Wednesday 3 May 2017

Kos Perbelanjaan ke Kuching

Itinenary dan kos perbelanjaan secara ringkas.


Bersama dengan Dr Nassier yang kini berkhidmat di Melbourne,Australia. Kembali bercuti selama tiga minggu. (17hb April, 2017 sehingga 5hb Mei,2017). Kami ke Bako National Park. 

 Naim dan Dr Nassier.  Percutian dalam negeri ke kuching. 


Tim Cannon, kawan Dr Nassier dari Bendingo, Victoria, Australia.

19 April 2017 (Rabu)

Flight 11.40 pagi  &  1.30 tengah hari tiba di Kuching.

Pengangkutan dari airport ke hotel : Perkhidmatan Uber,  lebih kurang RM 9.00 atau naik teksi berkupon dari Airport Kuching ke hotel. Harga Standard : RM26.00

Tinggal di Abell Hotel, 22 Jalan Tunku Abdul Rahman, 93100 Kuching,Sarawak. 

Aktiviti : berjalan-jalan di Waterfront Kucing dan naik bot Penambang ke Kampung Boyan.

20 April (Khamis)

8.00 pagi :Sarapan pagi. 8.30 pagi : Bertolak ke Bako. (45 minit). Perjalanan adalah dari Kuching ke Jeti Bako dan Bako National Park. 10.00 pagi : Mula tracking (Route : Teluk Pandan Kecil). Dari jeti Bako ke Bako National Park adalah kira-kira 30 minit dengan menaiki bot.  Masa untuk trekking adalah 2 jam.  Latar belakang : Gunung Santubong. Bot terakhir adalah jam 3.00 petang.  4.30 petang : Bertolak ke Kuching. Berhenti di Jambatan Sungai Santubong. Ambil gambar Latar belakang Gunung Santubong. Kan Misi kita menjejak Puteri Santubong. Puteri Sejinjangi penjaga gunung negeri Sarawak.

Park Fee : RM10.00  Tambang boat : RM30 (dua hala) campur RM35 (ke Sea Stack mercu tanda bako National Park).

Kita mulakan perjalanan dengan bot dari Jeti Bako ke Sea Stack. Lepas itu, ke Teluk Pandan Kecil. Hiking bermula di sini mengambil masa kira-kira 2 jam untuk kembali ke HQ.

Kita akan sewa kereta kancil dan boleh tinjau di mudah.com. Kami telah menempah Kancil (RM60). Book dengan Cik Amelia Lee (0168096635).

21 April (Jumaat)

8.00 pagi : Sarapan pagi. 8.30 pagi : Bertolak ke Semenggoh Wildlife Center (45 minit) Bertemu dengan Orang Utan. 9.00 pagi acara bagi makan Orang Utan. Waktu terbaik untuk melawat adalah antara bulan Mac hingga April setiap tahun. Fee kemasukan adalah RM5.00. 

12.00 tengah hari : Melawat ke Muzium Kuching, Taman Orkid, Kuching, Astana ,Sarawak ,State Assembly Building, dan Fort Margaritha 

Malam : Naik bot Penambang ke Kampung Boyan dan lepak di sana.



22 April (Sabtu)

Pagi :  Lepak di Hotel Abell, Kuching dan membeli kek lapis Mira di Kampung Boyan.


5.00 petang : River Cuisine di sepanjang Sungai Sarawak menikmati matahari terbenam.

8.00 malam :Top Spot Food Court Kuching belanja RM70.00 untuk 4 orang. Minum untuk 4 orang 10.00. Seorang adalah RM20.00. Murah dan berbaloi. 

Set waze/ goggle map ke UTC Sarawak. Bangunan UTC dekat dengan Kuching Water front dan dekat dengan hotel Pullman. Nampak sign 1Malaysia sebesar-besar bangunan. Naik tingkat 6 bangunan dan terus jumpa Food Court Top Spot. Address : Jalan Bukit Mata Kuching, 43100 Kuching, Sarawak.  Kedai pilihan no 25, Bukit Mata Seafood. Order Siakap Tiga Rasa dan Sayur Midi Goreng Belacan.

23 April (Ahad)

Pagi :  Kami lepak-lepak di hotel Abell je.

Flight jam : 1.55 tengah hari. Tiba di KLIA jam 3.40 petang. 


KOS PERBELANJAAN KESELURUHAN

Kos Perbelanjaan adalah seperti berikut :

Kami melancong ke Kuching berempat. Jadi semua perbelanjaan akan dibahagi empat sama rata.

1. Kos flight seorang : RM178.00 (dua hala) seorang

2. Pengangkutan di Kuching :
    1. Uber pergi balik dari bandar Kuching ke airport : RM18.00 (seorang RM4.50)
     2.Sewa kereta : RM120 (untuk dua hari) (seorang RM30)
         Minyak        :  RM  40 (seorang RM10)

3. Penginapan :RM1000 (Bermalam di Hotel Abell, Kuching) Seorang RM250.00

4. Tiket masuk tempat :
    1. Bako National Park : RM10.00 seorang
        Bot ke Bako National Park : RM30 seorang (dua hala)
        Sewa bot ke Sea Stack : RM35.00 (seorang RM8.75) 

5. Semenggoh Wildlife Centre : RM5.00

6.  Harga bot river cuisine sepanjang sungai Sarawak : RM60.00 seorang

Kos Perbelanjaan Peribadi (Makan dan Cenderamata) masing-masing dan tidak diambil kira di sini.

Jumlah keseluruhan = RM586.25 seorang.

18 comments:

  1. muka mat saleh tu macam penyanyi coldplay pun ada. haha

    ReplyDelete
  2. ok je kuching ni, takla mahal sangat.

    ReplyDelete
  3. wajah dr nasir salin wajah MKL masa muda tu

    ReplyDelete
  4. Bestnyaa teringin nak pi kuching.. satu hari nanti insyaallah.
    :)

    http://www.kataubaid.com/2017/05/harga-tiket-top-komtar-pulau-pinang.html

    ReplyDelete
  5. bestnya..Bako National Park..

    ReplyDelete
  6. Best juga Sarawak. .

    Bajet pun tak banyak diperlukan 😍👍


    https://kebaikankeindahan.blogspot.my/?m=1

    ReplyDelete
  7. your update is a really good reference. straight to the point and detailed!

    ReplyDelete
  8. best kan kuching nih. taman negara tuh memang awesome. cuma kitorang tak sempat nak explore dengan bot seme sebab masa limited. haih 2nd round nih jawabnya huhu

    ReplyDelete
  9. ni yg rs nk g sarawak skrg jg ;-)

    ReplyDelete
  10. Nice sharing tho!! I'm new here :)

    AMERZING || http://ameridzuan.blogspot.my/

    ReplyDelete
  11. bestnyer melancong disini

    ReplyDelete
  12. aduh tak sampai lagi ke kuching. menarik juga ni

    ReplyDelete
  13. Semoga dipermudahkan ke Sarawak satu hari nanti...perkongsian yang baik memudahkan orang lain membuat bajet ke sarawak

    ReplyDelete
  14. Saya suka Kuching.. mmg ada plan nk ke sana lagi nanti..

    ReplyDelete
  15. iti dann bajet yang lengkap..sesuai untuk orang yang sukakan nature dan aktiviti lasak. Rindunya Sarawak..belum sampai Kuchinglagi. Hanya Sibu dan Miri

    ReplyDelete
  16. Menarik juga Kuching ni :)

    ReplyDelete
  17. paling rindu makanan2 sedap di kuching =)

    ReplyDelete