Friday, 15 December 2017

Itinenary Ke Hanoi, Vietnam

Kembara backpacker ke Hanoi.

Hanoi adalah negara 4 musim. Sekarang tengah waktu winter. Kadar pertukaran : USD RM 4.08 Vietnam Dong (VND) : RM0.00018


Vietnam negara yang memanjang dari utara ke selatan. Ibu kota utara Vietnam ini mempunyai 4 iklim, tak seperti ibu kota selatan iaitu Ho Chi Minh yang beriklim tropika. Teman pun tak pernah sedar yang negara Asia Tenggara pun ada beriklim 4 musim.


15hb Dis 2017 (Jumaat) Siang 18 darjah Malam 15 darjah


Hari Pertama.Berlepas dari KLIA dengan Malindo Air. Berlepas jam 11.50 pagi. Dijangka tiba jam 2.00 petang.

Berlegar di sekitar Masjid Al-Noor dan Zaynab Restaurant selepas check in di Hanoi Loctus Hotel.
Juga akan mengunjungi night market di sekitar bandar Hanoi. Pasar malam hanya beroperasi pada hari Jummat, Sabtu dan Ahad. Buka jam 8.00 malam. Depan Bangunan Dong Xuan Marktet, beratus meter panjangnya. Dekat dengan Hoan Kiem Lake juga. Barang Jualan adalah  lebih murah di pasar malam berbanding dengan tempat lain mengikut bacaan saya di blog. 


16hb Dis 2017 (Sabtu) Siang 17 darjah Malam 12 darjah

Hari Kedua. Berjalan-jalan di sekitar bandar Hanoi.

i. Hoon Kiem Lake
ii. National Library of Vietnam
iii. Hoa Lo Prison
iv. Hanoi Tower
v. Intimex Supermarket
vi. Dong Xuan Market




Ha Long Bay Day trip and Excursions
Vietnam Travel Guide


17hb Dis 2017 (Ahad) Siang 18 darjah Malam 9 darjah

Hari Ketiga. Ambil tour.

i. Halong Bay

18hb Dis 2017 (Isnin) Siang 19 darjah Malam 9 darjah


Aroka Travel

Hari keempat. Ambil tour.

i. Hao Lu & Tam Coc

19hb Dis 2017 (Selasa) Siang 20 darjah Malam 9 darjah

Hari Kelima.. Berjalan-jalan di sekitar bandar Hanoi

i. Ho Tay Lake (West Lake)
ii.Tran Quoc Pagoda
iii. Ho Chi Minh Mouseloum
iv. One Pillar Pagoda
v.  Temple of Literature
vi. Flag Tower Hanoi

20hb Dis 2017 (Rabu) Siang 20 darjah Malam 9 darjah

Hari Keenam.  Shopping di sekitar bandar Hanoi.

Berlepas dari Hanoi jam 2.45 petang dan  sampai ke KLIA jam 4.45 petang.

Wednesday, 13 December 2017

Betong, Thailand : Betong Street Art

Teman masih belum habis menulis entri tentang Betong yang terletak di Thailand. Bagi teman, tempat yang harus anda kunjungi. Tempatnya berdekatan dengan Malaysia, sempadan Malaysia dan Thailand.

Terletak berdekatan dengan Pengkalan Hulu. Lagi pun, di sini adalah tempat syurga makanan bagi mereka yang gemar makanan Thai. Buah-buahan pun segar, dan juga bagi mereka yang gemar  membeli barangan buatan siam. Entri kali ini membawa anda untuk menjejaki Betong Street Art. Betong Street Art terletak dalam pekan Betong, tidak jauh dari Betong World's largest Mail Box. Pekan Betong adalah kecil sahaja.  Kita punya Art Street  lagi gah. Street Art Betong adalah berasaskan  ayam jantan dan kucing. Di mana-mana tempat di Betong, anda akan menjumpai lambang ayam, telor dan mail box. Itu adalah lambang Betong.   

 Cinta dan Ayam Jantan

 Kaki Travel Khairuddin dan Kucing


 Chinta, dan Ibu yang sangat sayang akan kucing

 Kucing Meow Meow

Lokasi  berdekatan dengan Betong World's largest Mail Box

Tuesday, 28 November 2017

Jungle trekking di Sungai Jurong, Slim River

Jungle trekking di Sungai Jurong,, Perak.

Lokasi : kampung Sungai Jurong, Slim River, 35800 Perak.

Sungai Jurong adalah salah satu batang sungai yang mengalir di Slim Village. Saya telah menjelajah sungai yang terletak di Kampung Sungai Jurong. Slim adalah sebuah mukim di daerah Muallim, Perak, Malaysia. Nama-nama lain adalah seperti Selim, Slim Village, Kampong Slim dan Slin. Papan tanda ke arah tempat ini adalah Ulu Slim.

Kami ingin merasai suasana kehidupan kampung. Kami dapat berbicara dengan alam semulajadi. Sungguh cantik suasana di persekitarannya seperti Behrang,Ulu Slim dan Tanjong Malim. Jagalah alam sekitar dengan baik. Alam sekitar adalah anugerah Allah SWT yang sangat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan. Allah telah mencipta alam ini seimbang untuk kemakmuran manusia. Suasana persekitaran di Sungai Jurong dijaga dengan begitu baik sehingga memberi kita suasana yang selesa dan menyamankan.



Kebun yang begitu indah.

 Bersama Para Pelajar Kejuruteraan komputer (IT) Semester 1.

 Tempat letak kereta sebelum ke Sungai Jurong.

 Mandi manda sambil bersuka ria. 

 Menebas agar mudah diredah.

 Rumpun buluh yang menghalang perjalanan di tepi sungai.

Kawasan ini bagus untuk aktiviti merendam atau sesuai untuk anak kecil.

Para Pelajar Kursus Human Resource Management (HRM), Semester 1.

Riang Ria. 

 Sambil berkhidmat kepada alam sambil sihat tubuh badan.

Friday, 24 November 2017

'SPM Fever Giveaway'.


Assalamualaikum kepada semua rakan blogger. Bersempena dengan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula pada hari ini, 6 Nov 2017, Abam Kie dan penaja2 yang baik hati dengan secara rasminya melancarkan SPM Fever Giveaway. Jom sertai GA yang hebat ini kerana kami sudah menyediakan pelbagai hadiah menarik dan barangan eksklusif untuk dimenangi. Kalau tak join memang rugilah. Berikut ialah hadiah-hadiah yang ditawarkan:

Hadiah Pertama: Full Edit Blog X 1 pemenang
Hadiah Kedua: RM30 X 1 pemenang
Hadiah Ketiga: Instant Shawl X 2 pemenang
Hadiah Keempat: Preloved Novel X 3 pemenang
Hadiah Kelima: Buku Agama X 1 pemenang
Hadiah Keenam: Buku Cerita dan Year Planner X 1 pemenang
Hadiah Ketujuh: RM20 X 3 pemenang
Hadiah Kelapan: RM10 X 5 pemenang
Hadiah Kesembilan: Topup RM10 X 8 pemenang

Kesemuanya 25 orang pemenang bakal kami cari!

Syarat-syarat penyertaan:

1. Follow blog penganjur dan penaja-penaja berikut:

* Abam Kie * Henrietta Jose * Aira * Najah Mustapa * Mamapipie * JMBelog * Shalimar Yusof * Lea Azleeya * Sheila Adziz * Shikin Razali * Kak Yong * Pokucu * Nona Sani *

2. Follow instagram berikut: (Bagi peserta yang ada akaun IG sahaja)

* Hernee Nazir * Najah Mustapa * JMBelog * Shalimar Yusof * Lea Azleeya * Sheila Adziz * Kak Yong * Pokucu * Nona Sani *

3. Like Facebook berikut:

* Abam Kie * Hernee Nazir * Aira * JMBelog * Shalimar Yusof * Shikin Razali * Kak Yong * Pokucu *

4. Follow Google Plus berikut:

* Abam Kie * Hernee Nazir * Aira * Sheila Adziz * Shikin Razali *

5. Letakkan URL Blog Mamapipie di dalam blog list anda.

6. Buat entri bertajuk 'SPM Fever Giveaway'.

7. Salin dan tampal kod HTML di bawah:

8. Dengan tidak melebihi 100 patah perkataan, tuliskan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan semasa menduduki SPM dahulu. Contohnya, terlewat bangun, terlupa membawa MyKad, terpaksa ambik periksa di dalam wad, terkantoi dengan pengawas SPM dan sebagainya. Perenggan ini hendaklah ditaip di dalam entri anda dengan menggunakan huruf italic. Pemenang-pemenang akan dipilih berdasarkan coretan pengalaman yang paling menarik dan asli (authentic).

9. Terbitkan

10. Tinggalkan pautan entri giveaway anda di ruangan komen entri di SINI sahaja.

11. Siap!

Pastikan anda mematuhi segala syarat yang dinyatakan. Boleh follow blog2 di atas tu sikit2. Lama2 habis la. Honesty is the best policy. Kerjasama rakan2 blogger amat diperlukan dan Abam Kie akhiri dengan ucapan jutaan terima kasih kerana sudi menyertai GA ini.

Jom klik di SINI jika nak join SPM Fever Giveaway.
Peraduan berlangsung sehingga 11.59 malam, 30 November 2017.

SEKIAN. TERIMA KASIH.

Pengalaman semasa mengambil exam SPM 

Tahun belum saya tidak ingat. Pasal saya pun semakin merangkak ke usia senja. Yang saya ingat ibu sedang tenat di hospital. Pagi-pagi sebelum pergi exam atau buat apa sekali pun pasti utamakan ibu. Ibu adalah segalanya dalam hidup saya. Saya masih ingat lagi. Hari itu petang exam. Paper perakaunan, Kertas kegemaran saya. Cikgu yang mengajar pun kelakar dan penyampaiannya sangat menarik.

Saya janji dengan ibu. Ibu masak untuk saya setiap hari sampai saya besar. Ibu adalah guru saya dalam bidang masakan. Hari itu saya kelam kabut. Pasal exam, maklumlah kertas kegemaran  saya dan guru kesayangan saya. Hati resah gelisah. Tak tentu arah. Bagaikan orang jatuh cinta. Masak punya masak tak sedar badan berbau tempoyak ikan patin. Itu antara lauk kegemaran ibu. Terkejar-kejar. Masak sampai tak sedar waktu dah masuk solat zohor. Keadaan begitu kelam kabut, waktu di dinding menunjukkan hampir pukul 2.00 petang. Mana tidaknya lari lintang pukang, dengan tidak mandinya dan  salin pakaian terus ke sekolah.

Setibanya ke tempat duduk,cikgu pengawas bertanya kenapa badan  berbau ikan sungai. Ya Allah, kawan-kawan di sebelah saya semuanya merungut-rungut dan mereka merasa loya. Bau ikan sungai. Saya terus tak kisah pasal peperiksaan sedang berjalan.Dewan pun sunyi sepi dan saya terasa persekitaran saya berbau ikan sungai  Sekali-sekala, bila teringatkan  tempoyak ikan patin pasti terkenang arwah ibu. Pasti saya sedekahkan doa buat ibu yang jauh di sana tapi dekat di hati. Ibu yang kekal abadi di sanubari anakmu buat selamanya. 

Monday, 20 November 2017

Betong, Thailand

Wilayah Yala


Betong, sebuah pekan yang selatan di Thailand. Betong terletak di wilayah Yala. Kedudukannya bersempadan dengan Gerik, kira-kira 7 km dari pintu sempadan Pengkalan Hulu. Pekan ini diselaputi oleh kabus, maka digelar 'The City in the Fog'. Kita berasa sejuk, dan nyaman terutama di waktu pagi kerana dikelilingi oleh bukit bukau. 

Kami bertolak dari Tg Malim, Perak. Perjalanan ke Pengkalan Hulu Malaysia-Thai Border mengambil masa kira-kira 3 jam 45 min (296 km). 

Berikut adalah itinenary kami pada hari pertama :


18 Oktober, 2017 (Rabu)

1. Perjalanan dari Tanjong Malim ke Pengkalan Hulu dan Betong
2. Gerai Buah-buahan,Makanan dan baju , di Pengkalan Hulu Malaysia - Thai Border.
3. Check in Hotel Butterfly, Betong

Sebelum sampai ke sempadan Malaysia-Thai, kami isi minyak penuh tangki di Petronas Pengkalan Hulu. Harga minyak lebih mahal di Thailand berbanding Malaysia. Petronas Pengkalan Hulu terletak berdekatan dengan Masjid Pengkalan Hulu yang tersergam indah.

Selepas menempuh Imigresen Malaysia, kami singgah di gerai buah-buahan, gerai makanan dan baju yang terletak di sebelah kanan sebelum memasuki satu lagi tahanan, iaitu pasukan polis Malaysia. Anda boleh shopping di sini. Di sini saya suka membeli buah-buahan seperti buah bidara, mangga, anggur dan epal nano. Saya teringin pulut ayam. Malangnya dah habis, saya beli pula pulut mangga.

Selepas membeli buah-buahan, sekali lagi kami menempuh polis Malaysia. Kena tunjuk geran kereta, sebelum berlepas ke sempadan Thailand. Di imigresen kami mengisi borang masuk berwarna putih. Dua kad, masuk dan keluar. Kami di minta membayar RM2 seorang di kaunter imigresen. Depa minta baru, kami bagi. Selepas itu, baru kami pergi mendaftar kebenaran membawa masuk kenderaan di Betong Immigration Check Point. Di sini, kami bayar RM4 untuk kebenaran membawa masuk kereta. Kena tunjuk geran kereta. 

Perjalanan dari Betong Immigration Check Point adalah kira-kira 4 km sahaja. Dekat sangat dengan sempadan Malaysia. Jadi tidak perlu mengambil insurans. Sekiranya anda ingin masuk jauh ke dalam Thailand seperti Yala atau Pattani, anda perlu mengambil insurans. Orang Thailand sangat mementingkan keselamatan jalan raya. Mereka memandu dengan penuh berhemah dan sangat perlahan. Orang kita yang lebih ganas dan kurang ajar di jalan raya.

Hari kami diakhiri dengan daftar masuk ke Butterfly Princess Hotel di Betong, Address188 Prachathipat Road, Betong, Betong District, Yala 95110, Thailand
Tiga hari kami di caj Rm 318.48. Sehari RM106.16. Saya suka hotel ini. Bersih, tenang dan tempat letak kereta yang luas di belakang hotel. 

Bilik hotel kami, Princess Butterfly Hotel
Eris Goes To


 Betong Immigration Check Point

Kingdom of Thailand

Batu  Sempadan Malaysia Thailand

Tuesday, 14 November 2017

Aku Rindu Melbourne

Melbourne, kota yang selalu di hatiku. Sesungguhnya, Bumi Aussie sangat cantik di mata hatiku. Nassier / panggilan manja Bang Ngah. Abang Ngah kini bekerja sebagai doktor di Bendigo, kira-kira 2 jam perjalanan dari Melbourne. Nassier telah bergraduat dari Monash University pada bulan Dis 2015. Nassier kemudian menghabiskan housemanship pada bulan Mei, 2016. Selepas itu, Nassier telah bekerja sebagai doktor bertauliah di Hospital Bedingo, wilayah Victoria. Bulan lepas,Oktober, 2017 Nassier telah memperolehi PR (Permanent Resident) Aussie. Cuma saya menasihatkan nassier agar tidak melepaskan kerakyatan Malaysia. Ini kerana  sejauh anda terbang, akhirnya anda akan menjadi seperti bangau. Bangau akan hinggap di belakang kerbau. Malaysia adalah darah tanah tumpah kita. Nenek moyang terutamanya mak ayah dan adik beradik berada di sini. Kerinduan terhadap tanah air akan menjadi ketara terutama di usia senja.

Australia adalah sebuah tempat bekerja yang jauh menarik berbanding dengan Malaysia. Setahun dapat 2 bulan cuti, awal dan akhir tahun. Gaji tinggi, kurang stress, jarang on call, sabtu dan ahad cuti. Bekerja dari jam 8 pagi sehingga 4 petang. Kebajikan Doktor lebih terjaga di sini berbanding dengan Malaysia. 

Berikut adalah gambar kenangan, Disember 2015 sewaktu menghadiri Konvo Nassier. Anak papa telah besar. Semoga berjaya dunia akhirat. 

 Nassier, Chinta dan Kaki Travel di Padang Ragut.

Nadiah (Kakak Nassier), Nassier, Kaki Travel Khairuddin dan Chinta di hari Konvo Nassier


Semasa di sana saya telah melawat Sightseeing Melbourne City, Great Ocean Road dan Phillip Island. Itu adalah pakej wajib. Sama seperti kata kawan face book saya, Zul Kefli, seorang pengembara dan ahli photografi. Banyak lagi tempat yang menarik di Aussie yang boleh anda kunjungi.  


Berikut adalah tempat-tempat yang boleh dikunjungi di Australia :

1. Lokasi di Bandaraya Melbourne (Sightseeing Melbourne City)

Naik Tram keliling bandaraya
Mengunjungi segala taman yang ada di sepanjang laluan tram (Queen Victoria Garden, Fitzroy Garden, Flagstaff Garden dan banyak lagi)
Brighton beach (Rumah berwarna-warni )
Melbourne Zoo
Victoria Market
Mount Buller (Salji waktu winter)
Melbourne Cruise Yarra River
Healesville Sanctuary
Flinder St.
Docklands
Southbank
State Library Victoria
Shrine of Remembrance
Federation Square
DFO
Webb Bridge
Ballarat Souvereign Hill

Hampir kesemua tempat telah saya kunjungi di Bandaraya Melbourne.

Lokasi di Great Ocean Road. (GOR)

Torquay
Cape Otway
Gibson Steps
Twelve Apostles
Loch Ard Gorge
Thunder Cave
The Razorback
Island Arch
Muttonbird Island
The Blowhole
The Bakers Oven
Sparkes Gully
Port Campbell
The Arch
London Bridge
The Grotto
Shipwreck
Bay of Martyrs
Bay of Island
Warrnarmbool
Thunder Point
Walaupun hampir kesemua tempat telah saya kunjungi. saya ingin kembali melawat tempat GOR. Tempat yang indah dan sedap mata memandang.

Lokasi di Phillip Island 

Penguin Parade
Maru Koala and Animal Park
The Nobbies

Pulau yang kecil. Lengkap sudah kembara saya ke sini.

Lokasi lain yang menarik dan jarang dikunjungi

Bacchus Marsh (Avenue of Honour)
Steam Train Puffing Billy
The Otway National Park
Tesselaar Tulip Festival (Spring)
Beech Forest
The Grampians National Park
Daylesford
Yarra Ranges
Mornington Peninsula
Sorrento
Portarlington
Queenscliff
Geelong
Aireys Inlet
Red Rocks
Wilsons Promontory
Lakes Entrance
Bright
Ararat
Halls Gap
Mount Hotham
Mount Baw Baw
Mount Macedon

Tempat-tempat yang  telah saya lawati di sini adalah The Grampians National Park,Geelong,Wilsons Promontory dan Halls Gap

Terima kawan maya, Zul Kefli tidak lokek berkongsi idea, bercerita tentang tempat-tempat yang menarik dan jarang dikunjungi kita. Semoga kita dapat ke tempat-tempat yang dihajati. Rezeki semua kerja Allah SWT. 

Anda boleh pm zulkefli.com sekiranya berminat. 

Wednesday, 8 November 2017

Panduan Memandu ke Thailand : Betong,Yala

Dari Meja  Kaki Travel Khairuddin  : Lambang Betong adalah Ayam, Telor dan Peti Pos.



Saya telah memandu dari Tanjong Malim Ke Pengkalan Hulu, Sempadan Grik  sebelum masuk ke Betong, Thailand. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam dari Tanjung Malim, Perak.


Gambaran saya Betong adalah sebuah tempat yang indah, sunyi dan selamat. Orang di sana memakai dengan begitu berhemah dan sopan. Panduan yang boleh  saya berikan adalah seperti berikut :

i) Bawa geran asal pemilik kenderaan. Sekiranya hendak membawa geran salinan, kerana yang asal dipegang oleh Bank. Pasti salinan geran itu dicop oleh bank atau oleh pihak polis. Fee pengistiharan Kenderaan dikenakan sebanyak RM4.00. 

ii) Betong adalah kira-kira 4 km dari sempadan Gerik-Thailand maka saya tidak membeli insurans. Sekiranya anda hendak memasuki jauh ke dalam Thailand seperti daerah Narathiwat, Yala atau Patani, anda perlu membeli Insurans.

iii) Passport dan Visa. Pastikan tempoh laku passport anda adalah 6 bulan. Anda tidak perlukan  visa. 

iv)  Anda perlu mengisi Arrival and Departure Card. Dapat dan isi di tempat imigresen Thailand. Bersiap sedia apabila ditanya pihak imigresen. Tuan imigresen tanya kenapa saya hendak ke Betong? Saya mengatakan bahawa makanan di sana sedap terutama Tom Yam. Kadang-kadang banyak pulak soalan yang ditanya.   

v) Bawa makanan bekalan secukupnya. Kawalan membawa bekalan makanan tidaklah ketat dan tidak seperti Australia.

vi) Boleh tukar duit RM ke Thai Baht. Wang Malaysia diterima dengan mudah di Betong, Thailand.

vii) Penuhkan tangki sebelum melintasi sempadan Thailand. Minyak lebih mahal di Thailand berbanding dengan Malaysia. Anda boleh memenuhi tangki minyak anda di Petronas Pengkalan Hulu, Perak.

viii) Beli Sim Kad dan tutup data roaming. Sim Kad hanya terdapat di pekan Betong. Beli top up untuk whatsapp dan Goggle maps. Untuk mencari maklumat yang lain, anda boleh guna wifi hotel atau tempat penginapan anda. Jimat data penggunaan internet anda. Sim Kad dan top up adalah kira-kira 15 bath. Data roaming adalah sangat mahal sekiranya anda terlupa tutup. Data roaming di luar negara sangat mahal dan boleh mencecah puluhan ribuan ringgit.


Nasihat saya jadilah pemandu yang berhemah di rantau orang. Jangan bawa sikap buruk dan jangan lupa baca doa. Apa yang dibaca dengan coretan saya adalah cuma cebisan. Kadang-kadang apa yang anda lihat dengan mata hati sudah semestinya berubah sama ada bertambah baik atau sebaliknya.


 Ayam Jantan & Ayam Betina

 Kaki Travel Khairuddin dipatuh oleh Ayam Betina.

Cinta di Winter Flower Garden


Berikut adalah koordinate apabila memandu ke tempat-tempat yang menarik di Betong, Yala. Saya suka menggunakan goggle maps. Tetapi tanpa koordinate, anda begitu sukar untuk ke tempat yang dihajati.  


8 Oktober, 2017 (Rabu)

1. Perjalanan dari Tanjong Malim ke Pengkalan Hulu dan Betong. Singgah di Petronas    Pengkalan Hulu, untuk mengisi tangki minyak sepenuhnya.(N5 42.186E100 59.993)
2. Gerai Buah-buahan,Makanan dan baju , di Pengkalan Hulu Malaysia - Thai Border.
3. Check in Hotel Butterfly Princess, Betong (5 46'36'N101 3'46"E)

19 Oktober,2017 (Khamis)

1.  Jalan-jalan di sekitar Pekan Betong
2.  Clock Tower (N5 46.302 E 101 59.993) dan Peti Pos lama ( N5 46.299 E 101 04.281)
3.  Betong Mongkollit Tunnel (N5 46.211 E 101 04.286)
4.  Large Chicken Statue
5.  Betong Hotspring (N5 50.980 E101 04.306)
6.  RS Boutique & Cafe Collection, Route 410 (bersebelahan dengan Hotel Butterfly Princess, Betong)
7.  Makan Tom Yam & Nasi Paprik 


20 Oktober,2017 (Jummat)

1.  Dewan Persidangan Betong dan Peti Pos Simulasi  (N5 46.636 E 101 04.384)
2.  Piyamit Tunnel &  Thousand Tree( N5 53.392 E 101 02.790)


21 Oktober, 2017 (Sabtu)

1. Winter Flower Garden ( N5 53.135 E 101 01.361)
2. Betong Centre Mosque ( 46.327 E 101 04.093)
3. Pasar Besar Betong 
4. Membeli belah di sekitar Pekan Betong
5. Perjalanan pulang ke Malaysia

Friday, 3 November 2017

Kos Kerugian Ke Betong,Yala


Itinenary Betong, Yala

Anda boleh banding beza dengan itinenary perancangan sebelum ini. Ini adalah itinenary yang telah dijalankan. Perjalanan ke Betong berjalan lancar dan adalah kembara yang cool dan santai. Tempat ini adalah selamat. Penduduk mesra dan memandu di sini pun best. 

18 Oktober, 2017 (Rabu)

1. Perjalanan dari Tanjong Malim ke Pengkalan Hulu dan Betong
2. Gerai Buah-buahan,Makanan dan baju , di Pengkalan Hulu Malaysia - Thai Border.
3. Check in Hotel Butterfly, Betong

19 Oktober,2017 (Khamis)

1.  Jalan-jalan di sekitar Pekan Betong
2.  Clock Tower dan Peti Pos Besar,Jalan Sukkayang 
3.  Betong Mongkollit Tunnel
4.  Large Chicken Statue
5.  Betong Hotspring
6.  RS Boutique & Cafe Collection, Route 410
7.  Makan Tom Yam & Nasi Paprik 


20 Oktober,2017 (Jummat)

1.  Dewan Persidangan Betong dan Peti Pos Simulasi  
2.  Piyamit Tunnel &  Thousand Tree


21 Oktober, 2017 (Sabtu)

1. Winter Flower Garden
2. Betong Centre Mosque
3. Pasar Besar Betong 
4. Membeli belah di sekitar Pekan Betong
5. Perjalanan pulang ke Malaysia

 Piyamit Tunnel 

 Winter flower Garden

 RS Boutique & Cafe Collection

Lily Flower


Piyamit Tunnel &  Thousand Tree



Kos Kerugian Betong, Yala

1. Tol Kuala Kangsar- Tanjong Malim. (Pergi Balik)              RM  34.00
2. Kos minyak                                                                        RM170.00
3. Sim Kad                                                                             RM  20.00
4. Hotel Princess Butterfly, Betong                                        RM318.48
5. Bayaran Masuk Ke Piyamit Tunnel (3 orang)                    RM  21.00
6. Bayaran masuk ke Winter Flower Garden (3 orang)         RM  12.00

                                                                      Jumlah besar   RM575.48

Jumlah perbelanjaan seorang adalah RM191.82 sahaja. Ini tidak termasuk shopping dan makan minum.  

Tuesday, 31 October 2017

Santuari Ikan Sungai Chiling

Kuala Kubu Bharu

Oleh Noor Hidayah Hanafi


Dah setahun lebih kami tak ke Santuari Ikan Sungai Chiling..dah lama ia ditutup untuk pemuliharaan semula hutan dan sungai kat sini.
Tarikan utama kat sini dah tentulah ikan kelah yang hidup liar di dalam sungai..kejernihan air sungainya membolehkan kita tengok dengan jelas ikan-ikan kelah tu berenang di celah-celah kaki.
Sesaja nak eksesais kunun kami pun datang ke sini, sambil hiking, sambil berendam, sambil main ikan..di sini terdapat air terjun utama di samping beberapa batang sungai..
Untuk ke air terjun masa yang diperlukan adalah dalam 45 minit hingga 60 minit berjalan kaki+mendaki..kita perlu melintas sebanyak 6 lintasan iaitu 6 sungai..pada kami lintasan ketiga adalah lintasan yang paling mencabar kerana banyak batu-batu yang berlumut dalam sungai..silap gaya terpijak batu yang berlumut boleh tergelincir dan hanyut. Petua kami adalah cuba cari kawasan berpasir apabila melintasi sungai tersebut. Cuba elak dari berpijak pada batu terutama batu yang berlumat. Batu yang berlumat itu licin. Seboleh-bolehnyanya pijak pada tempat yang berpasir atau sekurang-kurangnya batu yang putih atau cerah.  
Sepanjang perjalanan ke air terjun, banyak ikan-ikan kelah di dalam sungai..tapi ikan kelah di air terjun lebih besar dan banyak jumlahnya..kami beli makanan ikan kat kedai haiwan sebelah chung sin, Tanjung Malim..tapi jangan bimbang kalau terlupa beli sebab dekat sana pun ada orang jual palet ikan..Harga palet ikan di sini RM2.00
Sesambil melintas+berendam dalam air, sambil tabur makanan ikan, berkerumun ikan kelah kat kaki dan badan kita..kalau budak-budak kecik memang suka sangat sebab kami yang tak berapa kecik pun suka hehehe..
Santuari ikan ni dibuka hanya pada hari jumaat, sabtu dan ahad bermula jam 8 pagi..waktu akhir untuk mendaki ke air terjun ialah pada jam 2.30 petang (bergantung pada cuaca..kalau cuaca nampak nak hujan waktu akhir mendaki akan diawalkan lagi..ini untuk mengelakkan bahaya fenomena kepala air)..waktu akhir turun dari air terjun adalah pada jam 4.30 petang..santuari ikan ni akan ditutup pada jam 6.00 petang
Terdapat kemudahan surau dan tandas di sini..ada juga peniaga yang menjual makanan..
Bagi sahabat yang ada masa terluang sila-sila kan datang ke sini..kalau bawa anak kecil dan tak nak mendaki pun tak pe, terdapat sungai yang juga ada banyak ikan kelah di pintu masuk santuari..boleh mandi-mandi kat situ sambil bagi ikan makan. Bayaran masuk adalah RM1
Sebelum sampai ke Santuari Ikan Sungai Chiling, anda boleh menghubungi  En. Shukri (0133089463) untuk kepastian sama ada tutup atau buka. Kadang kala, Santuari Ikan Chiling  tutup sama ada untuk pemuliharaan semula hutan dan sungai kat sini atau pun keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Takut berlakunya kepala air sekiranya hujan lebat. Sia-sia sahaja datang dari jauh, itba-tiba tutup. Saya selalu menelefon sebelum bercadang melepaskan rindu kat ikan-ikan kelah dan air terjunnya.

 Saya di sini

 Cinta di sana

Ikan-ikan yang jinak-jinak merpati