Tinggal Kenangan Stesen keretapi pertama Tanah Melayu laluan antara Taiping dan Port Weld
Selepas melawat Hutan Paya Laut Matang, Kami terus berjalan di Port Weld/Kuala Sepetang untuk mencari jejak landasan keretapi Tanah Melayu yang pertama dengan laluan di antara Taiping dan Port Weld. Stesyen Taiping adalah stesyen keretapi pertama di Tanah Melayu. Landasan ini telah dibina oleh Residen British di Perak, Sir Hugh Low pada 1 Jun 1885. Landasan sepanjang 8 batu (12 kilometer) menghubungkan Taiping dengan Port Weld (Kini Kuala Sepetang). Pembinaan Landasan ini bermula pada tahun 1852 dengan melibatkan kos kira-kira RM37,000 (7,000 pound Sterling).
Tujuan utama laluan keretapi ini dibina ialah untuk menghubungkan kawasan perlombongan timah di daerah Larut dengan pelabuhan terdekatnya, Port Weld. Landasan keretapi itu telah memudahkan perjalanan keluar masuk buruh ke kawasan lombong bijih timah.
Pandu arahnya senang sahaja. Anda kena rajin bertanya. Kami sekadar ingin mencari papan tanda KTM Port Weld. Taukeh-taukeh kedai di sini boleh menunjukkkan di mana letaknya sekiranya anda rajin bertanya atau tunjukkan gambar KTM Port Weld. Landasan ini ditutup pada tahun 1943 ketika tentera Jepun menewaskan British pada Perang Dunia Kedua.
Landasan keretapi yang asal sekarang telah dihuni oleh deretan kedai dan rumah-rumah yang didiami oleh kaum nelayan. Setiap landasan milik KTM berhad mesti mempunyai tanah rizab seluas 20 kaki (6.6 meter) di kedua-dua belah rel. Ini bermakna semua bangunan dan deretan rumah serta kedai di situ dibina di atas tanah milik KTM Berhad. Sekarang yang tinggal hanya papan tanda yang telah dibaik pulih dan dibina semula. Kami telah meronda-ronda dan bersiar-siar di pekan koboi Kuala Sepetang.
Pencarian kami bermula dengan S.R.J.K.(C) Poay Eng
Pencarian yang senang adalah menghala ke kuala Sungai dan berhampiran dengan Jambatan baru Kuala Sepetang
Banyak juga kereta di sini kerana hari ini adalah tahun baru Cina. Anak-anak pulang dari perantauan
Panda tanda Port Weld atau sekarang dikenali sebagai Kuala Sepetang
Kami bergambar di Landasan keretapi yang pertama di Tanah Melayu
Menyusuri Pelabuhan Port Weld sempena nama Gabenor Sir Frederick Weld
Ini sahaja yang tinggal sebagai kenangan sebagai stesen laluan keretapi yang pertama di antara Taiping dan Port Weld. Stesyen Taiping adalah sebagai stesyen keretapi pertama Tanah Melayu
Hari ini, ini sahaja yang tinggal untuk diwarisi oleh anak cucu.