Friday, 28 February 2014

Pantai Teluk Ketapang Kuala Terengganu

Pantai Airport Kuala Terengganu

Pantai Teluk Ketapang terletak di Kampung Teluk Ketapang Kuala Terengganu. Pantai ini juga dikenali sebagai Pantai Airport. Ini kerana pantai ini terletak bersebelahan dengan Lapangan terbang antarabangsa Sultan Ismail Nasiruddin Shah, kira-kira 10 km dari pusat bandar utama Kuala Terengganu.

Kami tinggal di Pantai Teluk Ketapang Kuala Terengganu semasa lawatan kami ke sana. Alamat penginapan kami  : Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, 21300 KualaTerengganu, Terengganu. Kami suka tinggal di sini. Harganya berpatutan dan selesa. 

Saya ingin bercerita sedikit tentang Scout Inn Resort. Hotel Budget. Ada pakej pelajar termasuk penginapan asrama, satu bilik seminar dan 5 kali makan sehari. Dimiliki sepenuhnya oleh Terengganu Scout Council. Phone 609-6623100, 609-6623105. Fax : 609-6623160. Email : scoutinnresort@gmail.com. Online booking : www.scoutinnresort.com  



 Scot Inn Resort Telaga Batin

 Pejabat Am Scout Inn Resort





Setiap kali ke sini, kami pasti makan Seafood Celup Tepung Teluk Ketapang. Memang sedap hingga tak terkata. Kami suka makan di ICT Haji Pok Long (Seafood).  ABC (Air batu Campur) sedap di sini. Ada sahabat kami mengatakan bahawa Ais Jagungnya lagi sedap. Almaklum citarasa dan selera masing-masing tak sama antara satu sama lain. Selain itu, satu lagi kedai yang saya suka makan adalah Ikan Celup Tepung D'Coconut Cafe. Sedap sehingga menjilat jari. 

Sotong Celup Tepung

Masa Operasi ICT Haji Pok Long

Selain itu, anda boleh menikmati keindahan Pantai Airport. Sayang seribu kali sayang, anda tidak boleh bermandi manda di pantai ini. Anda boleh berkhemah, bermain bola, berfoto dan bersiar-siar di tepi Pantai Teluk Ketapang.






Thursday, 27 February 2014

Museum Gunung Api Merapi & sekitarnya

Museum yang harus dilawati bila berada di Lereng Merapi  
Museum Gunung Api Merapi terletak di Dusun Banteng, Desa Hargobinangun, Kecamatan Pakem, Kabupaten Sleman, D.I. Yogyakarta, Indonesia. Museum ini dirasmi dan dibuka pada tanggal 1 November 2009. 

Museum ini bukan hanya maklumat tentang gunung merapi. Tetapi juga banyak informasi mengenai Gunung berapi yang terdapat di Indonesia dan wawasan mengenai bencana alam yang pernah terjadi di negara ini, termasuk gempa dan Tsunami. 





 Sawah Padi yang terbentang luas yang terdapat berhampiran dengan Muzium Gunung Api Merapi


Wednesday, 26 February 2014

Rantau Panjang kelantan


Pasar besar jualan barangan siam berhampiran sempadan Malaysia-Thailand.

Rantau Panjang terletak kira-kira 40 km dari Kota Bharu, Kelantan. Dari Kota Bharu anda perlu melalui Pasir Mas sebelum sampai ke Rantau Panjang . Rantau Panjang ni bersempadan dengan Thailand. Pekan Rantau Panjang dihubungkan dengan Pekan Sungai Kolok yg terletak di Thailand  melalui Jambatan Harmoni yang merentasi Sungai Golok.

Rantau Panjang adalah destinasi membeli belah utama saya apabila berada di Kelantan. Saya suka membeli barang kat sini kerana banyak pilihan dan harganya pun berpatutan. Antara barangan yang selalu saya cari bila ke sini baju bajan, buah mangga, bakul anyam, bunga-bunga hiasan rumah dan periuk belanga. Kat sini juga banyak kedai yang jual barangan kawen. Macam dekat Nilai 3. Sapa nak kawin lepas ni xpayah dah pi Bandung beli barang pengantin hahaha..

Gambar yang saya ambil di bawah adalah gambar sebelum berlakunya kebakaran. Lebih kurang jam 1 pagi 7 Januari 2014, Pasar Besar Rantau Panjang yang menjadi tumpuan wajib bagi pelancong ke Kelantan telah terbakar. Dianggarkan lebih 150 buah kedai telah terbakar hangus tanpa dapat diselamatkan. 

Saya masih belum berpeluang  melawat ke Rantau Panjang selepas berlakunya kebakaran itu. Semoga harga barangan tidak menjadi terlalu mahal kerana dikenakan kadar sewa kedai baru. Almaklumla, sewa kedai baru mestilah lagi mahal sewanya berbanding dengan sewa  kedai papan ala koboi yang sempit dan tidak teratur.


 Saya suka buah mangga yang dah dikupas dicampur dengan asam yang menjilat jari di gerai ini. 

 Deretan kedai di Rantau Panjang

 Bakul-bakul anyaman

 Tempat letak kereta dan gerai ala koboi yang menjadi tumpuan utama saya

 Adik yang diberi pendedahan awal dalam dunia perniagaan

 Bangunan yang bakal siap dibina


 Bunga-bunga keluaran Siam

 Baju dalam Lelaki

 Gerai cendol kegemaran saya.

Bukit Batu  yang kelihatan dalam perjalanan balik melalui Dabong, Kelantan.

Tuesday, 25 February 2014

Angkringan Kopi Joss Pak Agus

Kedinginan Malam bersama  kehangatan kopi Joss

Angkringan Kopi Joss Pak Agus terletak di sebelah utara Stasiun Tugu menjadi salah satunya untuk menikmati Kopi Joss. Saya adalah peminat tegar kopi. Kali ini mari kita menikmati Kopi Jogja yang sangat istimewa buat diri saya. 

Anda mesti berjalan ke utara dari arah Malioboro atau Stasiun Tugu KA sehingga bertemu dengan  angkringan di sebelah kanan jalan. Anda akan menemui dua buah bakul yang dihubungkan dengan bambu, anglo dengan arang yang membara, serta deretan gelas yang ditata. Itu adalah jenama utama warung Angkringan kopi Joss yang terdapat di banyak tempat di Jogja.

Mari kita dengar cerita saya tentang Angkringan di Jogja. Angkringan yang awal adalah Angkringan Lik Man. Masih ada lagi di Jogja tapi saya melawat Angkringan Kopi Joss Pak Agus, Angkringan yang muncul kemudian.  Angkringan Lik Man merupakan angkringan legendaris, sebab pedagangnya adalah generasi awal pedagang angkringan di Yogyakarta yang umumnya berasal dari Klaten. Lik Man yang bernama asli Siswo Raharjo merupakan putra Mbah Pairo, pedagang angkringan pertama di Yogyakarta yang berjualan sejak tahun 1950-an. Warung berkonsep angkringan yang dahulu disebut 'ting ting hik' diwariskan kepada Lik Man pada tahun 1969. Sejak itu, muncullah angkringan-angkringan yang lain.

Angkringan biasa dibuka pada pukul 18.00. Anda boleh memesan sama ada minuman panas atau sejuk. Kepada anda yang datang bercuti ke Jogja, anda mesti mencuba Kopi Joss, kopi yang disajikan panas dengan arang. Kelebihan kopi itu adalah kadar kafein yang rendah kerana dinetralisir oleh arang. Selain itu, anda boleh order makanan. Terdapat pelbagai jenis makanan disediakan. Saya suka makanan sego kucing berlauk, tempe goreng tepung dan tahu bakar. Memang awesome.

Anda boleh  memilih tempat duduk.  Pertama, di sebelah penjual. Ini bermakna anda perlu duduk dekat bakul atau anglo. Selain dapat bercerita dengan taukeh kedai, ini pasti memudahkan anda untuk tambah makanan. Kedua, di tikar yang memanjang yang dibentang di sepanjang jalan. Alah, duduk bersila dan berbual-bual mesra dengan teman-teman anda. Apa sekali pun, kita perlu menjaga budaya angkringan iaitu bertoleransi dan menjaga perasaan orang lain. Dalam erti kata lain, menjaga adat ketimuran kita apabila kita duduk berdekatan dengan orang yang tidak kita kenali di sebelah kita.


 Stasiun KA tidak jauh dari Kopi Joss Pak Agus

 Angkringan Kedai Joss Pak Agus

 Budaya Angkringan

 Cerek atau Anglo


Mengeluarkan arang dari celah-celah dapur 

 Memasukkan arang ke dalam gelas kopi

Angkringan Kopi Joss


 Begitu awesome buat saya...best.

Kenangan Angkringan Pak Agus

Monday, 24 February 2014

Beringin Kembar & Alun-alun Kidul Jogja

Legenda, Kraton & Kerlap kerlip Jogja bagai irama & lagu.


Yogyakarta mempunyai dua alun-alun. Alun-alun yang berada di depan keraton yang disebut Alun-Alun Utara (alun-alun lor). Alun-alun yang di belakang yang disebut Alun-Alun Selatan (alun-alun kidul). Keraton Yogyakarta sendiri berada di sebuah garisan yang menghubungkan antara Gunung Merapi, Keraton, dan Pantai Parangtritis. Itu adalah gambaran mental saya tentang Jogja.

Anda boleh berjalan dari laman keraton (alun-alun utara) menuju ke alun-alun kidul ( alun-alun Selatan) lalu melewati dua pohon beringin kembar. 

Beringin kembar ini mempunyai mitos yang tersendiri. Anda perlu membayar Rph 5,000 untuk melewati dua pohon beringin kembar ini dengan menutup mata. Mata anda akan ditutup dengan kain hitam. Kita mesti berniat baik dan sekiranya hati kita bersih maka anda dapat melintasi di tengah-tengah pohon beringin dengan senangnya. Sekiranya tidak, anda akan terbelok ke kiri atau kanan dan tersasar keluar dari pohon beringin. Sekiranya anda berjaya melewati tengah pohon kembar beringin maka permintaan anda akan terkabul.

Selain itu, kita boleh menikmati kerlap-kerlip alun-alun kidul Jogja yang dikatakan sangat indah kecuali di bandingkan dengan Bukit Bintang. Selain menikmati jajan dan makanan bersama keluarga, anda boleh menaiki motor beroda empat yang berkerlap kerlip.    


 Keraton (Alun-alun Utara)

 Beringin Kembar : Semoga berjaya melewati tengah-tengah di antara dua pohon berkembar itu. 

 Kerlap-Kerlip motor beroda empat 

 Motor pun tak berkerlap kerlip

 Alun-alun Kidul (Alun-alun Selatan)

 Begitu indah mata memandang

 Basikal berkerlap kerlip pun ada.

 Ikan Jaw dan Kuda kerlap kerlip

Penjaja Makanan
Berlibur dengan penuh kekeluargaan

Saturday, 22 February 2014

Tasik Banding Perak

Keindahan alam yang begitu memukau mata


Kali ini pengembaraan saya adalah ke Pulau Banding atau Tasik Banding, Gerik. Tasik ini adalah tasik buatan manusia. Anda perlu menggunakan lebuh raya Timur Barat. Saya pasti akan melalui Pulau Banding atau pun Tasik Banding dalam perjalanan menuju ke Jeli Kelantan. Nasihat saya, sama ada anda dari Ipoh atau Pulau Pinang, pastikan anda mengisi tangki minyak dengan penuh. Stesen minyak hanya ada di Gerik dan Pulau Banding sahaja. Stesen minyak yang berikut hanya di Jeli, Kelantan. 

Pemandangan sekitar Tasik Temenggor sangat memukau mata. Tasik Temenggor adalah empangan menjana kuasa eletrik haidro di Utara Perak yang siap di bina pada tahun 1974. Di bahagian tengah Tasik Temenggor ada sebuah pulau yang dikenali sebagai Pulau Banding atau Tasik Banding. Tasik Banding ini yang anda nampak dalam perjalanan dari Gerik ke Jeli Kelantan apabila melalui Lebuh raya Timur Barat. Terdapat sebuah kem tentera di kawasan ini demi untuk menjadi keselamatan Empangan Temenggor. Di sini adalah tempat yang ideal untuk aktiviti memancing. Kaki-kaki pancing akan memburu  ikan seperti Toman, Sebarau,dan Kelah.  Banyak chalet dan resort terdapat di kawasan sekitar ini. Anda boleh melakukan akitiviti luar seperti berkelah, berkhemah dan jungle trekking. Tasik Banding menjadi terkenal dengan aset semasa yang utama iaitu Royal Belum.