Tuesday 9 January 2018

Betong, Thailand : Jalan-Jalan di Sekitar Betong

Wajah-wajah Pekan Betong

Sambungan dari entri sebelumnya. Sebenarnya, teman suka bercuti di Betong. Insyallah, KPI 2018, teman akan melawat 4 buah negara yang besar seperti Jepun, New Zealand, Thailand dan India. Betong antara tempat yang akan teman lawati tahun 2018. Teman suka pasal bandarnya tenang dan damai. Banyak makanan kesukaan teman terdapat di sini termasuk buah-buahan. Barang-barang Siam pun ok juga. Ada di antara item yang teman suka pakai. Insyallah, akan melawat ke Betong, tahun 2018. Banyak juga item-item lama dijual di sekitar pekan Betong.


Berikut adalah itinenary teman pada hari kedua di Thailand. 
19 Oktober,2017 (Khamis)

1.  Jalan-jalan di sekitar Pekan Betong
2.  Clock Tower dan Peti Pos Besar,Jalan Sukkayang 
3.  Betong Mongkollit Tunnel
4.  Large Chicken Statue
5.  Betong Hotspring
6.  RS Boutique & Cafe Collection, Route 410
7.  Makan Tom Yam & Nasi Paprik 


Post kali ini adalah di sekitar Pekan Betong, dan Clock Tower. Peti Pos Besar, Jalan Sukkayang ditunda ke hari lain. Kami tidak sedar bahawa Peti Bos Besar adalah bertentangan dengan Clock Tower. Kami kesuntukkan masa, terkejar-kejar untuk ke Betong Mongkollit Tunnel.


 Barisan kedai yang berwarna warni


 Di sini teman membeli sim kad, data untuk internet. Untuk goggle map jalan.

 Betong Plaza : Di sini teman membeli beg pocket kecil.

Sri Betong Hotel terletak di sekitar kawasan ini. Saya lebih suka duduk di Butterfly Princess Hotel. Terpulang kepada cita rasa masing-masing.

 Pasar Betong : Teman pasti ke pasar apabila melawat sesebuah negara. Kami beli petai di luar pasar. Harga lebih murah berbanding dengan Malaysia.

 Macam-macam ada dijual di sini

   Teman dan bakul Siam yang terkenal. 

 Banyak boleh dibeli dan sediakan duit sahaja.

 Tut-tut, kenderaan utama di Siam.

Menara Jam Betong. Bertentangan dengannya adalah Peti Pos Besar,Jalan Sukkayang 



25 comments:

  1. Besar juga pekan Betong tu yer...

    ReplyDelete
  2. Persekitarannya macam di Kelantan ye KK..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang macam di Kelantan. Tapi lebih tenang dan aman berbanding Kelantan.

      Delete
  3. Wah MKL, 4 negara ya,... saya doakan hajat tuan MKL akan tercapai, amin!

    ReplyDelete
  4. Salam owner blog Kaki Travel Khairuddin.
    Mohon update blog list tuan dengan blog Rahsia Melancong.
    Saya sudah masukkan blog tuan dalam blog list saya di Top 55 Blog Travel Malaysia 2017.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teman dah masuk blog tuan dalam blog list travel.

      Delete
    2. Terima kasih sebab sudi masukkan blog baru ni. :D

      Delete
  5. Rindunya betongg. Suka pekan betong tenang je rasa. Kalau balik kampung dan berkesempatan kadang-kadang saya singgah sebab nenek duduk baling. best lah bang!! thanks menggamit memori. hehe. -khai > http://kakijalans.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang suka Betong. Tahun ini, teman hendak ke sana lagi. Buah nona, anggur, petai, durian belanda dan mangga antara yang teman suka ada di sini. Tidak lupa masakan siam yang sedap.

      Delete
    2. makanan siam yang sedap dan murah!insyaAllah kalau berkesempatan, saya pun nak menyinggah tahun ni.

      Oh, tahniah bang tersenarai top 55!! - khai > http://kakijalans.com

      Delete
  6. Nampak tenang bandar betong tu.

    ReplyDelete
  7. Wah en Din... banyak mega trip tahun 2018 ni...

    ReplyDelete
  8. baru tahu betong di thailand, ingatkan di sarawak

    ReplyDelete
  9. Betong ni mmg menarik.. makanan pun sedap2.. best.

    ReplyDelete
  10. suka tgk bangunan warna warni tu... knape x de kt sini ya?

    hmmm kalu sy msk tmpt shopping ni habis laaaa mmg pyh nk kuar pastu hahaah

    ReplyDelete
  11. unik menarik sana tu MKL..terima kasih infor gambar

    ReplyDelete
  12. bakul Siam tu kat Malaysia, mahal harganya..

    semoga tercapai KPI travel tahun ni..

    ReplyDelete
  13. 4 negara dalam setahun...NZ!!!! view mmg ohsem tau kat NZ..Jepun tu..which part? Thailand tu? India tu pergi Srinagar tak? view sgt lawa kat sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jepun..tokyo untuk tengok bunga sakura. Thailand, betong le. India akan singgah di Srinagar. Doa semoga KPI tercapai tahun 2018.

      Delete