Friday, 18 September 2015

Hard Rock Cafe


Himpunan baju-baju HRC

Salam sejahtera. Saje je menghimpunkan baju-baju HRC. Masih lagi busy untuk menerbitkan tempat-tempat lawatan saya yang lepas. Macam-macam kerja. Masa tidak mencukupi buat saya. Apa sekali pun selamat berblogging. Saya pasti melawat blog anda bila ada masa kelak.




Monday, 14 September 2015

Doa senjata kekuatan Umat Islam

Let Pray for Malaysia


Berdoalah untuk Malaysia
Dengan ringgit jatuh merundum
Kos hidup meningkat
Jerebu yang melanda

Kesibukan tugas seharian
Masa mencemburui teman
Mencari sebuah syurga 

Terima kasih Sahabat blogger
Terima kasih atas kujungan anda
Ada masa pasti saya balas kelak

Friday, 4 September 2015

Pulau Anso Duo, Padang

Pantai Angso Duo Pariaman

Bagi anda yang berkesempatan ke Padang, sila lawat Pulau Anso Duo. Pulau Anso Duo terletak di Kota Pariaman yang kira-kira 56 km dari Kota Padang atau 25 km dari Bandara Internasional Minangkabau memiliki pantai yang indah  dan menawan. Untuk ke sini, anda boleh ke Pulau ini melalui Pantai Gandoriah.

Untuk mendapat pemandangan yang indah seperti menikmati keindahan bukit bukau, sungai dan sawah padi anda boleh cuba menaiki keretapi untuk menuju ke Pantai Gandoriah. Tiket Keretapi adalah berharga  Rp 3.000 dari Stasiun Simpang Haru atau Stasiun Tabing, Kota Padang ke Stasiun Kereta Pariaman. Dari Stasiun kereta Pariaman, anda berjalan kaki seminit dua, anda akan sampai ke Pantai Gandoriah. Untuk ke Pulau Angso Duo dari Pantai Gandoriah, anda perlu menggunakan perahu motor selama 10 -15 minit dengan biaya Rp 35,000 pergi balik sahaja. Perahu Motor terakhir menuju ke sana adalah pukul 15.00 dan untuk pulangnya adalah pukul 18.00



 No perhubungan ke sana tertera di dalam banner

 Naimah dengan kaca-kaca botol yang kreatif

 Pulau Angso Dua yang begitu cantik menawan

 Riang gembira bersama sahabat handai

 Suasana aman damai menghibur hati jauh di perantauan

 Di pantai nan indah

 Di Surau katik Sangko

 Wajah buah kelapa yang kreatif

 Bot untuk ke Pulau Anso Duo dari Jeti di Pantai Gandoriah

Best juga ke Pulau Anso Duo

Wednesday, 2 September 2015

UPSI dari Udara

Tanjung Malim, Perak.

Dari udara, jelas kelihatan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terletak di Tg Malim, Perak., Bersempadan dengan Ulu Bernam, Selangor. UPSI adalah tempat melahirkan graduan pendidikan untuk ditempatkan di sekolah-sekolah menengah di seluruh negara sebagai Pendidik atau Guru. 

Anda boleh membawa lawatan ke UPSI terutama sekali melawat satu-satunya Muzium Pendidikan di negara kita. Muzium Pendidikan Nasional di bumi Mua'alim yang terletak di kampus utama, di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah. 

Kelihatan di belakang adalah Banjaran Titiwangsa. Bangunan di depan sekali adalah Muzium Pendidikan Nasional. Di belakang Muzium Pendidikan Nasional yang berlambangkan singkatan UPSI lambang buku adalah Fakulti Seni,Komputeran dan Industri Kreatif.  

Kelihatan adalah Padang UPSI. Sebelah  di sebelah kiri adalah Dewan SITC. Pada suatu masa dahulu adalah Dewan Konvensyen Para Graduan UPSI. Kini dengan terbinanya Dewan Besar di kampus Sultan Azlan Shah, dewan itu disewakan kepada orang ramai untuk kegiataan umum. Contohnya, kampung pengantin, majlis-majlis keraian, dan pameran.        

Kelihatan di udara adalah padang UPSI di kampus Sultan Abdul Jalil, kampus utama dengan persekitarannya. 


Kelihatan bangunan seperti kelopak bunga yang sedang berkembang, empat buah bangunan saling melengkapi antara satu sama lain adalah dewan-dewan kuliah UPSI.

Foto Kredit Sulaiman Sarkawi.