Monday 3 April 2017

Aktiviti Menikmati Bunga Sakura di Busan

Berhanami di Busan

Oleh Khairul Jamain

Samnak Park,Busan. 

Menurut Fitri Yusof, Hanami bermaksud aktiviti menikmati bunga sakura. Sejarah Hanami bermula sejak era Heian (kira-kira 700-800 M). Era Heian terkenal dengan budaya elegan dan kemewahan. Pada awalnya, budaya Hanami hanya dilakukan oleh golongan aristokrat. Mereka akan berkumpul di bawah pohon sakura untuk mendengar dan menulis sajak.
Lama-kelamaan, budaya ini diikuti oleh rakyat awam. Asasnya, Hanami adalah aktiviti menikmati keindahan sakura. Pelawat akan membawa tikar dan makanan sendiri. Mereka akan duduk-duduk berborak sambil menikmati keindahan bunga sakura yang mangkai.

Busan akan  menjadi bandar yang berwarna-warni dan indah pada musim bunga. Bunga sakura akan mekar bermula pada 26 mac hingga hujung bulan april. Terdapat enam tempat
tempat yang menarik dan cantik untuk melihat bunga sakura di busan.

1.Haeundae Dalmaji Road

Haewoljung Pavilian dan Haemaru Lie di sepanjang Haeundae Dalmaji Road adalah tempat yang sesuai bagi mereka yang ingin membeli belah sambil melihat keindahan musim bunga sakura. Sekiranya cuaca baik anda boleh melihat Tsushima Island dengan permandangan yang mengasyikkan. Dalmaji road adalah jalan menuju ke Bukit Dalmaji dari pantai Haeundae dan terkenal dengan " busan beautiful road cherry blossoms".
*untuk ke sana, sila ambil metro line no 2 ke Jangsan station , sampai di sana nanti sila ambil bus no 2 atau 10.

2. Oncheon Stream Park

Oncheon Stream Park ini adalah di antara Allak-Dong di Dongnae District dan Yeonsan-Dong, sebuah bandar kecil. Di sepanjang jalan di Oncheon Stream Park ini anda akan melihat keindahan bukan sahaja sakura tetapi juga bunga-bunga lain sambil melihat pemandangan sungai yang indah dan bersih.
*untuk ke sana: sila ambil metro line no 1 to Dongnae Station dan berjalan selama 5 minit untuk ke sana.

3. Igidae Coastal Promenade

Igidae Park terletak in Yongho-dong,Nam District. Pelancong yang datang ke sini pasti membawa seribu kenangan dengan berjalan-jalan di sepanjang Igidae Park di persisiran pantai sambil mendengar deruan ombak,bunga sakura dan keindahan langit biru terbentang luas. Dari sini anda dapat melihat Gwangan Bridge dan Haeundae APEC Nurimaru house.
*Untuk ke sana sila ambil metro line No 2 ke Kyungsung Uni or Pukyong Uni Station dan exit no 5. Tukar menaiki bus bandar ke Yonghobong, berjalan ke Igidae Entrance dan berjalan lebih kurang kira-kira10 minit.

4. Mt. Hwangnyeong Ring Road

Di sini anda perlu berjalan sejauh 3 kilometer dan ini adalah antara yang terkenal dengan pemandangan bunga sakura.  Perjalanan ini akan membawa anda kepada sebuah pemandangan yang indah sambil melihat Gwangan bridge di persisiran laut.
*untuk ke sana sila ambil metro line no 2 ke Mt.Geumnyeon Station dan keluar no 6 dan berjalan lebih kurang 30 minit.

5. Samnak Park

Samnak Park akan bertukar menjadi keemasan apabila rape flowers mekar pada bulan April. Di sepanjang 8 kilometer di persisiran sungai anda akan disajikan dengan keindahan alam semula jadi dengan keindahan bunga sakura. Ia berdekatan dengan Busan Sasang Station San Gimhae Light Railway yang.terkenal dengan zon mengambil gambar yang cantik oleh orang tempatan di sini.Anda boleh berjalan kaki atau berbasikal di sini. Terletak di Sasang District, Samnak Park berkeluasan 323,966 meter persegi.
*untuk ke sana sila ambil metro line no 2 ke Mt Geumnyeon Station dan keluar no 5 dan berjalan lebih kurang 10 minit menghala ke Gwangalli Beach.

6.Namcheon-dong Cherry Blossom Road

Bunga sakura di Namcheon-dong Samik Apartment juga antara yang terkenal di bandar busan. Pada bulan april bila bunga mekar penuh, anda akan melihat sebuah pemandangan yang sungguh luar biasa dengan pemandangan Pantai Gwangalli.
*untuk ke sana sila ambil metro line no 2 ke Mt Geumnyeon station dan keluar pintu no 5 dan berjalan selama10 minit.

16 comments:

  1. belum pernah lg travel time sakura nih...

    bersakura-san di hulu langat, pun byk bunga2 mcm ni bulan Mac-April..

    ReplyDelete
  2. cantiknya...semoga saya x terlepas lagi tahun ni utk merasa sakura....

    ReplyDelete
  3. Sakura yang warna pink lebih cantik rasanya...

    ReplyDelete
  4. Bunga Sakura ditanam di iklim tropis berbunga ngak ya Pak Lim/pak Khairul ?

    ReplyDelete
  5. Cantiknyaaaa sakura! jeles ni jelesss.

    ReplyDelete
  6. seronoknya siapa yg ada di korea dan jepun sekarang, dapat tengok bunga sakura

    ReplyDelete
  7. memang sakura juga ada di Jepun..

    BUnga di Korea lagi cantik..

    saya cuma tengok gambar sahaja

    ReplyDelete
  8. menarikk. nak kena google gambar2 ni semua tuk lebih detail

    ReplyDelete
  9. aduh cantiknya, teringin nak gi

    ReplyDelete
  10. belum ada rezeki nak bersakura..satu hari nanti.tapi lebih minat Jepun dari Korea

    ReplyDelete
  11. Cantik.. mmg seronok klu berada di sana

    ReplyDelete
  12. Teringin nak pergi ke Korea Selatan ni...entah bila dapat jejak kaki ke sana...hehe

    ReplyDelete
  13. subhanallah cantik.. mudah2an ada rezeki nak kesana lagi untuk tengok cherry blossom pula..

    ReplyDelete
  14. mmg cantik pemandangan yg dihiasi sakura... mudah2an ada rezeki ke sn nnt

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah matur nuwun sanget sudah berbagi nikmatnya...

    ReplyDelete