Tuesday, 11 April 2017

Permit & Itinenary ke Gunung Nuang Via Janda Baik

Trip Daypack ke Nuang via Janda baik
Anjuran UPSI Staff Adventure Club (U_STAC)

Tripadvisor


Ketinggian Gunung Nuang adalah 1493m/4898 ft. Ada dua trek untuk mendaki Gunung Nuang. Satu melalui Hulu Langat di Selangor. Satu melalui Janda Baik di Pahang. Trek Hulu Langat lebih panjang, banyak perhentian dan sumber air. Trek Janda Baik lebih pendek, satu tapak perkhemahan kecil dan satu punca air tunggal.

Kami akan mendaki mengikut Gunung Nuang Via Janda Baik. Kami perlu buat dua permit, satu dari Jabatan Hutan Selangor. Satu lagi dari Jabatan Hutan Pahang. 

Untuk Permit Selangor, anda boleh menghubungi Cik Mai (03-90752885) di Pejabat Hutan Daerah Selangor Tengah. Hantar dahulu senarai nama serta kad Pengenalan peserta melalui email sebelum kelulusan dikeluarkan. E mail adalah PHDSELTGH@yahoo.com. Selepas mendapat kelulusan, anda perlu ke Pejabat yang terletak di KM11, Batu 7, Jalan Cheras, Kajang. Mercu tanda yang berdekatan dengan Pejabat Hutan Daerah Selangor Tengah adalah  Restoran Cerana. Bayaran Permit adalah RM5 seorang.

Untuk Permit Pahang pula, anda boleh menghubungi Cik Fadillah binti Mohmmad (6092221039) di Pejabat Hutan Daerah Bentong, JKR 241, Jalan Bukit 28700 Bentong, Pahang. Bayaran Permit adalah RM10.00 seorang. E mail adalah PEJABATHUTAN@gmail.com  

Anda perlu mendapat kelulusan dari Pejabat Hutan Daerah Selangor Tengah terlebih dahulu sebelum kelulusan dari Pejabat Hutan Daerah Bentong dikeluarkan.    

Tentetip 15 April 2017

730 mula panjat

900 pagi Rehat di Air Terjun Chemperoh
1100 pagi sampai ke Simpang Gunung Repin
1230 tengah hari sampai ke puncak
230 mulai turun dari puncak
330 rehat di Air Terjun Chemperoh
500 sampai ke parking

Parking kereta : rm7 per kereta, ada tandas & tempat mandi (0196343765: Mazlan).
Ketinggian : 1500 m 
Parking kereta : 500 m
Jarak keseluruhan : 14 km
Suhu dipuncak : 21C

Bawa perkara-perkara berikut :
1. Payung/ baju hujan
2. Power bank
3. Head lamp
4. 3 botol air mineral
5. Jajan/ energy bar
6. Nasi dan lauk untuk tengah hari.
7. Kasut trekking yang sesuai
8. Baju/seluar extra bagi yang hendak mandi kat air terjun.
9. Ubat ubatan sendiri
10 Glove jika ada
11 Wisel jika ada
Peringatan : Water point cuma ada di Air Terjun Chemperoh sahaja.

Kesimpulan : Pendakian yang lebih sukar dari Bukit Kutu dan mudah sikit dari Gunung Liang. Trek lecak tapi tak seteruk Gunung Rajah. Trek kebanyakannya mendaki dan mencanak naik. Banyak pacat dari air terjun ke puncak. Puncak tak ada view sangat cuma ada tupai-tupai yang gemuk dan jinak dan cuaca sejuk dan dingin. 

13 comments:

  1. banyak pacat tu yg seriau...waktu petang selalu hujan..
    semoga selamat naik & turun..all the best..

    ReplyDelete
  2. Uncle dan mendaki daki ni berpisah tiada =)

    ReplyDelete
  3. Tak tahu lah bila nak ada hobi suka panjat gunung ni 😆

    ReplyDelete
  4. Rindu nak naik gunung nuang lagi walaupun nyaris give up haritu haha.

    ReplyDelete
  5. murah je permit nyer... sy igt kn berpuluh2 jg...

    ReplyDelete
  6. bagus itinerary ni untuk pencinta gunung

    ReplyDelete
  7. pergh.. dah jadi hiker plak skrg nih.. kuat betol.. hehehe

    ReplyDelete
  8. janda baik dekat jer lah :)

    ReplyDelete
  9. banyak pacat ya...dah lama tak trekking ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semalam naik..nampak pacat berguling-gulin di tanah. Pacat tak suka saya kot.

      Delete
  10. tumpang baca je..bukan kaki mendaki.hehe

    ReplyDelete
  11. sukses terus pak alhamdulillah matur nuwun sanget sudah berbagi nikmatnya...

    ReplyDelete
  12. Mencabar juga ke gunung Nuang ni

    ReplyDelete