Wednesday, 17 April 2019

Rezeki dengan bersedekah

Oleh Noor Hidayah Hanapi

Rezeki kita di dunia fana

Artikel ini ditulis oleh Isteri teman. Saja publish di sini sebagai kenangan dan menghargai coretan isteri. Sekali sekala kita mesti menghargai isteri dalam apa juga bentuk sekali pun. Sedikit pun jadi le. Atau teman kehabisan modal untuk menulis di blog. Dua-dua pun ya. Yang penting isteri tercinta dapat pahala bila orang mendapat manfaat daripadanya.
    
Post ni bukan untuk riak..awasssss siapa kata gua riak..cuma nak cerita tentang sedekah bukan makin mengurangkan harta sebaliknya allah ganti dengan nikmat yang lain
Malam tadi makan dengan lao kong, datang sorang makcik berbaju kurung berumur lingkungan 60an bawak plastik kerepek yg berat di kedua2 belah tangan
Makcik datang dari satu meja ke satu meja jual kerepek, ada yang beli dan ada yang sekadar menggeleng..ye la kita paham orang masing-masing ada kekangan
Tiba kat meja kami asalnya nak geleng jugak sebab gua pun tokey kerepek buat apa beli..tapi bila tengok muka makcik yang suci bersih tu tetiba rasa sedih sangat..tetiba terus teringat pada mak kat kampung
Ya allah dalam usia macam tu, kalau tak kerana beliau bukan perlukan duit tak kan sanggup beliau bawak plastik yang berat2 tu berjual dari satu meja ke satu meja
Persetankan dengan kata2 “buat apa beli depa tu ada org atas yg taja..orang atas yang untung”
“Hello, kalau tak nak beli diam2 je..jangan sampai gua bahasakan dengan kata2 berbisa”
Gua pun beli la sikit..dah lama2 tu rasa menyesal pulak tak hulur lebih, tak pe la inshaallah lain kali
Balik je rumah tengah rehat2, masuk order kawan-kawan nak 4 helai tudung bokitta, 4 pasang telekung tpo classic untuk waqaf
Masa tu terfikir besarnya rahmat Allah, gua sedekah sikit je tapi Allah balas dgn rezeki yang berganda
Subhanallah❗️Alhamdulillah❗️Allahuakbar❗️
Read more ...

Monday, 15 April 2019

Abam Kie's Birthday Giveaway




Jom Join Abam Kie's Birthday Giveaway di link seperti berikut :

http://www.zukidin.com/2019/04/abam-kies-birthday-giveaway.html

Teman berdoa agar Abam Kie terus berjaya dunia dan akhirat. Moga semua dalam keadaan baik dan bahagia, berkat  umur, murah rezeki dan dilindungi Allah SWT selalu. 

Pantun dari teman untuk abam Kie.


Cantik Sungguh Sikucing belang, 
Pinang Muda Sedang dicacak,
Selamat Hari Jadi Abang,
Yang budiman lagi Kacak. 
Read more ...

Monday, 11 February 2019

Scam Agensi Pelancongan

Berita Hangat : Pisang berbuah berkali-kali



Australia




Sekarang sudah tahun 2019. Kerajaan pun dah bertukar dari Barisan Nasional kepada Pakatan Harapan. Penipuan pakej pelancongan palsu masih berleluasa. Penipuan itu mencecah ribuan ringgit.

Apa yang perlu anda buat sebelum membeli ?
1) Semak nama agensi pelancongan sama ada berdaftar atau tidak.
2) Semak dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.
3) Laman sesawang adalah www.motac.gov.my
4) Sekiranya didapati menjalankan perniagaan pelancongan tanpa lesen yang sah, mereka telah melanggar peruntukan Akta Industri Pelancongan 1992.

Diharap kita akan buat semakan. Kalau dengar yang murah, jangan terus sambar. Nanti terkandas di KLIA baru padan muka. Itu sebagai contohnya. Kita mesti pandai congak. katakan pergi 3 buah negara di Eropah, ditawarkan RM5K. Memang tak masuk akal. Tambang dah berapa. Cuba kira.

Mengikut Cikgu Loh (face book), seorang bekas guru yang telah menceburi industri pelancongan sepenuh masa.

Modus operandi agensi pelancongan ini adalah mudah seperti berikut :

1. Mereka berdaftar dengan MOTAC tetapi atas nama syarikat lain.
2. Buat syarikat lain yang tidak berdaftar, lalu promosi harga pakej gila murah.
3. Trip permulaan membina kepercayaan dahulu, pastikan setiap pakej deliver. Pelanggan akan mudah percaya sebab trip-trip lain berjaya. 
4. Akhir-akhirnya, mereka mula mengaut keuntungan melalui penipuan terancang.
5. Peserta yang teraniaya akan confirm gagal mendapat duit balik walaupun laporan polis atas T & C dan faktor lain

Jangan terkejar harga pakej yang murah sangat. Anda sendiri boleh membuat pengiraan. Di sini anda hendak travel sendiri atau pun dengan agen terpulang pada diri masing-masing. Anda punya style. Ada yang backpackers pun tidak fully backpackers sebab ada yang mengambil local agent di negara mereka melancong. Travel  atas  keselesaan sendiri. Teman menghormati cara anda melancong melihat keindahan dan kebesaran Allah. SWT. 
Read more ...

Saturday, 2 February 2019

Ais Tingkap Lebuh Tamil

Alamat Ais Tingkap Lebuh Tamil adalah seperti berikut : Lebuh Tamil, 10100 Penang. Tempat yang harus anda kunjungi apabila ke George Town, Penang.

Lokasi adalah berdekatan dengan Chowrasta Market, George Town Penang. Waze je. Perniagaan yang bermula sejak tahun 1928. Sekarang adalah generasi ketiga. Ais tingkap atau air sarbat mengandungi biji selasih, isi kelapa,sirap ros, air kelapa dan ais. Saya memang suka,sedap rasanya. Selain itu, ada juga dijual  cendol, coconut shake, dan ais kacang seperti yang disenaraikan dalam gambar dibawah. 



 Harga yang berpatutan

 Air Sarbat

 Penang Famous Ais Tingkap

 Merahnya.

Jangan lupa singgah sekiranya anda berada di George Town. 
Read more ...