Saturday 17 June 2017

Jejak Bumi Eropah 2017

Serba sedikit tentang Eropah

Saya telah mengembara ke 6 buah negara. Antara yang telah negara yang telah saya jejaki adalah seperti berikut :

1. France
2. Germany
3. Holland
4. Belgium
5. United Kingdom
6. Ireland

Peta Eropah : YourEuropeMap.com

Antara bandar-bandar yang telah kami singgah adalah seperti berikut :
1. Paris - France
2. Strasbourg - France
3. Heidelberg - Germany
4. Frankfurt - Germany
5. Amsterdam City - Amsterdam
6. Zaandam (Zaanse Schans)- Amsterdam
7. Volendam- Amsterdam
8. Edam- Amsterdam
9. Brussels City - Belgium
10. Ghent/Gent -Belgium.
11. Bruges - Belgium
12. London- United Kingdom.
13. Galway-Ireland.
14. Belfast- United Kingdom.
15. Dublin- Ireland.
16. Kilkenny-Ireland.

Kembara saya bermula di Paris dan berakhir di Dublin, Ireland. Kembara ke Eropah adalah dari 23 Mei hingga 9 Jun 2017.

Semua negara itu adalah negara Kesatuan Eropah atau European Union (EU). EU adalah terdiri daripada 28 buah negara dalam benua Eropah. Hampir semua negara menggunakan Euro sebagai mata wang kecuali negara seperti berikut :

1. Bulgaria
2. Croatia
3. Czech Republic
4. Denmark
5. Hungary
6. Poland
7. Romania
8. Sweden
9. United Kingdom.

Kesembilan buah negara itu menggunakan mata wang sendiri. Ini bermakna saya hanya guna  2 jenis mata wang dalam kembara saya. Euro dan Sterling. Euro untuk 5 negara lain.Sterling untuk UK sahaja. Euro dollar pada masa pertukaran (10 Mei 2017) adalah 4.777. Kadar Pertukaran  Sterling (UK) pada 10 mei 2017 adalah 5.645. Ini bermakna nilai mata wang kita adalah rendah dan kecil. Nilai mata wang kita semakin jatuh. Misalnya berbanding Dollar Singapura yang kian meningkat saban tahun. Dollar Singapura semakin kukuh di mana adalah seperti berikut :

1995 : 1.7
2000 : 2.2
2010 : 2.4
2015 : 2.8
2017 : 3.1

Benua Eropah mempunyai  50 buah negara. Keahlian dalam Kesatuan Eropah (EU) adalah kira-kira 28 buah negara dalam benua Eropah termasuk United Kingdom. Hanya 26 buah negara dalam EU yang membatalkan border control, iaitu tiada pemeriksaan pasport ataupun keperluan visa bagi memasuki kesemua negara itu yang dikenali sebagai Schengen Area. Pemegang pasport Malaysia dibenarkan masuk ke semua 26 buah negara ini tanpa memerlukan visa.  

Negara-negara dalam Schengen Area adalah seperti berikut :

1. Austria
2. Belgium
3. Czech Rep.
4. Denmark
5. Estonia
6. Finland
7. France
8. Germany
9. Greece
10.Hungary
11. Iceland
12. Italy
13. Latvia
14. Liechtenstein
15. Lithuania
16. Luxembourg
17. Malta
18. Netherland
19. Norway
20. Poland
21. Portugal
22. Slovakia
23. Slovenia
24. Spain
25. Sweden
26. Switzerland

Kawasan Schengen menggalakkan pergerakan bebas barangan, maklumat, wang dan juga orang. Pemegang pasport Malaysia dibenarkan masuk ke semua 26 buah negara ini tanpa visa dan tanpa pemeriksaan pasport. Pasport hanya disemak di negara kita mula masuk dan negara terakhir kita keluar. Tapi saya telah masuk ke London dan Republik Ireland pada bulan Jun 2017, bukan negara dalam Schengen saya telah melalui pemeriksaan sempadan. Pasport saya telah dicop tapi visa tidak diperlukan. Namun, kadang kala kita diminta mengemukakan tiket balik, alamat hotel atau penginapan, dan insurans perjalanan. 

Sekiranya, kita ingin menginap lebih daripada 3 bulan di sesebuah negara Eropah atau pun melebihi 6 bulan di United Kingdom, kita perlu memohon visa terlebih dahulu di pejabat kedutaan besar atau pejabat konsulat negara terbabit.

Rujukan :  Khairul Abdullah (2016), I'm a Backpacker : Europe, Kuala Lumpur : Puteh Press.    
    


20 comments:

  1. bestnya dah dapat ke europe. insyaAllah saya menyusul

    ReplyDelete
  2. Mengembara adalah aktviti yang sangat bagus..

    Luas pandangam bertambah pengalaman

    ReplyDelete
  3. WAH SERONOKNYA TRAVEL KE EROPAH PULA

    ReplyDelete
  4. wah..kembara eropa yang menarik pak Lim. ceritakan yang agak detail dong..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah..yang ini saya akan cerita dengan detail...Saya akan mulakan dengan Paris.

      Delete
  5. kalau masuk blog ni , mesti rasa jeles.

    hahaha

    nak travel jugaaakkk :)

    ReplyDelete
  6. Bestnya...tahniah teruskan penjelajahan anda.

    ReplyDelete
  7. thanks sahre..bilalah nak sampai Europe ni.teringin

    ReplyDelete
  8. Best jadi backpacker kan tuan.
    Selamat hai raya dan jangan main meriam buluh.

    ReplyDelete
  9. hebat MKL.. merata pergi..

    ReplyDelete
  10. masa CT tukar dulu 4.0 pun rasa sakit dah sangat nak tukar.. semoga mata wang kita kembali normal dan stabil.. seronoknyaaa Uncle.. nak baca entries semua gigih ni.. hehe..

    ReplyDelete
  11. masya Allah best nya dah sampai.

    anakanda Dr dah bergraduasi ye?

    maka nya dah ada double doctor in de house ni.

    masya Allah. hebat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu doktor perubatan yang kedua dalam rumah... ada seorang lagi anak masih dalam bangku pengajian perubatan. Setakat ini dua doktor dan seorang farmasi. Alhamdulillah.

      Delete
  12. Ini betul2 awesome trip...byk betul negara europe di jelajahi....puas hati!

    ReplyDelete
  13. saya x pnah sampai lagi bumi eropah

    ReplyDelete
  14. Seronoknya dapat pergi ke negara orang.

    ReplyDelete
  15. ni yg buat sy x sabarrrr nk tggu thn dpnnnnnn

    ReplyDelete