Tuesday 31 October 2017

Santuari Ikan Sungai Chiling

Kuala Kubu Bharu

Oleh Noor Hidayah Hanafi


Dah setahun lebih kami tak ke Santuari Ikan Sungai Chiling..dah lama ia ditutup untuk pemuliharaan semula hutan dan sungai kat sini.
Tarikan utama kat sini dah tentulah ikan kelah yang hidup liar di dalam sungai..kejernihan air sungainya membolehkan kita tengok dengan jelas ikan-ikan kelah tu berenang di celah-celah kaki.
Sesaja nak eksesais kunun kami pun datang ke sini, sambil hiking, sambil berendam, sambil main ikan..di sini terdapat air terjun utama di samping beberapa batang sungai..
Untuk ke air terjun masa yang diperlukan adalah dalam 45 minit hingga 60 minit berjalan kaki+mendaki..kita perlu melintas sebanyak 6 lintasan iaitu 6 sungai..pada kami lintasan ketiga adalah lintasan yang paling mencabar kerana banyak batu-batu yang berlumut dalam sungai..silap gaya terpijak batu yang berlumut boleh tergelincir dan hanyut. Petua kami adalah cuba cari kawasan berpasir apabila melintasi sungai tersebut. Cuba elak dari berpijak pada batu terutama batu yang berlumat. Batu yang berlumat itu licin. Seboleh-bolehnyanya pijak pada tempat yang berpasir atau sekurang-kurangnya batu yang putih atau cerah.  
Sepanjang perjalanan ke air terjun, banyak ikan-ikan kelah di dalam sungai..tapi ikan kelah di air terjun lebih besar dan banyak jumlahnya..kami beli makanan ikan kat kedai haiwan sebelah chung sin, Tanjung Malim..tapi jangan bimbang kalau terlupa beli sebab dekat sana pun ada orang jual palet ikan..Harga palet ikan di sini RM2.00
Sesambil melintas+berendam dalam air, sambil tabur makanan ikan, berkerumun ikan kelah kat kaki dan badan kita..kalau budak-budak kecik memang suka sangat sebab kami yang tak berapa kecik pun suka hehehe..
Santuari ikan ni dibuka hanya pada hari jumaat, sabtu dan ahad bermula jam 8 pagi..waktu akhir untuk mendaki ke air terjun ialah pada jam 2.30 petang (bergantung pada cuaca..kalau cuaca nampak nak hujan waktu akhir mendaki akan diawalkan lagi..ini untuk mengelakkan bahaya fenomena kepala air)..waktu akhir turun dari air terjun adalah pada jam 4.30 petang..santuari ikan ni akan ditutup pada jam 6.00 petang
Terdapat kemudahan surau dan tandas di sini..ada juga peniaga yang menjual makanan..
Bagi sahabat yang ada masa terluang sila-sila kan datang ke sini..kalau bawa anak kecil dan tak nak mendaki pun tak pe, terdapat sungai yang juga ada banyak ikan kelah di pintu masuk santuari..boleh mandi-mandi kat situ sambil bagi ikan makan. Bayaran masuk adalah RM1
Sebelum sampai ke Santuari Ikan Sungai Chiling, anda boleh menghubungi  En. Shukri (0133089463) untuk kepastian sama ada tutup atau buka. Kadang kala, Santuari Ikan Chiling  tutup sama ada untuk pemuliharaan semula hutan dan sungai kat sini atau pun keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Takut berlakunya kepala air sekiranya hujan lebat. Sia-sia sahaja datang dari jauh, itba-tiba tutup. Saya selalu menelefon sebelum bercadang melepaskan rindu kat ikan-ikan kelah dan air terjunnya.

 Saya di sini

 Cinta di sana

Ikan-ikan yang jinak-jinak merpati






14 comments:

  1. WAH BANYAKIKAN MMG SUKA TENGUK IKA BERENANG RENANG NI

    ReplyDelete
  2. entrance fee RM1 mmg berbaloi..seronoknya bermain dgn ikan2..

    ReplyDelete
  3. Waaa boleh rasa geram tengok banyak ikan kelah :D

    ReplyDelete
  4. Jernihnya air.. berbaloi lah dgn perjalanan nak ke Sana ye. Boleh release stress tgk ikan2

    ReplyDelete
  5. entry ni Puan Cinta eh yang tulis ? aotototo comel la =)

    ReplyDelete
  6. menarik sekali tempat ni ya

    ReplyDelete
  7. Airnya sangat jernih ikannya sangat banyak. Luar biasa alamnyaa begitu dijaga dengan baik dan arif Pak Lim

    ReplyDelete
  8. best nyerrrr... da mcm g spa ikan tu plak ;-)

    ReplyDelete
  9. Kalau ke KKB nak hunting food jek..x mampu dah nk hiking skrg stamina x kuat

    ReplyDelete
  10. Jalan jalan aje abe MKL ni ��

    ReplyDelete
  11. Jernihnya air tu.. kawasannya pun tenang.

    ReplyDelete