik pun susah. hurmmm

    ReplyDelete
  3. Teringin pula nak pergi air terjun dengan kawan-kawan. dah lama tak buat trip ke sungai / air terjun.

    ReplyDelete
  4. Mesti sejuk air dan suasana tempat tu.. best.

    ReplyDelete
  5. Huihh, lamanya tak berendam dalam sungai ni...best...teringat masa dulu-dulu...hehe

    ReplyDelete
  6. best nyer kalau dpt berendam lama2 kt air terjun ni...skrg kejap2 hujan...nk pegi berkelah pun rs x syok

    ReplyDelete