Kaki travel : Backpack ke Eropah dan Ireland.
Kami akan berada di benua Eropah selama 18 hari. (23hb Mei, 2017 sehingga 8hb Jun, 2017). Kadar pertukaran untuk Euro adalah 4.777. Kadar pertukaran untuk pound adalah 5.645.
Berikut adalah Itinenary kami ke Eropah dan Ireland :
23hb Mei : Berlepas dari Kuala Lumpur International Airport jam 8.50 malam
24hb Mei : Sampai ke Paris 7.15 am
25hb Mei : Jalan-Jalan di Paris (France)
Eiffel Tower : Planetware
26hb Mei : Heidelberg (Jerman)
Heidelberg Castle : Wikipedia
27hb Mei : Frankfurt (Jerman)
How to Germany : Frankfurt skyline at night
28hb & 29hb Mei : Amsterdam
Huffington Post
30hb Mei : Brussels, Belgium
Easy Jet
31hb Mei : Bruges, Belgium
Pixabay
1hb & 2hb Jun : London
Pixaby : London Tower Bridge
3hb - 7hb Jun : Dublin & menghadiri Konvo Dr Nasree di RCSI
Ireland : Dublin City
8hb Jun : Dublin -Paris 650-940 am. Paris- Kuala Lumpur : 3.15 pm
Perjalanan kami adalah dari Paris, Jerman, Amsterdam, Belgium,London, Dublin dan terbang semula ke Kuala Lumpur. Doakan kami selamat dalam perjalanan pergi balik.
Allah SWT telah menggalakkan umatnya supaya berjalan atau mengembara untuk melihat keindahan alam ciptaanNYA, melihat kesan-kesan kaum yang terdahulu, dan berkenalan dengan pelbagai bangsa. Pengembaran ini bertujuan agar kita dapat beribadah Kepada Allah SWT. Kita dapat meningkatkan pengetahuan dan pengalaman tentang kehidupan alam semesta dan Allah SWT.
Terdapat 9 ayat-ayat ALQuran yang menggalakkan umat manusia untuk mengembara dan berkelana ke seluruh dunia.
1. Surah Muhammad Ayat 10
2. Surah Luqman Ayat 31
3. Surah Yusuf Ayat 109
4. Surah Ar-Rum Ayat 42
5. Surah Ali'Imran Ayat 137
6. Surah Ar-Rum Ayat 9
7. Surah An-Naml Ayat 69
8. Surah Al-An'aam Ayat 11
9. Surah Al-Mulk Ayat 15
Harus diingat bahawa doa orang yang mengembara adalah mustajab sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Tiga doa yang mustajab, tanpa syak padanya; doa ibu bapa untuk anak, doa orang bermusafir, dan doa orang kena zalim” (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi ).