Monday 9 October 2017

Keindahan Panorama di Bukit Changkat Asa

Bukit Changkat Asa Ulu Bernam, Tanjong Malim, Selangor.

Ketinggian dari aras laut 81 meter

Masa mendaki : 1 jam

Masa turun : 30 minit.

Sajak ini terhasil tatkala menjejak kaki di atas Bukit Asa memandang ke arah Pekan Tanjong Malim, tanah tumpah darahku.

Bumi Mualim Bumi Rahmat

Indahnya Bumi Mualim
Bumi Para Sarjana
Bumi Dagangan  Para Ilmuan
Bumi Keindahan Flora Fauna
Bumi Sujud Menyanjungi Keagungan illahi.

Sujud itu menjadi indah
Tatkala menyembah bumi
Disertai airmata dan kehambaan
Bisikan didengari di Langit biru
Bahawa kita beribadah kepada Allah semata-mata.




Sungai Bernam

Sungai jernih dan bersih 

Jambatan menuju ke Bukit Changkat Asa

Pekan Tanjong Malim di kejauhan

 Awan Biru yang menawan sukma

Di pagi hari

 Aku kaki Travel khairuddin 


 Pokok yang oren kemerahan

Para Sahabat Pendaki

 Mercu tanda Bukit Asa

 Hari yang semakin menjelang siang

 Tanjong Malim, Bumi Mualim yang ku sayangi. Semoga menjadi bumi yang subur dan rahmat. 


12 comments:

  1. sajak yang indah, seindah Tanjung Malim yang masih kaya dengan keindahan alam semulajadi

    ReplyDelete
  2. tahniah...berjaya mendaki bukit & disudahi dgn puisi memuji alam & Penciptanya..

    ReplyDelete
  3. Subhanallah.. menarik. Pemandangan tenang dan nyaman.

    ReplyDelete
  4. waaah Uncle pandai berpuisi jugak *thumbs up*

    ReplyDelete
  5. Cantik permandangan di Bukit Changkat Asa ini

    ReplyDelete
  6. Cantik Pemandangan di atas Bukit Changkat Asa boleh singgah ni kalau ke Tanjung Malim

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaki bukit ni di mana ya? boleh ke naik tanpa guide?

      Delete
    2. Kaki bukit di Pekan Tanjong Malim. Boleh nampak pekan Tanjong Malim. Boleh naik tanpa guide.

      Delete