Thursday, 3 May 2018

Keindahan alam di Kampung Sungai Jurong, Ulu Slim

Lokasi : kampung Sungai Jurong, Slim River, 35800 Perak.

Sungai Jurong adalah salah satu batang sungai yang mengalir di Slim Village. Saya telah menjelajah sungai yang terletak di Kampung Sungai Jurong. Slim adalah sebuah mukim di daerah Muallim, Perak, Malaysia. Nama-nama lain adalah seperti Selim, Slim Village, Kampong Slim dan Slin. Papan tanda ke arah tempat ini adalah Ulu Slim.

Teman begitu suka bau hutan. Bau hutan adalah serasi dengan teman. Teman dibesarkan di alam. Alam yang tenang, aman dan damai. Alam banyak bicara. Bicara tentang flora dan fauna. Sang kancil, Kura-kura, melor dan mawar. Itu cerita penglipur lara. Penghibur semasa kami kecil.   Tidak rugi berbakti kepada alam. Alam yang semakin sakit tenat. Alam pun semakin hari semakin panas. Apa yang akan tinggal untuk generasi akan datang. Hanya Allah SWT yang boleh melindungi alam. Manusia semakin rakus dan tamak.

Moga cucu cicit terus mencinta alam,

Kita bukan kawan, kita keluarga alam. Kita orang Islam, agama menganjurkan adab dan sopan terhadap alam. Agama kita indah.

Teman pencinta alam.  

 Teman berbicara dengan mahasiswa UPSI

 Bau-bau dedaun begitu mengasyikkan teman

 Gaya-gaya nakal mahasiswa teman

 Melintasi anak sungai Jurong

Begitu riang ria dalam hutan hujan
Read more ...

Wednesday, 25 April 2018

Tuesday, 24 April 2018

Segmen Blogwalking Ramadan-Raya 2018


Segmen blogwalking yang bermatlamat untuk menjalin hubungan silaturrahim  sesama blogger  dengan aktiviti blogwalking, selain melafazkan azam untuk ibadah dan amalan baik di bulan Ramadan tahun 2018.

Jika berminat, anda boleh klik link seperti berikut di bawah :


https://www.hasrulhassan.com/2018/04/segmen-blogwalking-ramadan-raya-2018.html

Di antara lima aktiviti yang akan saya lakukan untuk menjadikan bulan Ramadan 2018 lebih baik daripada tahun sebelumnya.

1.Saya akan sholat berjemaah terawih sebanyak hari yang mungkin.
2.Saya akan banyak bersedekah.
3.Saya akan banyak berdiam daripada bercakap yang mengundang dosa di bulan puasa.
4.Saya akan bekerja seperti biasa, kurangkan berasa letih dan melakukan kegiatan riadah.
5.Saya akan lebih memelihara mata dan telinga di bulan puasa.

Ateh, Moh kome sertai Segmen Hasrul Hassan.com yang menarik ini.     
Read more ...

Friday, 20 April 2018

Kalendar Bunga di Tokyo,Japan. Siri 2

Pemburu bunga Jepun di sekitar Tokyo.

Sekiranya anda seorang peminat bunga, anda boleh ke Jepun. Negara Jepun mempunyai beberapa jenis bunga yang cantik di dunia. Bunga di sana berbunga mengikut musim. Teman meminati 10 jenis bunga yang terdapat di Jepun. 



Maklumat tentang bunga dan musim teman perolehi dari Japan National Tourism Organization. (JNTO). Teman telah terbitkan siri 1 lima jenis bunga. Entri ini adalah sambungan daripada sebelumnya, siri 2 lima jenis bunga.

(6) Wisteria Fuji (Mid April,2018 - Early May)


 Feel the Planet
Kawachi Fuji Gardens, Japan.

A purple World
Welcome-to-Kyoto.com
Kamitobafuji01. 

Bunga ini adalah kesukaan teman selain bunga sakura. Diharap dapat melihat dengan mata sendiri suatu masa nanti. Berjuntai dari para-para. Australia pun ada bunga jenis ini. 


(7)  Nemophila Nemophila (Late April - Mid May)


Field of Nemophila or Baby Blue Eyes
Dreamstime.com


(8)  Rose Bara (Early May-Late May)


Bara Matsuri - Rose Festival
Oh! matsuri

(9)  Iris Shobu/Ayame (Early Jun- Mid Jun)

From the garden of zen
Ayame (iris) flowers : Tokei-ji.
(10)  Hydrangea Ajisai (Early Jun - Late Jun)

Evacomics blog
Hydrangea Ajisai Festival at Toshima Park


Kesimpulannya, bunga yang paling cantik di dunia buat teman adalah bunga sakura/cherry blossom. Kedua, barulah Wisteria Fuji. Yang lain biasa-biasa je. Teman adalah peminat bunga sekali kecil lagi. 

Read more ...

Thursday, 5 April 2018

Kalendar Bunga di Tokyo,Japan. Siri 1


Pemburu bunga Jepun di sekitar Tokyo.

Sekiranya anda seorang peminat bunga, anda boleh ke Jepun. Negara Jepun mempunyai beberapa jenis bunga yang cantik di dunia. Bunga di sana berbunga mengikut musim. Teman meminati 10 jenis bunga yang terdapat di Jepun. 

Maklumat tentang bunga dan musim teman perolehi dari Japan National Tourism Organization. (JNTO). Teman akan terbitkan dalam dua siri, siri 1 lima jenis bunga dan siri 2 lima jenis bunga.

1. Japanese Apricot Ume (Awal Februari- Awal Mac).

From the garden of zen
Ume (Japanese apricot flowers)

2. Cherry Blossom Kawazu-Zakura (Awal Feb- Awal Mac)

My small window to the world, Word Press.Com 
Kawazu-Zakura (Cherry Blossoms)

3. Cherry Blossom Sakura (Lewat Mach- Awal April)

Places to see in your life time.
Sakura


4. Cherry Blossom Shiba-Zakura
    (Lewat April-Awal Mei )

Living + Nomads
Fuji Shibazakura Cherry Blossom Festival, Fuji Japan.

123 RF stock Photos
Pink Moss Sakura or Cherry Blossom in Japan Shizakura festival background.


5. Azalea Tsutsuji (Awal April- Awal Mei)

Myau myau's photo gallery-WordPress.com
Azalea,tsutsuji

Setakat ini, antara lima jenis bunga di atas, sakura mendapat tempat utama di hati teman. Sakura sangat indah dan cantik di mata teman. Kita tengok lima jenis lagi bunga di siri 2 sama ada bunga sakura masih kekal tempat pertama di hati teman. Selamat berbunga-bungaan. 
 
Read more ...

Wednesday, 28 March 2018

Cherry Blossom di Gardens by the Bay

Singapura

Cherry blossom. Flower, you must see before you die. Bagi yang tidak berpeluang ke Jepun untuk tengok bunga sakura. Anda boleh ke Singapura. Terletak di Gardens by the Bay flower Dom. Ini dilaporkan oleh Christine khoo dalam Road to Japan. Anda boleh naik pengangkutan awam ke sana. Pengangkutan awam di Singapura sangat efisyen dan baik.

Anda boleh pergi ke Woodlands Station naik MRT terus ke Marina Bay terlebih dahulu. Kemudian tukar train ke Bayfront station. Yang penting kena turun kat Bayfront station untuk ke Gardens by the Bay. Tiket boleh beli di Woodlands Stations untuk naik MRT. Christine kata pesta bunga sakura masih berlangsung sehingga 8 April, 2018. Artikel ini ditulis ketika bertarikh 28 March, 2018.

Sakura lima kelopok
FB Christine Khoo 

Sama seperti yang ada di Jepun
FB Christine Khoo 

Sakura antara bunga yang cantik di dunia.
FB Christine Khoo 
Read more ...

Thursday, 15 March 2018

Itinenary Sakura 2018 : Tokyo, Japan

Memburu mimpi indah,Sakuraku sayang

(16hb Mac- 25 Mac, 2018)

Itinenary yang simpel. Tak sempat nak prepare sangat. Sibuk dengan tugasan harian. Main redah je kali ini. Ini adalah kali ketiga ke Jepun. Sangat suka Jepun. Dah sebati dengan jiwa.

Hari Pertama  : KLIA (Filipina Airlines)

                          Tokyo

Tokyo
Hogan Lovells

Ingin memburu Fujisan dan menikmati fuji san dengan berhanami di bawah pohon sakura. 

Hari Kedua  :   Kawazu


 Digjapan
The Early blooming sakura of kawazu


Hari Ketiga  :   Gala Yuzawa & Karuizawa


Gala Yuzawa Snow Resort
gala.co.jp

Hari keempat : Ibaraki, Hitachi Sea Side Park


 Hitachi City Sakura Matsui
Japan travel

Hari kelima  :  Nikko


Go travelaz
Nikko

Hari Keenam  :   Fuji


Mount Fuji
Gojipedia

Hari Ketujuh :  Yokohama



Zanta Covention Zanta International
Landnark Tower with Cherry blossoms

Hari kelapan  :  Tokyo
                             KLIA

Coretan ini ringkas. Kerana memburu masa. Masa sangat mencemburui teman.

Read more ...

Saturday, 10 March 2018

"Wonderful March Giveaway by Raydah Alhabsyi


Moh join mengikut link di bawah :



To join my giveaway, simply follow all these rules
1. Do follow my accounts here (I've attached the links here)



2. Create an entry with this title "Wonderful March Giveaway by Raydah Alhabsyi"
3. Copy and paste the banner above. Don't forget to backlink your entry.
4. Leave your URL in the comment section below.


Read more ...

Friday, 9 March 2018

Cash Giveaway by FarhanaJafri'

Assalamualaikum semua rakan blogger! 

Sempena pagi jumaat yang barokah,moh kita join satu segmen dari blogger farhanajafri. sis FJ . Moh sama-sama kita meriahkan blog sis FJ.

Link Farhanajafri adalah seperti di bawah ini :


Syaratnya? senang sahaja

1. Follow blog FJ
2.Tinggalkan komen.


Selamat berjaya kawan-kawan blogger.
Read more ...

Monday, 5 March 2018

Nikko, Japan : Senjogahara

Sambil hiking sambil menikmati pemandangan yang indah.

Nikko adalah sebuah kota sejarah bagi Jepun. Nikko terletak di Prefektur Tochigi, utara daerah Kanto. Ia adalah pusat bagi agama Shinto, agama orang Jepun. Shinto bermakna "jalan/jalur dewa." Di sini, terdapat Nikko National Park yang sangat indah pemandangannya.


Keindahannya telah digambarkan oleh The Harvard Crimson sebagaimana katanya :


 "Never say 'kekkou' until you've seen Nikkō (日光)"

"Jangan pernah mengatakan sangat bagus / mengagumkan, sebelum melihat Nikkō"


Anda pasti terpegun dengan pergunungannya, danau, monyet-monyet liar dan air terjun. Salah satu tempat tempat yang harus dikunjungi adalah onsen ( tempat mandi air panas) dan tempat pendakian. Nikko dan OkuNikko terkenal dengan warna musim gugur yang sangat menakjubkan terutama awal bulan November setiap tahun. 

Di sini, teman ingin memperkenalkan satu tempat yang menarik untuk hiking. Senjogahara. Senjogahara bermakna "field of battle".  Pemandangan alam yang indah. Terletak di ketinggian 1400 meter di atas permukaan laut. Dataran tinggi Senjogahara meliputi dataran tinggi antara Danau Chuzenji dan Yumoto Onsen. Pemandangan sangat cantik pada musim gugur. Pepohon mulai berubah warna menjadi kemerahan dengan banjaran-banjaran gunung mengelilinginya. 

Anda boleh hiking bermula dari dataran tinggi Senjogahara mengikuti alur Sungai Yukawa antara Yumoto Onsen dan air terjun Ryuzu dekat Danau Chuzenji. Hiking biasanya memakan masa di sekitar 2.5 jam sehingga 3 jam lamanya. 

Alamat: Chugushi, Nikko-city, Tochigi

Akses: Naik Bus Tobu dari Stesen JR atau Tobu Nikko menuju Yumoto Onsen, lalu turun di perhentian bus “Sanbonmatsu” (sekitar 50 minit). Senjogahara observatory dapat dicapai dengan berjalan kaki kurang lebih satu minit dari tempat perhentian

Senjogahara, Nikko Area Map.
Let's travel around Japan




Senjogahara Marshland Trekking
Tokyo Gaijins



Read more ...

Wednesday, 28 February 2018

Betong, Thailand : Boutique & Cafe Collection

Mengunjungi kedai sahabat muka buku Halim YB, Boutique & Cafe Collection, Betong Thailand.
Tempat yang harus anda kunjungi sekiranya ke sini. Baju tshirtnya lawa-lawa sedap mata memandang dan badan pun sedap memakainya. Yang penting ada cop Betong. Buat kenangan di masa akan datang.

Boutique & Cafe Coolection ini kepunyaan orang Melayu Malaysia dari Pulau Pinang. Sekadar singgah sebagai tanda persahabatan. Orang kita. Orang Melayu. Boutique ini adalah sebaris dengan Butterfly hotel, Betong. Jalan yang sama. 


Penulisan ini masih lagi di hari kedua. Teman suka tulis panjang-panjang. Teman mengambil masa yang lama untuk menceritakan perihal bettong kerana kesibukan kerja dan hal rutin.  


Berikut adalah itinenary teman pada hari kedua di Thailand. 
19 Oktober,2017 (Khamis)

1.  Jalan-jalan di sekitar Pekan Betong
2.  Clock Tower dan Peti Pos Besar,Jalan Sukkayang 
3.  Betong Mongkollit Tunnel
4.  Large Chicken Statue
5.  Betong Hotspring
6.  RS Boutique & Cafe Collection, Route 410
7.  Makan Tom Yam & Nasi Paprik 


Chinta


Bersama Cik Puan.

Aku Kaki Travel Khairuddin


Bersama rakan kongsi niaga, Halim YB.  
Read more ...

Monday, 26 February 2018

Travel Totebag by Ana Suhana


HADIAH :

5 orang pemenang akan mendapat sebuah Totebag bercorakkan travel (tempat-tempat menarik di dalam atau luar negara) dan sebatang pen perfume.

** Pemilihan pemenang akan di lakukan melalui sistem random.

Link blog adalah seperti berikut :



http://www.anasuhana.com/2018/02/giveaway-travel-totebag-by-ana-suhana.html
Read more ...

Wednesday, 21 February 2018

Visa ke China (2018)

Permohonan Visa China tidak termasuk ke Hongkong dan Macau

Para Pemegang Paspot Malaysia tidak memerlukan visa apabila melawat Hong Kong dan Macau. Anda boleh tinggal selama 30 hari di Macau tanpa visa. Di Hong Kong, lebih kurang 90 hari tanpa visa.


Hampshire Place Office



Peta Lokasi Hampshire Place Office

Lokasi : Waze atau Google maps

Alamat : China Visa Application Services Centre,
               Hamsphire Place Office, Jalan Mayang Sari, 50450 Kuala Lumpur.
               Level 5 (Application) & Level 6 (Payment & Collection). 

Business Hours :   Mon-Fri. Submission of Visa Application : (9am -3pm).
                                Payment and  Collection : (9am-4pm). Hanya pada hari  bekerja sahaja.
                               Tutup pada hari Sabtu, Ahad cuti umum Malaysia.
 Di sini juga disediakan perkhidmatan seperti mengambil gambar, xerox dan percetakan sekiranya diperlukan. 
                

Dokumen yang diperlukan semasa memohon adalah seperti berikut :

(i) Borang Permohonan Visa boleh didapati secara percuma di kaunter Chinese Visa 

ii) Sediakan dua keping gambar berlatar cerah (contohnya, warna putih) bersaiz pasport. 

iii) Bawa passport asal yang sah sekurang-kurangnya 6 bulan ke atas.

iv) Perlu salinan untuk passport kita. Salinan yang ada muka depan kita. Kalau tak ada perkhidmatan photocopy disediakan.

v) Cetak tiket penerbangan. Booking hotel untuk sehari memadai.
Sekarang tidak perlu lagi bukti booking hotel lagi, cukup sekadar menyebut tempat penginapan kita di borang. Contohnya saya menulis Shanghai Dock Bunk Hostel, No 55, Hongkong Road, The Bund & North Bund, Shanghai,China.

vi) Saya boleh buat bagi pihak isteri. Tak perlu hadir kedua-duanya dan boleh diwakilkan. Bermaksud, boleh buat bagi pihakorang lain.

vii) Bayaran tunai atau kredit kad dibuat pada hari kutipan nanti.

Perhatian :

One time entry or Single entry 
(i) Normal Services : RM104.20. Collection of visa in 4 working days.
(ii)ExpressServices : RM241.30. 3 working days.
(iii)Urgent Services : RM318.40   2 days working days.

Berapa lama boleh tinggal 

Melancong : Maksimum 30 hari. Bekerja : Maksimum 90 hari (dengan surat jemputan)
Menziarah saudara mara : Maksimum : 180 hari. 

Tidak kira berapa lama anda tinggal harga visa tetap sama. Harga visa adalah berbeza bergantung kepada beberapa kali kemasukan ke negara Cina. Visa ada yang sekali kemasukan (One time entry atau single entry), dua kali kemasukan( Double entry) dan Multiple entry. 

Business visa is for multiple entry only. Tourist visa is just max 2 entries in 6 months.Tourist are unable to apply for six month multiple entry visa.   

You can get a single or double entry visa if your passport expires in less than 12 months,but more than 6 months. You can only get a 12 month multiple entry visa if your passport is valid for at least 15 months. 
   


Read more ...

Thursday, 15 February 2018

Betong, Thailand : Betong Hotspring

Berikut adalah itinenary teman pada hari kedua di Thailand. 
19 Oktober,2017 (Khamis)

1.  Jalan-jalan di sekitar Pekan Betong
2.  Clock Tower dan Peti Pos Besar,Jalan Sukkayang 
3.  Betong Mongkollit Tunnel
4.  Large Chicken Statue
5.  Betong Hotspring
6.  RS Boutique & Cafe Collection, Route 410
7.  Makan Tom Yam & Nasi Paprik 

Penceritaan teman kali ini telah sampai ke Betong Hotspring. Penceritaan yang berikutnya adalah RS Boutique & Cafe Collection, Route 410. Begitu  panjang penceritaan teman. Tahun 2018, teman akan ke sini lagi. Sini bestnya makan-makan dan boleh memandu dengan aman damai. Jangan lupa cari koordinate di sini. Goggle map tidak memandai. Koordinate Hotspring Betong adalah N5 50.980 E 101 04.306. 

Kemasukan ke taman ini adalah percuma. Anda pasti melalui tempat ini sebelum ke Piyamit tunnel atau winter flower garden. Dua tempat itu anda harus kunjungi. Di sini, selain rendam kaki, boleh juga berendam badan  di kolam air panas. Teman rendam atau mandi di kolam air panas. Pasal teman memang kaki mandi di kolam air panas. Anda boleh juga merebus telor di kolam yang disediakan. Kami rebus telor selama 45 minit tapi masih separuh masak. Bayangkan betapa seksanya merebus telor di sini. Kalau di kolam air panas Sungkai, Perak (Hotsprings Sg Klah) merebus telor mengambil masa sekejap je. Tak sampai 15 minit, telor telah masak sepenuhnya. Lagi best di Hotsprings Sungai Klah.

Persekitaran yang bersih dengan cuaca yang redup menjadi tempat ini sesuai sebagai perkelahan keluarga. Ramai keluarga berkelah di sini. Ramai juga pengunjung tempatan terutama warga Islam Thai. 

Alamat Hotsprings Betong :

Ban Charo Parai
Tambon Tano Mae Ro
Ampho Betong, Yala.

Kedudukan adalah kira-kira 14.9 Km dari pusat bandar Betong. Mengambil masa kira-kira 25 min untuk sampai ke sini.


 Kolam Air Panas Betong

 Salah satu tempat yang disukai rakyat tempatan

 Naga pembawa kemakmuran ke tempat ini

 Chinta dan ibu tersayang

 Tasik yang menawan sukma

Terdapat 3 besi bulat dan di situ tempat untuk merebus telor.

 Riang ria kanak-kanak ribena

 Tempat rebus telor

Teman suka pemandangan yang begitu indah
Read more ...