Wednesday 24 January 2018

Keluargaku Sayang : Nasree

Posting sebagai housemen.


Syukur alhamdulillah akhirnya penantian telah berakhir. Nasree atau alang telah berjaya ditempatkan di Hospital Enche'Besar Hajjah Khalsom, Kluang Johor Darul Takzim. Buat housemen ship. Alang adalah graduan bidang perubatan dari Ireland dalam bidang Degrees of Bachelor of Medicine, Bachelor of Surgery, Bachelor of Obstetrics (MB, BCh, BAO), LRCPI & SI (Hons). Pulang ke tanah air sejak bulan  Julai 2017. Alang akan menghadiri kursus tranformasi minda dari 19 Feb, 2018 sehingga 24hb Feb, 2018. Alang akan mula bekerja 26 Februari 2018.   Graduan-graduan perubatan batch alang telah menunggu lebih kurang 8 bulan sebelum ditempatkan mengikut pilihan masing-masing. 


 Percutian bersama Alang sempena  konvo pada 7 Jun, 2017


RCSI School of Medicine Conferring Ceremony 2017

Degrees of Bachelor of Medicine, Bachelor of Surgery, Bachelor of Obstetrics (MB, BCh, BAO), LRCPI & SI (Hons)

Percutian kami di Dark Edges, Northern Ireland.


Bersama dengan adik kesayangan alang, Naim anak Kelainan Upaya.

 Kami ada 4 orang lelaki dalam rumah. Naim di sebelah saya, anak kelainan Upaya. Dr Nassier dan Dr Nasree. Dr Nassier tengah berkhidmat di Hospital Bendigo, Victoria (Australia)

 Teman ada 5 orang anak dan seorang menantu. 3 lelaki dan 2 orang perempuan. Nadiah, anak perempuan (dalam gambar) bekerja dalam bidang farmasi. Seorang lagi anak perempuan tengah buat degree dalam bidang perubatan.

Semoga alang berjaya menjadi seorang doktor seperti yang dicita-citakan.

16 comments:

  1. Tahniah buat en Din dan anaknya...

    ReplyDelete
  2. Tahniah..ramai doctors in the family, Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah.. semoga keluarga bahagia ini sentiasa dirahmati =)

    ReplyDelete
  4. hebat2 belaka anak uncle :) tahniah utk ibu bapanya

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..semoga anaknya dpt menabur bakti, menyumbangkan jasa dengan sebaiknya dan beroleh ganjaran dunia akhirat... bertuah mak ayahnya... tahniah yer.. :)

    ReplyDelete
  6. Wow..hebat-hebat anak abang MKL. Tahniah kerana berjaya mendidik mereka dengan baik. Good luck dalam kerjaya awak, Nasree

    ReplyDelete
  7. Tahniah kpd abg din dan anak2. semoga mereka terus berbakti kpd agama, bangsa n negara.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah..TAhniah kepada alang..semua anak2 Abe MKL berjaya dalam bidang perubatan..

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, tahniah buat Alang...

    ReplyDelete
  10. TAHNIAH ANAK2 MKL HEBAT SEMUANYA

    ReplyDelete
  11. Wah semua ya Dalam bidang perubatan. Tahniah ye semoga mereka terus maju jaya

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah tahniah.. semoga terus berjaya dengan cemerlang.. aamiin :)

    ReplyDelete