Jom join ramai-ramai dan link adalah seperti berikut :
Friday, 27 February 2015
Thursday, 26 February 2015
With love from Taiping : Changkat Jering
Cuti-Cuti Malaysia Sempena Tahun Baru Cina 2015
Trip kali ini adalah sempena Tahun Baru Cina. Juga kerana anak sulong kami, Pegawai Farmasi yang tidak banyak dapat bercuti maklum baru sahaja bekerja . Kami juga ingin berkumpul sekali anak beranak menghabiskan cuti bersama sementara anak-anak masih bujang belaka. Destinasi yang kami pilih adalah ke Taiping dan Kuala Sepetang (Port Weld). Percutian adalah dari 19 Feb 2015 hingga 21 Feb 2015.
Hari Pertama (19 Feb 2015)
Kami bergerak dari rumah jam 2.00 petang. Masa itu memang jam di jalan raya. Saya ikut jalan persekutuan lama untuk sampai ke Ipoh selatan sebelum sampai ke Kamunting melalui Changkat Jering. Sebelum itu, saya telah guna lebuhraya bermula dari Ipoh Selatan menghala ke Menora Tunnel dan exist di Persimpangan Changkat Jering. Penginapan kami adalah di Intan Homestay Kamunting. Alamat : Akalily Homestay 66, Lorong Jana Setia 1, Taman Jana Setia 3460 Kamunting. Homestay teres 1 tingkat. 3 bilik dengan 2 bilik air. Satu ruang tamu dan ada dapur. Dapur ada tempat memasak, peti sejuk serta peralatan dapur. Kami memilih untuk tinggal di rumah teres pasal kami ada 6 orang dan ingin memasak. Harga satu malam RM170 dan dua malam RM340. Sebenarnya boleh sumbat lebih daripada itu. Pasal bilik utama dan ruang tamu ada air-con. No tel : 013-2088119 atau 0195901086.
Sebelum sampai ke homestay kami telah jalan-jalan di Pasar Minggu Changkat Jering. Pasar Minggu Changkat Jering meriah pada hari sabtu. Hari lain, pasar ini mati. Di sini , saya suka minum kopi cecah dengan lempeng inti kelapa. Pecal Perak pun sedap di sini. Apa sekali pun, saya telah menjadi orang Perak walaupun asal dari Negeri Sembilan. Kami tak masak malam tu kerana masing-masing kepenatan. Kami makan di Saiful Seafood, sebelah Pasar Minggu Changkat Jering. Sedap juga masakan Thailand di sini. Rata-rata tempat sekarang disajikan dengan masakan Siam. Nak makan makanan Perak, kena le bini kome masak.
Hari Kedua (20 Feb 2015)
1. Jogging di Taman Tasik Taiping
2. Muzium Taiping
3. Muzium Matang Kota Ngah Ibrahim
4. Hutan Eko Pendidikan Paya Laut Matang
5. Stesen Keretapi Kuala Sepetang (Port Weld)
6. Jambatan Kuala Sepetang untuk menikmati suasana matahari terbenam di Perkampungan nelayan
7. Makan mee udang Kuala Sepetang
8. Kelip-kelip di Kampung Dew
Hari Ketiga (21 Feb 2015)
1. Kaki Bukit Larut dan kolam renang Kemahkotaan
2. Kilang Kopi Antong
3. Kilang Arang Kg Dew
4. Zoo Taiping
Kesimpulannya, percutian dalam negeri yang menarik untuk bersama-sama orang-orang tersayang. Kita boleh mendapat 5 dalam 1 iaitu Pendidikan (Education Tour), Rasa (taste), Ilmu (Knowledge), Sejarah (Heritage) dan Pendedahan (Experience).
.
Pasar Minggu Changkat Jering
Pasar yang menjual makanan tradisional Perak
Monday, 23 February 2015
Wednesday, 18 February 2015
Tasik Bera Pahang
Bera Lake 28050 Jerantut, Pahang
Tasik Bera adalah tasik air tawar semula jadi yang terletak di barat daya Pahang. Tasik ini mempunyai takungan air tawar yang terbesar di Malaysia. Justeru itu , telah berjaya mengekalkan ciri-ciri hutan belantara tanah lembap yang unik dan jauh dari pencemaran. Maka,tapak ini adalah rantau tanah lembap pertama di Malaysia sejak tahun 1994 dan mengalir ke Sungai Pahang melalui Sungai Bera. Kebanyakan kawasan ini dihuni oleh orang asli Semalai.
Bersama Cinta dan Naim
Bersama ayah (79 tahun), Cinta, Naim dan Nasree
Pokok-pokok kayu yang tinggi-tinggi belaka
Jeti untuk menaiki bot
Laluan Jeti
Pulau-pulau hutan paya gambut
Saujana mata memandang
Izuan, Hanif, Pipah dan Qayum
Bersama Cinta
The Pandanus (Screw pines) Swamp
Kelisa di darat
Bersama ahli-ahli keluarga di sebelah saya
Sunday, 15 February 2015
Kenangan indah di zaman kanak-kanak
Port Dickson, Negeri Sembilan
Sebahagian zaman kanak-kanak saya dihabiskan di Port Dickson. Port Dickson sekarang tidaklah seperti sekarang. Sekarang telah kehilangan segala nostaglia yang saya dirindui.
Kenangan yang indah adalah mandi sungai bersama-sama kawan-kawan tidak mengira waktu. Entah ke mana hilangnya. Berjalan merata kampung. Mandi di sungai atau di parit bersama-sama kawan-kawan. Tidak ada siapa yang larang. Berjalan merayau dari hujung kampung ke satu hujung yang lain. Hati sungguh meloncat riang pada waktu itu.
Sungguh riang gembira bersama-sama kawan-kawan
Terasa bebas bagai burung berterbangan di angkasa raya
Ingin menjadi seperti kanak-kanak zaman dahulu. Mak ayah pun tidak kisah ke mana hilang anaknya.
Aiskrim Pop kegemaran selepas mandi sungai
Ais krim pop dibelah dua untuk dikongsi bersama-sama kawan.
Gambar adalah dari Timeline photos
Friday, 13 February 2015
Monday, 9 February 2015
Konichiwa 18 : Mencari Gion
Hari ini, baru sempat nak update blog. Sibuk bertingkat-tingkat. Malas pun bertingkat-tingkat. Mood hilang ke laut. Entri kali ini adalah tentang mencari Gion. Kalau tak jumpa ,saya akan terus mencari Gion. Mencari Gion adalah salah satu aktiviti yang pasti anda jalankan sekiranya melawat Jepun.
Apa sekali pun dengan mengembara, pengalaman mengembara itu yang mematang dan mendewasakan kita.
Seperti kata Fatt(Backpacker Busuk) :
Sup Ayam Untuk Hati Yang Patah (chicken soup for broken soul) -
Satu pelajaran berguna yang aku dapat dari travel ialah memberi, menerima, melepaskan dan move on. Be in relationship, friendship and ownership. Tiada apa yang kekal. Macam mana kau maintain perasaan untuk tak merasa kecewa, sedih dan terguris adalah satu fasa yg sulit. Tapi bila kau berjaya move on bermakna kau seorang yg kebal.
Insya Allah apa saja yg mendatang selepas itu kau dah tak rasa apa. Sebab hati kau dah jadi batu.
Jadi kawan, apa pun dugaan yg datang, chin up. This too shall pass!
Lorong demi lorong
Mencari Gion
Jalan dan terus jalan mencari Gion
Gion ?
Cari punya cari sampai ke pintu Gerbang
Terjumpa payung dan maple
Jenguk-jenguk ke dalam
Idea Cinta : Cinta seorang yang kreatif
Bersama Cinta
Geishaku Sayang
Wednesday, 4 February 2015
Santai : Grand Lexis Port Dickson
Port Dickson, Negeri Sembilan.
Sewa hotel 2 bilik dengan satu swimming pool RM1,000 malam. Wow mahal tapi best. Tak terkata. Senyum je. Ini yang dicadangkan oleh Meng. Supermeng Malaya. Blogger travel tersohor dan otai.
Sewa hotel 2 bilik dengan satu swimming pool RM1,000 malam. Wow mahal tapi best. Tak terkata. Senyum je. Ini yang dicadangkan oleh Meng. Supermeng Malaya. Blogger travel tersohor dan otai.
Kemudahan TV
Kolam renang yang disediakan dalam apartment 2 bilik
Bilik mandi
Kamar Tidor
Dapor
Bilik kamar bertentangan dengan swimming pool
Meja Marble
Cermin Solek
Apartment di atas air
Begitu indahnya chalet di atas air
Monday, 2 February 2015
Koniciwa 17 : Kiyomizu-dera 2
KIYOMIZU-DERA (Buddhist Temple)
Keterangan tentang kiyomizu-dera
Laluan keluar dari Buddhist Temple
Pandangan Tepi Kiyomizu-dera
Bandar Kiyomizumichi
Pandangan hadapan kiyomizu-dera
Tiang-tiang kayu
Aku dan Kiyomizu-dera
Aku dan Maple
Cinta dan Maple
Air Suci
Tiang-tiang kayu
Tasik Kecil (Pond)
Buddhist Monk
Menara Jam
Tiket masuk ke Kiyomizu-dera