Terima kasih buat Wanderlust kerana tag saya. Saya menunggu Abang Mie dan JM punya. Buat je sambil dapat mengenali antara satu sama lain.
Angkor Wat, kemboja
The Garden of Morning Calm, Korea
10 Random Facts about Me when I am Travelling (as tagged by Wanderlust)
1.
ITINERARY
Itinerary penting. Buat research dahulu. Banyak baca blog kawan-kawan yang pernah travel. Buat banding beza dan ikut cita rasa kita. Tapi tak lah rigid dan boleh diubah suai. Saya cuba patuhi itinerary yang telah disediakan. Buat budget siap-siap. Belanjawan. Kami travel banyak guna Airasia dan beli tiket promo. Pasal banyak tempat nak cover dan memang kaki travel.
2. PEOPLE WATCHING DAN MASA UNTUK BERFIKIR.
Saya suka tengok gelagat orang. Tak kira yang cantik atau kacak, semua disapu. Best tau. Kadang kala kita boleh belajar daripada gelagat mereka. Orang-orang cantik banyak di Korea dan Aussie. Contoh bagi di dunia sebelah kita. Masa travel adalah untuk berfikir dan muhasabah diri. Tapi tak pernah insaf apabila melihat sesuatu kejadian. Misalnya, kejadian Tsunami di Acheh. Tapi sampai Malaysia, ternyata tak pernah ubah. Mungkin rasa saya muda lagi dan akan hidup seribu tahun lagi. Taubat.
3. TAK KISAH TEMPAT TIDOR ATAU MAKAN
Saya boleh tidor di mana-mana sahaja. Pernah tidor di airport, masjid atau pun park. Hotel budget pun boleh. Share dorm pun boleh asalkan halal. Begitu juga makanan. Tak kisah pasal nak travel.
4. BIG NO TO HANDPHONE
Masa travel singkat. Jadi no to Facebook atau whatapps dengan sesiapa pun kecuali urgent. Nanti masa rehat bolehlah berbuat demikian terutama dengan peminat. Macam ada peminat sangat.
5. SUKA AKTIVITI LUAR
Kalau boleh saya suka aktiviti luar seperti mendaki gunung, berbasikal, bermandi manda sebagai contohnya. Kalau tak, kita berjalan kaki sepanjang hari. Berjalan kaki sepanjang malam pun ok.
6. TRAVEL LIGHT
Saya suka bawa barang-barang yang ringan. Baju pun sekadar t shirt. Semua yang ringan-ringan belaka. Tengah cari produk yang ringan je. Contohnya, selipar atau kasut ringan.
7. LAST MINUTE PACKING
Tak suka sedia awal-awal. Jadi macam lipas kudung jadinya. Biasanya ditangguh beres. Dah agak apa yang nak dibawa. Suka travel light je dan saya jenis kerja last minute punya. Kadang kala leka juga. Maklum le, lelaki sama seperti lelaki lain.
8. CUACA SEJUK
Saya suka cuaca empat musim. Semua cuaca saya suka terutama winter. Best sangat bila masa winter. Saya suka winter di Sydney.
9. SUKA BERGAYA
Saya suka travel light tapi dalam masa sama suka bergaya bila bergambar. Saya suka benda-benda yang cantik dan indah. Saya juga pasti diri saya cun, kemas dan nampak bersih. Banyak juga menghabiskan masa di cermin atau toilet. Toilet tempat bertapa saya. Tapi toilet mestilah bersih dan berbau wangi.
10. NILAI-NILAI MURNI
Bila travel mesti penuh dengan nilai-nilai yang baik seperti bertimbang rasa, tidak mengambil kesempatan dan hormat menghormati antara satu sama lain. Tak kisah soul mate yang menjadi travel partner. Begitu juga dengan travel agent atau pun sesiapa yang kita jumpa di tengah jalan. Paling benci pembohong dan yang mengambil kesempatan di atas kita. Saya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda. Saya mudah jatuh hati dengan kemesraan seseorang dan mudah menjauhi diri apabila diri diambil kesempatan.
Itu sahaja. Di sini saya hendak tag Abang Mie (Pak Lang Mie), JM, Rein (Janggeltrekker), Nohas, Orga( SKampung), Faizal Fredley, Travel My Way, Scdha Sein, Travelholic, Cerita Tentang Segala, Bibie Karim, Kak Kiah, Farikica's, Naramas Aman, Sekadar Coretan Perjalanan dan Hang Dhamin. Selamat mengembara. Takbir.
LAVENDER WORLD : IDAMAN KALBU