Friday, 15 September 2017

Pine Tree Trail & Twin Peak (Bukit Fraser, Malaysia)

Dari meja Jawatankuasa U-STAC (UPSI Staff Adventure Club)


Tarikh Pendakian : 15 September, 2017
Tempat : Ahli-ahli kelab U-STAC (UPSI Staff Adventure Club)
Peserta : 31 orang


Maklumat tentang Pine Tree Trail, Bukit Fraser.

1. Di Bukit Fraser, banyak terdapat denai untuk dijejaki. Denai Pine Tree adalah yang paling panjang dan mencabar.
2. Denai ini bermula sejak era British lagi untuk sampai ke puncak agar dapat melihat keindahan panorama Bukit Fraser dan puncak-puncak di sekelilingnya.
3. Ketinggian adalah 1505 m dari aras laut.
4. Panjang denai adalah sejauh 5.5 KM dan mengambil masa di antara 7-8 jam untuk pergi dan balik.
5. Juga digelar sebagai 'The Mossy Trail ' iaitu Denai yang berlumut, penuh dengan tumbuh-tumbuhan yang berlumut di sepanjang denai menuju ke puncaknya.
6. Nama Pine Tree adalah dari jenis dacrydium comosum yang terdapat  di Malaysia masih wujud di Pine Tree Hill.
7. Sebelum anda mula menjejaki Pine Tree Trail dan Twin Peak, anda perlu mendapat permit dari Jabatan Perhutanan Raub, Pahang dan  insurans.
8. Sebelum anda masuk ke dalam denai berlumut, anda perlu melaporkan diri dan kumpulan anda ke Balai Polis Bukit Fraser.
9.  Pintu masuk adalah bersebelahan dengan Telekom Malaysia Bungalow (TM Resort Sri Intan) di High Pines Road melalui Seri Pahang Bungalow.  

Tentatif sebelum mendaki Pine Tree Trail.

4. 30 am : berkumpul di Pintu Timur UPSI
5.00 am : tayar bergolek ke kedai mamak Kuala Kubu Bharu
5.30am : tiba di Kuala Kubu Bharu. Tapau makanan untuk bekpes and lunch. Digalakkan makan dulu kat umah atau tapau makan dalam kete (kalau tak muntah la.. Hahaha)
6.00am : tayar bergolek ke Fraser Hill
Tiba di Fraser Hill. Solat subuh


Trekking at Pine Tree Trail.
Fraser Hill Hotel. 



 TENTATIF RINGKAS Pine Tree Trail (Pine Tree Hill & Twin Peak)


 7.00 am   : Berkumpul di trailhead Pine Tree Trail untuk taklimat ringkas & sesi warming up

 7:30 am : Pendakian dimulakan
 11.30 am  : Dijangka tiba di Puncak Pine Tree Hill. Selfie and take 5
 11.45 am  : Bergerak ke Twin Peak
 12.30 pm  : Dijangka  tiba di Twin Peak, selfie/wefie, lunch dan solat
   2.00 pm  : Bergerak semula ke Pine Tree Hill
   2.30 pm :  Dijangka tiba di Pine Tree Hill & teruskan perjalanan
   6.00 pm : Dijangka tiba di trailhead
   6.15 pm : Bersurai  

Tentatif adalah jangkaan semata-mata & mungkin berubah mengikut kelajuan langkah peserta. Tentatif ini hanya sebagai rujukan semata-mata. Walau bagaimanapun sebarang

perubahan bergantung kepada pergerakan peserta, faktor cuaca & keadaan semasa.



Kepada semua peserta yang terlibat, sila ambil perhatian kepada peralatan wajib yang perlu dibawa bersama-sama seperti berikut : 

1. Head lamp / Lampu suluh 
2.Minuman secukupnya (air mineral/minuman tenaga )
3.Makanan secukupnya (lunch pack/kudapan/makanan tenaga)
4. Pakaian yang bersesuaian (pakaian sukan/pakaian mendaki) 
5. Kasut yang bersesuaian (kasut mendaki/kasut getah@adidas kampung)
6. Bagpack yang bersesuaian (saiz sederhana@tak terlalu kecil@tak terlalu besar)
7. Plastik sampah peribadi
8. Ponco / Baju Hujan (jenis pakai buang)
9. Ubat-ubatan peribadi (jika ada/perlu)
10.Walking pole/stick & glove (jika perlu) 
11. Hand Phone + powerbank 
12. Wisel


Read more ...

Tuesday, 12 September 2017

Jalan-jalan ke Eropah 23 Mei 2017-9 Jun 2017 (Day 1 & 2 -23 & 24 Mei) : Paris 4 (Palais Du Louvre)


Pintu masuk ke Palais Du Louvre

Dari Pont Des Arts kami terus ingin ke Museum De Louvre. Sebelum sampai ke Museum De Louvre, anda perlu melalui pintu gerbang sebelum museum. Berikut adalah gambar-gambar di kawasan pintu gerbang sebelum melangkah masuk ke Museum De Louvre. 



Pont Des Arts 

 Sekitar kawasan sebelum masuk ke Palais Du Louvre

 Aku Kaki Travel Khairuddin 

 Berhati-hati kawasan ini penuh dengan scam.

 Pemandangan cantik tempat pun bersih


 Kelihatan  kawasan melepak 

Nun jauh di sana kelihatan  Piramid Palais Du Louvre

Kawasan sekitar Palais Du Louvre

 Piramid Palais Du Louvre

Read more ...