Monday 2 September 2013

Mencari Ikan di Bagan Sungai Kajang ( 25 Ogos 2013)

Ikan fresh.

SubhanALLAH. Saya terpaksa ke Bagan Sg Kajang, Tanjong Karang, Selangor untuk mencari bekalan ikan mentah. Saya suka makan ikan yang segar termasuk udang, sotong dan ketam. Pasal ikan segar hanya terdapat di bandar-bandar tepi pantai sahaja.  Kali ini kami dah tak lalu makan ketam. Pasal dulu kami  dah beli ketam 2 kilo dan adik saya memberi hampir 6 kilo ketam sebelum puasa, semasa saya balik ke kampung melawat ayah. Jenuh cinta memikirkan menu setiap hari. Air tangan cinta memang ada sentuhan khas pada para suami. Macam tersambar jantung sang suami. 

Saya bertolak ke Bagan Sg Kajang dari Tanjong Malim. Saya terpaksa merempuh tol Bukit Tagar dan melalui UNISEL sebelum tiba ke Bagan Sg. Kajang,Tg Karang. Di Tg Karang sendiri ada Bagan Pasir,  kampung nelayan bagi kaum cina. Kaum cina menangkap ikan dengan menggunakan bot tunda. Di Bagan Sungai kajang, kaum Melayu menjual ikan yang ditangkap di pinggir pantai. Harga ikan adalah jauh lebih murah dari pasar Tg Malim dan lebih segar.


Jejak kaki


Sign board ke Tg Karang
Sumber : Dishwithvivien.com

Pasar nelayan Kg Sungai Kajang

Pandangan  jauh menghala ke laut

Bot nelayan

Nelayan pulang ke Jeti

Berlabuhnya sebuah bot

Hasil tangkapan nelayan 

No talipon yang penting

Apa sekalipun, penting untuk anda menghubungi kedua-dua sahabat nelayan kita (sama ada Ali atau Amat) untuk mengetahui masa nelayan-nelayan itu mendarat. Kalau tak jenuhlah kita menunggu karang. kadang kala berjam-jam. Pasal kadang kala nelayan pulang pada jam 12.00 tengah hari. Ada yang pulang pada jam 5.00 petang. Ini bergantung kepada air pasang surut, masa ribut atau hujan. Bagi yang menunggu berjam-jam, bolehlah membaca buku, baca facebook atau blogging. Atau anda boleh singgah sekejap di Pekan Tg karang. Di sebelah petang, anda boleh membeli ikan segar di pasar Tg Karang, Ikannya segar dan harga lebih sikit daripada Bagan Sungai Kajang.Tak mahal mana pun.  Kadang kala ada ikan yang tidak terdapat di Bagan Sungai Kajang.  Atau anda boleh melawat Bagan Pasir, yang jalan masuknya dari Bangunan Bank Rakyat. Bagan Pasir adalah kampung nelayan orang Cina, 

Bagan Sungai Kajang

Indah sungguh Sungai Bagan Kajang

Lumpur yang indah

Restoran Bagan Sungai Kajang


Kucing Comel

Renungan tajam Kucing 

Jalan-jalan

Indahnya hidup kaum Nelayan

Tersusun rapi

Paya Bakau 

Deck Perahu

Perahuku

Bersusunnya Perahu

Udang yang digoreng 

Di sini, memandangkan jam dah pukul 1.00 tengah hari, kami pun membeli udang mentah untuk dibuatkan lauk. Kami suruh restoran di situ masak udang paprit. Fresh dan sangat sedap rasanya.  Saya masak setengah kilo dan harga udang mentah adalah RM16.00 sekilo.

Kucing menemani kami makan

Berikut di bawah adalah gambar-gambar sebahagian besar ikan, sotong dan udang yang kami beli. Saya letakkan harga belian saya. Anda buatlah penilaian sendiri sama ada berbaloi atau tidak. Jumlah besar saya belanja adalah RM197.40.

Tenggiri :             1.2 kilo x RM 23 sekilo  = RM 27.60
Sotong Katak :    2.1 kilo x RM 5 sekilo    = RM10.50
Udang Kelabu:    4.8 kilo x RM16 sekilo   = RM76.80
Ikan Gelama        2 kilo   x  RM 5 sekilo     = RM10.00
Udang Putih Sedang 0.85 kilo x RM26 sekilo =RM22.10
Ikan Senangin        1.3 kilo x RM28 sekilo =RM36.40
Udang Putih Besar 0.4 kilo x RM35 sekilo = RM14.00
                                       

Ikan Gelama

Ikan Kerisik

Ikan Belanak

Ikan Pari

Ikan Tenggiri


Ikan Senangin

Udang Kelabu

Pandangan dekat udang kelabu

Ikan Cencaru (Harga 3 kilo x RM8 sekilo= RM24.00)


Sotong katak

Sedap Sotong katak

Udang Putih Sedang

Udang Putih Sedang

Udang Putih Besar

Udang Putih Besar

Tok Selampit membuka mata melihat cahaya dan merenung ke luar jendela. Hatinya tertanya-tanya pagi yang indah ini untuk siapa. Apa pun sekali, seronok sungguh membeli ikan segar di Bagan Sungai Kajang. Sekiranya ada bagan untuk membeli ikan segar yang lain, dipersilakan berkongsi idea dengan tok selampit.. Tok Selampit peminat ikan tegar. Lebih-lebih lagi,Tok Selampit berasa nikmat sangat. Nikmat semalam yang dibawa sampai dinihari. Syukur alhamdulillah ke hadrat illahi.

12 comments:

  1. wah...beznye
    perahu tu nampak baru n lebar
    kucing pun sempat disnap..bertuah betul kucing tu
    sedapnye bahan mentah kat atas..fresh gitu

    ReplyDelete
  2. wah banyak nya lauk...
    kalau fresh tu...udah tu main rebus je....
    terliur cik akak dibuatnya...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nao Mei,

      Betul tu....tapi lebih sedap kalau dibuat lauk seperti sambal udang, udang salut tepung. Ada resipi yang boleh direkomen?

      Delete
  3. assalamualaikum

    udang segar mesti manis,sodap kalau masak sambal udang tu, wahh ikan-ikan fresh dan permandangan juga cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam.

      Memang best. Ada masa dipersilakan ke Bagan Sg Kajang.

      Delete
  4. Banyaknya u borong..tp mmg puas la dpt makan yg fresh..;)

    ReplyDelete
  5. wowww..bnyak 2 =) mmg fresh la..kalau nk kira hrga mmg sy xthu sbb xpnh beli..tp pnh dpt free masa pergi ke tmpat nelayan punggah hasil..mmg bestlh..dpat fee je..bnyk pula 2..

    ReplyDelete
  6. Assalamu'alaikum tuan. Saya pernah ke Sg Lang, atas lagi menghala ke hujung Sabak Bernam. Tapi pergi untuk memancing saja. Ada juga singgah di kampung nelayan sebelah sana. Memang boleh dapat makanan laut segar dan murah. Tapi saya terkilan sebab tak sempat nak merasa mentibang bakar kalau tak silap. Banyak ada jual di kiri kanan jalan. InsyaAllah, on next fishing trip saya akan include kan tempat tempat yang tuan sebutkan. Terima kasih kerana berkongsi:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam tuan. Moga kita dapat bertemu secara live. Insyallah, dengan kehendakNYA juga. Terima Kasih.

      Delete