Thursday, 31 October 2013

Capaian URL Blog kakitravelkhairuddin Ke SUBMIT EXPRESS

Tips Hantar URL Blog ke Lebih 40 Enjin Carian


Tips menghantar URL saya perolehi dari Blogger terkenal Hasrul Hassan.com. Hasilnya memuaskan hati saya. Tujuan adalah untuk menaikkan trafik serta menjadi tarikan para pembaca di serata dunia untuk melawat blog anda
.
Untuk keterangan lanjut sila layari blog berikut :

http://www.hasrulhassan.com/2013/10/tips-hantar-url-blog-ke-lebih-40-enjin.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+hasrulhassan+%28Panduan+OHBlogger+Blogspot+Malaysia%29
Berikut adalah hasil keputusan apabila saya submit sekali sahaja ke SUBMIT EXPRESS (Klik). Selain itu, anda boleh submit blog anda ke Yahoo dan Goggle. Semua perkhidmatan adalah secara percuma. Setelah berbuat demikian, sudah pasti blog anda akan disenaraikan di enjin carian yang disenaraikan sahaja. Hantar sekali sahaja dalam masa sebulan. Jika lebih,anda akan dikenakan tindakan yang sewajarnya.

Hentian Puncak Titiwangsa Perak


Hentian Puncak Banjaran Titiwangsa

Wednesday, 30 October 2013

Pantai Batu Hitam, Kuantan Pahang

Selain Balok dan Teluk Cempedak, Pantai Batu Hitam amat terkenal di kuantan, Pahang. Pantai ini terletak kira-kira 10 km dari kuantan. Sekiranya anda dari kuantan dan menghala ke kuala Terengganu, pantai ini terletak di sebelah kanan bahu jalan. Keunikan pantai ini berbanding pantai yang lain adalah bentangan batu hitam yang menonjol pada pantai berpasir putih. 

Pengunjung-pengunjung bukan sahaja di kalangan penduduk tempatan tetapi juga para pelancong luar. Pantai ini agak sesak pada penghujung minggu. Pantai ini begitu bersih dan mempunyai banyak kemudahan seperti tempat duduk, kemudahan tandas awam, tempat mandian, ruang untuk berkhemah dan berkelah.. Pantainya selamat untuk bermandi-manda. Gerai-gerai makanan laut pun ada di kawasan ini. Saya suka persekitarannya yang tenang dan bersih disertai dengan pohon-pohon nyior melambai-lambai kedatangan anda sekalian.




Ikan Patin, Titik tengah dan Temerloh.

Temerloh ada Ikan Patin, Titik Tengah dan Sudirman


Temerloh adalah titik pusat atau titik tengah bagi Semenanjung Malaysia. Temerloh adalah bandar kedua terbesar selepas Kuantan, dalam negeri Pahang Darul Makmur. Bandar yang paling hampir dengan Temerloh adalah Mentakab, kira-kira 10 minit perjalanan, ada ura-ura dijadikan bandar Temerloh dan Mentakab sebagai bandar berkembar. Temerloh terletak di persimpangan antara Sungai Temerloh dan Sungai Semantan.

Temerloh terkenal dengan gelaran bandar ikan patin. Apa kata kita mengambil masa untuk melancong ke bandar Temerloh. Hari yang terbaik untuk datang ke Temerloh adalah pada setiap hari Ahad. Macam-macam ada dijual di pekan sehari yang dibuka  seawal 7.00 pagi dan berakhir kira-kira pada pukul 1.00 tengah hari. Pasar Pekan Sehari ini dikatakan yang terbesar dan terpanjang di Pahang. Selain ikan Patin (Silver Catfish), ada dijual ikan Jelawat, Baung, Tenggalan, Lampam, Belida, Tilapia dan Kerai.  Sekiranya anda adalah penggemar ikan sungai maka seharusnya berkunjung ke bandar ini untuk menikmati keenakan masakan spesies ikan ini. Pastikan anda membeli ikan patin sangkar yang mengalir airnya dan bukannya ikan patin kolam yang hanyir yang berbau tanah dan lumpur.  Ikan patin sungai mahal harganya dan boleh mencecah ratus ringgit. Maklumat ini berguna bagi mereka yang ingin menjamu selera di restoran atau gerai. Ingatlah bahawa harga seketul ikan patin sama ada ekor, kepala atau isi adalah lebih kurang RM10.00 pada waktu artikel ini ditulis. Tanya dahulu sebelum makan.  

Monday, 28 October 2013

Wordless Monday #1 : Gandhi



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Wordless Monday #1 :  Gandhi 


Sunday, 27 October 2013

Giveaway Jom Menang


KLIK BANNER UNTUK JOIN

HADIAH:
i) 1 set perfume bernilai RM120.00
ii) Ankle bracelet + Shawl + Wallet + CD Pocket + Cellphone Jewellery Sticker
iii) Ankle bracelet + Shawl + Wallet + CD Pocket + Cellphone Jewellery Sticker
iv) Ankle bracelet + Shawl + Wallet + CD Pocket + Keychain

Hadiah ditaja oleh Loveperfume & Yumida


TAMAT: 9 NOVEMBER 2013

Saturday, 26 October 2013

Pokok Belalai Gajah

Amalan Pemakanan yang sihat : Cegah sebelum parah 




Sumber : Daunbelalaigajah.blogspot.com




KHASIAT DAUN BELALAI GAJAH



Trend masyarakat moden hari ini yang bergantung sepenuhnya kepada perubatan klinikal punca generasi muda tidak lagi menghargai khasiat tumbuhan herba sebagai salah satu sumber rawatan.

Anda mungkin tidak mengetahui tumbuhan hiasan yang selama ini ditanam di kawasan rumah sebenarnya adalah pokok herba yang kaya dengan pelbagai khasiat.

Friday, 25 October 2013

Bali Island-Tegalalang, Ubud-Part IX


Bali - The Island of Gods.

(14hb September - 17hb September,2013)


Hari telah hampir melabuhkan tirai. Ini adalah destinasi kami yang terakhir untuk hari yang kedua di Bali. Banyak juga tempat yang kami lawati kerana pemandu pelancong sungguh baik hati dan mengikut kehendak hati kami. 

Kami sempat singgah di Tegalalang, Ubud. Pemandangan adalah padi bukit yang sungguh hijau menawan. Kami sepatutnya dikenakan bayaran Rph5,000. Tapi memandangkan sudah lewat petang kami masuk secara percuma. Memang dah rezeki kami. Kawasan ini adalah destinasi pelancongan yang terkenal. Anda pasti bertemu dengan Tegalalang kerana terletak di tepi jalan dalam perjalanan ke kitamani dari Ubud. Sebahagian penduduk bekerja sebagai petani mengusahakan padi bukit. Di kiri kanan jalan, anda pasti bertemu dengan kedai cendera hati di tepi jalan.


Thursday, 24 October 2013

Bali Island-Bayung Bagus-Part VIII

Bali - The Island of Gods.
(14hb September - 17hb September,2013)


Bayung Bagus, Bali Plantation Visit



Kali ini kami melawat ke Bayung Bagus. Saya boleh menggambarkan ladang kopi ini sebagai eco friendly farm, ada dijual kopi luwak, dan juga organic products. Banyak juga ditanam buah-buahan. Mereka menyambut kedatangan kami dengan penuh kemesraan dan penuh dengan senyuman. Waktu pun hampir petang, dan merupakan destinasi yang kedua terakhir pada hari kedua.  


Buah Markisa

Bayung Bagus

Wednesday, 23 October 2013

Bali Island-Gunung Kitamani-Part VII


Bali - The Island of Gods.
(14hb September - 17hb September,2013)

Gunung Kitamani, Kabupaten Bangli.



Berikut adalah entri pada hari kedua, akan lawatan kami ke Gunung Kitamani di kabupaten Bali. Kintamani terletak di Central Bali, menghala ke utara dan lokasi destinasi pelancongan kami yang paling jauh  ke utara. Bayaran masuk adalah Rph 20,000. Dicaj keseluruhan tidak mengira jumlah pelancong.

Setelah kira-kira 2 jam  setengah perjalanan dari Kota Denpasar, kita akan sampai di kawasan ini, yang disebut sebagai Penelokan, yang sesuai dengan namanya dalam bahasa Bali yang bererti tempat untuk melihat-lihat merupakan lokasi yang paling strategis untuk menikmati pemandangan alam di kawasan wisata ini. Penelokan terletak di Kedisan, salah satu desa di Kec. Kintamani.

Dari Penelokan kita akan menyaksikan pemandangan menakjubkan. Kombinasi antara Gunung Batur beserta hamparan bebatuan hitam dengan Danau Batur yang berbentuk bulan sabit berwarna biru di sebuah kaldera yang  dikatakan sebagai kaldera terindah di dunia. Penelokan sudah mempunyai infrastruktur yang cukup memadai sebagai tempat wisata, antara lain penginapan maupun restoran.

Sumber :http://id.wikipedia.org/wiki/Kintamani,_Bangli

Berikut adalah pemandangan Gunung Batur serta Danau Batur  :

Sumber : Mountinblack. blogspot.com


Tuesday, 22 October 2013

Moh kita lawat Menara Condong Malaysia #VMY2014


Menara condong adalah sebuah menara jam yang terletak di Teluk Intan, Perak. Mercu tanda bandar Teluk Intan ini terletak di antara pertemuan dataran segi empat, iaitu Jalan Pasar dan Jalan Ah Cheong dengan Jalan Selat dan Jalan Bandar di kiri dan kanan menara.

Menara yang unik ini menyerupai Menara Pisa, Itali dan telah dibina pada tahun 1885 oleh arkitek En. Leong Choon Cheong yang berfungsi sebagai tangki simpanan air untuk bekalan penduduk sekitar di samping sebagai jam. Ketinggian kira-kira 85 kaki, mempunyai 110 anak tangga yang menghubung setiap aras tingginya 15.5 kaki. Dari luar bangunan, kelihatan seolah-olah 8 tingkat tetapi sebenarnya adalah 3 tingkat sahaja. 

Pada masa kini menara condong ini telah menjadi tarikan pelancong yang mengunjungi bandar Teluk Intan. Kawasan sekitar menara telah diturap dengan batu batan dan dijadikan platform untuk pelbagai akitiviti sama ada rasmi atau pun tidak rasmi. Jam menara masih berfungsi dan berbunyi setiap 15 minit.

Sentuhan ajaib ke atas Menara Jam 

Bali Island-Pura Tirtha Empul-Part VI

Bali - The Island of Gods.
(14hb September - 17hb September,2013)

Pura Tirtha Empul, Tampak Siring, Gianyar.


BismillahahiRRahmananiRRahiim

Entri kali ini adalah tentang Pura Tirtha Empul, Tampak Siring. Bayaran masuk adalah Rph 15,000.


Tirta Empul Temple (IndonesianPura Tirta Empul) is a Hindu temple in the middle of Bali Island, Indonesia, famous for its holy water where Hindu Bali people go for purification. Tirta Empul Temple was built in 962 A.D. during the Warmadewa dynasty (from the 10th to 14th centuries), at a site where there was a large water spring.
On the left side of the temple is a modern villa on the hill. built for President Sukarno's visit in 1954, which is now used as a rest house for important guests.

Source :http://en.wikipedia.org/wiki/Tirta_Empul_Temple

Konon terdapat sebuah cerita tentang seorang raja yang bernama Mayadenawa, Mayadenawa sangat sakti tetapi jahat. Bhatara Indra pun diutus dari langit untuk membunuh Mayadenawa. Mayadenawa kewalahan lalu melarikan diri dengan berjalan sambil memiringkan telapak kakinya agar tidak terdengar oleh Bhatara Indra. Dari sanalah kemudian muncul nama sebuah desa Tampak Siring. Mayadenawa kemudian meracuni pasukan Bhatara Indra dengan air yang sudah diracuni, Bhatara Indra lalu menancapkan sebuah bendera ke tanah dan tersembur air yang dijadikan penangkal racun Mayadenawa. Konon sumber air itulah yang kini disebut Tirta Empul.

Sumber : http://imadewira.com/pura-tirta-empul-tampak-siring/



Monday, 21 October 2013

Bali Island-Gunung Kawi, Ubud-Part V

Bali - The Island of Gods.
(14hb September - 17hb September,2013)

Gunung Kawi, Ubud, Bali


BismillahahiRRahmananiRRahiim


Entri kali ini masih lagi hari kedua kami di Bali. Saya juga menulis sedikit demi sedikit berdasarkan tempat yang kami lawati. Kali ini, kami ke Gunung Kawi, di Ubud. Tempat ini saya ketahui dari bacaan goggle dan diperkenalkan oleh  Trip advisor. Saya suka sangat tempat ini kerana menggabungkan pelbagai unsur yang terdapat di Bali. Gunung Kawi mengandungi kuil-kuil Hindu, sawah padi, pokok kelapa, orang-orang Bali, persiapan untuk berpesta, sungai, batu gunung, gua-gua pertapaan, kubur diraja, tangga dan kedai-kedai jualan.

Sunday, 20 October 2013

Bali Island-Simply the world's best Island-Part IV

Bali - The Island of Gods.
(14hb September - 17hb September,2013)

BismillahahiRRahmananiRRahiim


Kali ini kami melawat dua lagi tempat iaitu satu ke Pura (temple) dan satu lagi ke Pusat Ukiran Kayu. Entri ini masih pada hari kedua iaitu 15 September.2013. Berikut adalah entri tentang Pura Puseh Pura Desa Adat Batuan. Pura ini adalah tempat ibadat bagi orang Hindu di Pulau Bali.






Saturday, 19 October 2013

Bali Island- Batuan Painting Bali-Part III

Bali - The Island of Gods.
(14hb September - 17hb September,2013)

BismillahahiRRahmananiRRahiim



Berikut adalah entri ketiga, masih lagi hari kedua. Kali ini kami dibawa melawat Batuan Painting Bali. Penuh dengan lukisan Bali. Kami memang suka Lukisan Bali. Menurut pelukis yang melayan kami, apabila seseorang pelukis semakin banyak membuat pameran, semakin tinggi harga karya jualannya. 

Kami telah melawat sebuah keluarga yang keturunan mereka adalah pelukis, seramai 11 orang berbakat dari satu keturunan tetapi berlainan bapa.Mereka telah diasah bakat sejak kecil lagi. 

Ada di kalangan blogger yang bertanya akan harga di Bali. Harga yang dikenakan oleh penjual adalah berbeza antara satu sama lain. Kadang kala, kita berasa pening dibuatnya. Apa yang saya boleh katakan adalah kita mesti pandai tawar menawar dan gunakalah kebijaksanaan anda dalam membeli barangan. Tawarlah sehingga 60% daripada harga asal. Ada di kalangan penjual yang cuba mengambil kesempatan ke atas pelancong asing.




Gamelan menyambut kedatangan kami

Friday, 18 October 2013

Bali Island-Simply the world's best Island-Part II


Bali - The Island of Gods.
(14hb September - 17hb September,2013)

BismillahahiRRahmananiRRahiim

Di sini adalah sambungan entri kedua. Buat diri saya, Bali adalah antara destinasi pelancungan kesukaan saya. Bali sesuai untuk honeymoon dan memiliki pemandangan antara yang tercantik di Indonesia.  Kali ini Pemandu pelancong bawa saya ke Yan Yan Gold Silver,pusat, membuat barang-barang kemas dari Perak dan emas. Kami telah melawat Desa Celuk @ Gianyar. Gianyar adalah menghala ke utara sebelum Ubud, yang terletak di Central Bali.

Saya suka pemandu pelancong, Afant kerana keramahan dan keikhlasannya memberi perkhidmatan yang terbaik buat pelanggannya. Dia cuba sedaya upaya memuaskan hati kami. Kami diberi pilihan menentukan tempat yang kami hendak melawat. Misalnya, saya pilih untuk tidak pergi ke Barong keris Dance Show dan Sea Food di Jimbaran. Kami harus pilih kerana masa amat mencemburui kami.



Pintu Masuk Yan Yan

Thursday, 17 October 2013

My Twinkle Segmen by Nisha





JOM JOIN dan link ke entri adalah seperti yang berikut :

Blog adalah boleh dikemaskan lagi dengan membuka gadget2 yang jarang atau anda sendiri tidak pakai. Biar nampak simple dan praktikal. 

Bali Island-Simply the world's best Island-Part I

Bali - The Island of Gods.
(14hb September - 17hb September,2013)

BismillahahiRRahmananiRRahiim

Kita boleh mengenali Bali melalui peta sebelum berlepas bercuti ke Bali. Saya sangat suka peta. Peta adalah kegemaran utama saya sejak di bangku sekolah lagi. Guru sekolah perlu menggelar saya Mr Peta suatu masa dahulu. Bali terbahagi kepada enam bahagian seperti yang berikut :

Peta Bali
Hari Pertama & Kedua : 14hb & 15hb September,2013 (Part 1)

South Bali (KutaBukit PeninsulaCangguDenpasar,JimbaranLegianNusa
Dua
,SanurSeminyakTanah Lot)
The most visited part of the island by far, with Kuta Beach and chic Seminyak.
Central Bali (UbudBedugulTabanan)
The cultural heart of Bali and the central mountain range.
West Bali (NegaraGilimanukMedewi BeachPemuteranWest Bali National Park)
Ferries to Java and the West Bali National Park.
North Bali (LovinaSingaraja)
Quiet black sand beaches and the old capital city.
East Bali (AmedBesakihCandidasaKintamaniKlungkungMount AgungPadang BaiTirta Gangga)
Laid back coastal villages, an active volcano and the mighty Mount Agung.
Southeastern Islands (Nusa LembonganNusa PenidaNusa Ceningan)
Quiet offshore islands in the southeast, popular for diving activities.

Wednesday, 16 October 2013

Menara Condong Teluk Intan

Balik Kampung Sempena Hari Aidil Adha
15 Oktober, 2013

Bismillahirahmanirrahim





Syukur alhamdulillah, apabila masing-masing telah  selesai proses potong, kerat dan cincang daging sebesar besen, terasa satu badan berbau lembu. Itu adalah penangan hari raya korban, kenangan indah yang tersemat jauh di sanubari. Dan juga salam buat warga dunia yang mengatakan bahawa mengorbankan lembu adalah suatu yang tidak dapat diterima terhadap lembu-lembu yang dianggap binatang suci. Mari kita lihat perkara ini dari persepktif kaca mata budaya yang berbeza. Kita perlu menghormati antara satu sama lain dan menerima perbezaan antara kita. Kita dilahirkan dengan kepelbagaian budaya, bangsa dan agama. Allahuakbar. Sudah tentu ada yang tersentap sambil menahan sendu memakai kain sari dan bunga melor di kepala.

Sempena hari yang mulia itu, kami sekeluarga juga bersempatan dan mengambil peluang untuk bergambar di Menara Condong Teluk Intan, kira-kira 10 km dari Kampung kami, Kg Batak Rabit. Di hari biasa, kadang kala begitu susah untuk bergambar kerana ada didirikan gerai-gerai jualan barangan dan makanan di sekitarnya..

Monday, 14 October 2013

Masjid Kristal Kuala Terengganu

Salam Iduladha 1434H dari  Masjid Kristal Kuala Terengganu
(Sunday, 13 October 2013) 

BismillahirRahmanaairRahim

Alhamdulillah, bersempatan saya melawat Masjid Kristal Kuala Terengganu. Saya teruja kerana masjid itu merupakan satu salah masjid terindah di dunia. Bagaikan ceritera fairy tales dalam cerita Disneyland dengan para malaikat mengelilingi masjid itu dalam imaginasi saya. 

Assalamualaikum, minggu ini juga adalah minggu jatuhnya hari raya haji. Hari Raya Haji jatuh pada Selasa, 15 Oktober 2013. Di sini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Iduladha 1434 H bersama keluarga tersayang masing-masing. Begitu indah dan bermaknanya hari raya Haji, di kala saat berderai jatuh titisan airmata suci IBRAHIM melihatkan keteguhan iman, apabila anaknya ISMAIL dikorbankan, di kala itulah SEJARAH AGUNG tercipta dengan erti sebuah pengorbanan dalam hidup umat Nabi Adam.  

Semoga segala pengorbanan dan amal ibadat kita diterima Allah SWT. Amin,insyallah.


Selamat datang ke fairy land fairy tales Disneyland.

Cintaku

Saturday, 12 October 2013

Kuching Sarawak

Trip Kucen Meow-meow 4hb hingga 6hb okt 2013

Saya berpeluang ke Kucen Meow-meow untuk urusan rasmi. Kami bertolak dari Tanjung Malim seawal jam 8.00 pagi. Flight kami jam 11.30 pagi. Flight adalah selama 1 setengah jam. Lebih kurang pukul 1.00 tengah hari kami sampai ke Kuching. Kami check ini di  Grand Margherita Hotel. Jalan Tunku Abdul Rahman, 93748 Kuching, Sarawak. Phone : +60822423111. Of course, kali ini bawa Cinta bersama atas tugas rasmi. Nanti dimeow-meownya saya.

50 Tahun Sarawak Merdeka dalam Malaysia

Friday, 11 October 2013

Segmen Up-kan Follower dan Menang Hadiah!

SEGMEN UP-KAN FOLLOWER DAN MENANG HADIAH


*KLIK BANNER*

Syarat-syarat penyertaan:
1. Copy paste coding dan letakkan kedalam entri anda.
2. Klik iklan untuk fiqa. [KLIK]
    *satu je pun. tak banyak. :3
3. Ikut syarat sponser:

4. DONE! cukup la tu kan syarat nya. so simple meh. KLIK SINI UNTUK KE SEGMEN!
SELAMAT MENYERTAI SEGMEN DAN MENAMBAHKAN FOLLOWER!

Due Date Segment:
a week, from 11/10/2013 to 16/10/2013 (any changes will be inform later)

Tuesday, 8 October 2013

Pantai Batu Buruk Kuala Terengganu

Pantai Batu Buruk Kuala Terengganu
(22hb September)

Pantai Batu Buruk Kuala Terengganu adalah kira-kira 3.2 km dari kuala Terengganu,Terengganu. Perjalanan mengambil masa kira-kira 6 minit. Pantainya berstrukutur, dan tidak sesuai untuk mandi manda. Pantai ini menerima kunjungan yang ramai pada hujung minggu. Kebanyakan keluarga yang datang ke pantai ini adalah untuk bersantai dan berkelah dengan tiupan bayu pantai. Kanak-kanak boleh bermain dengan girangnya di gigi pantai selain berkuda dan bermain layang-layang. Pemandangan sungguh cantik, dengan lambaian pohon-pohon nyior ditambah dengan pasir pantai yang memutih


.

Monday, 7 October 2013

Terima kasih NabilaMedan Punye Blogspot


Pertandingan yang berlangsung dari  16 September - 23 September 2013



Terima kasih di atas tshirt yang saya menangi. Tshirt mudah terengganu, lot 4581, Aras 2, Jalan Telaga Papani, 24300 Kerteh Kemaman, Terengganu. Tel : 098261968

Terima kasih daun keladi

"Mini giveaway ny Arni & Fatin Diana"



KLIK BANNER UNTUK JOIN !!

Giveaway ini dianjurkan oleh Arni dan FDdan disponsor oleh Alyaa , Xiey Pop ,Nur Farahain , NurulHuda , Wanie , Khadijah , Munirah

Senarai hadiah yang awesome !
1)Brooch x2
2)Mini diary book x2
3)Brooch x2
4)RM5 voucher untuk 10 pemenang di KNZeq.SHOP
5)Top up 10 x2
6)Bookmark x2
7)3 unit fridge magnet x3
8)Top 10 X2
9)Button badge x3
10)Top up 10 x2

Jom meriahkan giveaway ini ! :D

Giveaway tamat 20 October 2013



Sunday, 6 October 2013

Mineral Coffee



Mineral Coffee



SIHAT BERTENAGA SETIAP HARI

Alhamdulillah,sahur di pagi ramadhan yang mulia ini telah terlaksana.
Makanlah apa yang terliur nak makan.Hehe,ikut selera masing2 kan.
Selepas makan tu saya telah hidangkan secawan kopi mineral untuk setiap orang.
Pengalaman berpuasa dengan kopi mineral ni teramatlah best.

Itu antara secebis kisah di bulan puasa yang lepas.
Apa yang bestnya?
Pastilah perut tak berkeroncong terutama di pagi hari...rasa kenyang.
Tentula semua orang nak kan.

Apa yang bestnya lagi?
Tiada gastrik atau pedih ulu hati.

Ada lagi yang best?
Pastilah ada,rasa sihat dan bertenaga sepanjang hari.
Anak2 ke sekolah dengan rasa cergas.
Yang bekerja pulak...dapat laksanakan tugas dengan sempurna.

Ada yang nak cuba rasai kebagusan kopi ni tak?
PM saya cepat2 sementara stok masih berlambak.
Yang lambat2 tu...takut melepas je sebab stok kehabisan,

Ramai yang dah rasai nikmat berpuasa dengan kopi mineral ni

Anda bagaimana?
Yang berminat ,please hubungi FACEBOOK SAYA : Mk PYDEE

Saturday, 5 October 2013

Bio Velocity


Riang Ria bersama Bio Velocity.
supaya tidur anda lebih berkualiti



TEKANAN DARAH TINGGI? ….TAK BOLEH TIDUR?
BADAN LEMAH?????....STRESS????......

Anda ingin tahu cara mudah untuk berusaha mengatasinya?


Salam hari Sabtu yang barakah…
Buat sahabat-sahabat yang bergelar ANAK….
Kasih sayang buat ibu bapa bukan boleh dibayar dengan emas berlian atau wang berjuta.
Sementara mereka masih bernafas,bantulah mereka meringankan masalah kesihatan yang mereka alami.
Berapa sangatlah wang yang kita laburkan itu berbanding dengan jasa mereka membesarkan kita.

Kebanyakan ibu bapa atau orang-orang yang berumur 40 tahun ke atas akan mengalami masalah –masalah kesihatan seperti kencing manis,darah tinggi,masalah jantung dan lain-lain.
Mereka dah tak mampu nak menelan pelbagai jenis ubat-ubatan yang dah sedia ada apatah lagi selainnya utk membantu masalah mereka.

Saya sharekan untuk tatapan anda hari ini
Kisah seorang anak yang asalnya nak belikan Bio Velosity Sleep Mate untuk suaminya , bertindak untuk membantu meringankan beban kesakitan ibunya terlebih dahulu.

Kisah sahabat saya Norfaisal Bt Jamaludin, bertugas di Balai Polis Lanang , Sibu, Sarawak.Ibunya Puan Zaiton tinggal di Segamat,Johor.Saya poskan BVSM yang dibelikan oleh anaknya dan saya sedekahkan sekotak kopi mineral kepadanya.Ibunya mengalami tekanan darah tinggi sehingga badan lemah,tak mampu berjalan,kalau berjalanpun beberapa langkah dia akan jatuh.Kerja rumah semuanya diuruskan oleh dua orang anaknya.Keadaan Puan Zaiton bertambah buruk sejak suaminya meninggal dunia…dia kata makcik stress.Tidur tak lena dan pukul 2 atau 3 pagi dah terjaga dan tak boleh tidur sehingga pagi.

Pagi tadi saya telepon dia setelah dua hari tidur bersama BVSM.
Ini cerita Puan Zaiton..
Pagi tadi buka mata makcik terkejut rupanya dah pukul 7.00 pagi.Tak sedar waktu subuh.Lenanya makcik tidur!Biasanya makcik bangun awal dan dah tak boleh tidur.
Makcik bangun pagi badan terasa sihat dan segar.Makcik dah boleh berjalan jauh.Dah dua hari ni makcik buat kerja tak berhenti sehingga anak2 marah.Dia kata dah sihat,dah lama tak buat kerja-kerja tu.
Makcik minum kopi tu,perut kembong.Tapi selepas tu sendawa dengan kerap dan asyik kentut….lega.
Alhamdulillah makcik semakin sihat.Jelas terdengar daripada keriangan suaranya bercerita.

Alhamdulillah…itu antara cerita Puan Zaiton.
Seronok sangat bila dapat menceriakan kehidupannya walaupun dia bukan ibu saya.
Pasti anaknya yang risau tentang keadaan ibunya lebih seronok lagi.
Tahniah Nor,dapat ringankan masalah kesihatan ibunya walaupun dari jauh!

Anda bagaimana?
Ingin bahagiakan ibu bapa anda?
Bantulah ringankan kesihatan mereka dengan cara mudah sahaja…

HANYA TIDUR BERSAMA BVSM!!!

PM SAYA untuk INFO.
 — with   Mk Pydee