Wednesday 5 July 2017

Day 2 (Ahad 19/3/2017) : Rombongan Opah Siah Lejen & Kuncu-kuncu Ke Hat Yai dan Krabi

Pantai Krabi



Sambungan dari siri sebelum ini. Kali ini, penulisan entri pun lembab. Mood saya pun ke laut. Penangan raya kot. Banyak kerja rutin kot. Tambah dengan demam lagi. Kalau demam, nak buat kerja pun macam siput babi. kadang kala, saya paksa diri untuk bergerak. Moto saya mesti buat sikit. Jangan manjakan diri sangat. Nanti bertambah demam dan malas. Biar ada sikit kemajuan. Kan, sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.   Macam-macam. Tahun ni raya paling best. Beraya sampai ke utara. Dari Teluk Intan ( rumah Cinta) beraya melawat sanak saudara belah isteri. Dari situ, kami melawat ke rumah sanak saudara di Lambor Kanan. Lepas itu, melawat saudara di Ipoh, Sungai Siput dan Taiping. Utara. Raya ini best pasal alang Nasree telah menamatkan pengajian perubatan di Ireland dengan jayanya. Bermaksud di rumah saya ada seorang farmasi dan  2 orang doktor perubatan. Setakat ini, anak-anak saya suka dengan bidang kerjaya masing-masing. Saya masih ada seorang lagi anak perempuan belajar bidang perubatan di Indonesia. Saya masih menunggu kehadiran seorang dua cahaya mata baru, sekiranya diberi rezeki oleh Allah SWT. Saya tidak kisah kalau anak ramai. Setakat ini, saya ada lima orang anak, termasuk seorang anak syurga, pemberian Allah kepada saya.  

Saya juga beraya ke Selatan tanah air termasuk Selangor. Saya balik menziarahi ayah saya di Port Dickson, Negeri Sembilan. Juga melawat adik lelaki saya di Port Dickson. Kemudian, melawat adik perempuan saya di Sunway. Melawat cucu saudara saya yang pertama, Nur Aleesya Rania, berusia 1 setengah tahun. Sedar tak sedar saya telah menjadi atuk saudara. Saya juga melawat anak saya yang tinggal di Subang Jaya, Selangor. Cukuplah dengan cuti syawal, bersyukurlah. Ahamdulillah, usia-usia sebegini adalah keperluan untuk menjadi sihat walafiat. Itu doa saya selalu.

Kali ini, adalah alkisah saya dan rombongan Opah Siah Lejen dan kuncu-kuncunya ke Hat Yai dan Krabi. Kami membuat Island Hoping bermula dari Pantai Krabi. Ejen akan mengambil kami di Jeti Pantai Krabi. Island Hoping ini 4 island sahaja lebih kurang RM57.00. Kami ambil pakej yang paling murah sekali. Kami tidak singgah di National Park. Kalau nak singgah di National Park perlu tambah pulus lagi.  Sekadar menikmati pemandangan alam semula jadi yang cantik. Kami dibekalkan dengan makan tengah hari, dan mandi manda di tepi pulau sahaja.



 Sebahagian dari pada ahli rombongan Opah Siah Lejen & Kuncu-kuncu

 Bot tradisional kami

 Riang ria bersama Opah Siah.  Uda Amin dan Cinta memimpin Opah Siah Lejen.

Pemandangan Laut Krabi

 Bot-bot Nelayan di sepanjang Pantai Krabi

Saya suka pemandangan bot nelayan di tepi laut Krabi.

Beraneka jenis bot nelayan yang terdampar di tepi pantai

Kampung Air di sepanjang Pantai Krabi

21 comments:

  1. gagah lagi opah berjalan.. Alhamdulillah.

    selalu dgr org pergi krabi tapi saya blm ada rezeki utk smp ke sana

    ReplyDelete
  2. tak pernah sampai lagi ke hatnyai. Insyaallah one day

    ReplyDelete
  3. Bot dan kampung air tu sgt menarik perhatian...bestnya trip ni

    ReplyDelete
  4. SEONOK MKL N FAMILI BERAYA MGERAT SILATURAHIM DGN MENZIARAHI SAUDARA MARA...TAHNIAH RMAI ANAK2 DOKTOR PERUBATAN

    ReplyDelete
  5. selamat hari raya abang MKL. Samalah saya, mood update blog belum sampai.Semoga sihat sentiasa. Kirim salam Opah Siah ye

    ReplyDelete
  6. tak pernah sampai lagi. menarik tempatnya

    ReplyDelete
  7. Seronok opah berjalan sama anak cucu..
    Cantiknya pantai krabi..
    Teringin juga ke sana..

    ReplyDelete
  8. Salah satu destinasi target... tapi tah bila laa akan sampai... berangan dulu... he he he...

    ReplyDelete
  9. Selama ini saya ingat fi Karbi tak ada nelayan. Ingatkan 100% pantai peranginan. Sebab belum pernah pergi.

    ReplyDelete
  10. best la opah siah dan rombongan jalan2

    ReplyDelete
  11. Meriah rombongannya... seronok kan lompat2 pulau? Hehee :)

    Selamat Hari Raya Em.Lim! :D

    ReplyDelete
  12. Selamat hari raya, MKL..semoga bertambah ahli keluarga..
    seronok pergi trip dgn keluarga & saudara mara...mengeratkan lg silaturahim..

    ReplyDelete
  13. bila la ntah nk ride naik moto ke sana..

    ReplyDelete
  14. selamat hari raya Tuan MKL.

    Kita sekampong le TIn ipoh. hihihi.

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah opah siah sihat lagi ye... hihihi

    ReplyDelete
  16. CT suka scenery ada bot2 semua ni..

    ReplyDelete
  17. seronok nyer dpt travel dgn rombongan cik kiyah gitu hahaha :D

    ReplyDelete
  18. kalu ada yg x mabuk laut tu mmg syok jln2 gini

    ReplyDelete