Tuesday 16 May 2017

Sepetang Bersama Blogger 2017 : Coretan ringkas

Kenangan indah di majlis makan malam sepetang bersama blogger #SBB2017.


 Bersam-sama rakan blogger di meja no 18


Bersama Nor Ariffin Hamzah dan Tuan Haji Amir Denaihati


Tahniah pemenang award #SBB2017
Penyampaian Anugerah :
Most Engaging Social Media 2017 - @Neyrashazeyra
Most Engaging Blog 2017 - kisahemasputih.com
Promising Blogger Group of The Year 2017 - Projek Blogger Utara
Best Foodie Blogger 2017 - Mahamahu.com
Best Travel Blogger 2017 - Projektravel.com
Best Lifestyle Blogger 2017 - Ciklilyputih.com
Blogger of The Year 2017 - Redmummy.com
Digital Economy Champion - MDEC
Fast Growing Social Media Company - Misi Viral

Alhamdulillah Sepetang bersama blogger 2017 telah berlangsung dengan jayanya pada 13 Mei 2017 di MaTiC, KualaLumpur. Kami telah berkumpul beramai-ramai di Pusat Pelancongan Malasysia (MaTIC) untuk membina network besar dan menambah ilmu daripada panel-panel jemputan.
Majlis ilmu telah berlangsung dari jam 2.00 petang sehingga 6.45 petang di Dewan Tuanku Abdul Rahman, MaTic. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM30 sekiranya mengikuti majlis di siang hari. Gala Dinner  & Award Night 2017 telah berlangsung di sebelah malam. Bayaran dikenakan untuk majlis siang dan malam adalah RM50. Sangat berbaloi.Rugi pada sesiapa yang tidak dapat meluangkan masa untuk mengikuti majlis sepetang bersama blogger 2017.

Aturcara #SBB2017 

(Tempat : Dewan Tuanku Abdul Rahman,MaTic)

12.30 - 2.00 petang Pendaftaran
2.00 - 2.30 petang  Majlis Pembukaan
2.30 - 3.30 petang Mini Forum - Blogging dalam dunia ekonomi digital
3.30 - 4.30 petang Datuk Ibu Hanim
4.30 - 4.45 petang Slot istimewa
4.45 - 5.15 petang Rehat Solat dan minum petang
5.15 - 5.45 petang Personal Branding & Affiliate  
5.45 - 6.45 petang Content Mastery & Affiliate
6.45 - 8.00 malam Rehat/Solat Maghrib

(Tempat : Saloma Bistro)

7.00 - 8.00 malam  Ketibaan Tetamu Jemputan & Media
8.00 malam Ketibaan YB Datuk Hajjah Mas Ermieyati Samsudin,Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
8.00 malam Persembahan Selamat Datang
                    Bacaan Doa
                    Ucapan Aluan Datuk Hishamuddin Yaacob,Chairman/CEO Kumpulan Media                         Karangkraf
                    Ucapan Perasmian oleh YBhg. Datuk Hajjah Mas Ermieyati                  Samsudin,Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
                    Jamuan Makan Malam & Persembahan
                     Penyampaian Anugerah
                     Sesi Fotografi
  10.30 malam Program Tamat

Untuk pengetahuan para pembaca,Denaihati Network, penganjur sepetang bersama blogger 2017 bermula sebagai sebuah blog peribadi pada tahun 2008 oleh Tuan Haji Amir Hassan(Amir Denaihati). Di blog tersebut, Amir Denaihati telah berkongsi pendapat mengenai pelbagai topik. Pada hari ini, Denaihati.com telah berkembang menjadi sebuah syarikat yang membawa perjuangan blogger ke tahap yang lebih baik dari masa ke semasa. Denaihati.com telah membawa perjuangan blogger ke arah ekonomi digital. Projek terkini adalah Denaisell.com yang bertujuan memudahkan rakan-rakan blogger dan media sosial menjana pendapatan melalui platform digital.


Tahniah diucapkan kepada Tuan Haji Amir Denaihati dan pasukannya. Moga #SBB diteruskan lagi. 

Kami mendapat banyak manfaat daripada majlis ilmu. Makanan yang beraneka jenis sangat memenuhi selera kami. 

Semoga kita akan merebut setiap peluang dan ruang dalam ekonomi digital sebagaimana disarankan oleh Tuan Haji Amir Denaihati.


#SBB2017
#DenaihatiNetwork

16 comments:

  1. Sepetang bersama blogger perlu diteruskan dan memberi peluang untuk.blogger baru untuk berjaya membina kerjaya

    ReplyDelete
  2. Asalam K..wah happynya..gembira nampak K tersenyum ceria sekali..senyum itu sedekah kan..hehehe

    ReplyDelete
  3. Saya perasan tuan semasa di SBB tp segan nak tegur. Sy masih baru dlm dunia blog ni. InsyaAllah kalau ada lagi event mcm ni memang kena pergi lagi.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah ....tahniah buat SBB2017 dan team denaihati. Untung Abg Khai dapat hadir ke majlis ilmu ni

    ReplyDelete
  5. TAHNIAH MKL BANGGA DGN KECAPAIANNYA

    ReplyDelete
  6. alahai ruginya tak join event ni. nampak begitu meriah sekali.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah sempat juga berjumpa walaupun tahun ni tak sempat kita berselfie. T kasih abam MKL :)

    ReplyDelete
  8. bila blogger2 hebat bertemu...

    ReplyDelete
  9. wah..dah up entry. dapatlah mengubat hati blogger-blogger yang tak berpeluang pergi ni. Insha Allah, tahun depan..

    ReplyDelete
  10. alaaa macam mana nak join ni tuan MKL

    ReplyDelete
  11. Saya tak dapat hadir masa tu. Masih di luar negara. Maybe next time.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap dapat jumpa Tuan Adam sepetang bersama blogger tahun 2018.

      Delete
  12. seronoknya jumpa ramai2 kawan2 blogger.. meriah =)

    ReplyDelete