Wednesday, 28 March 2018

Cherry Blossom di Gardens by the Bay

Singapura

Cherry blossom. Flower, you must see before you die. Bagi yang tidak berpeluang ke Jepun untuk tengok bunga sakura. Anda boleh ke Singapura. Terletak di Gardens by the Bay flower Dom. Ini dilaporkan oleh Christine khoo dalam Road to Japan. Anda boleh naik pengangkutan awam ke sana. Pengangkutan awam di Singapura sangat efisyen dan baik.

Anda boleh pergi ke Woodlands Station naik MRT terus ke Marina Bay terlebih dahulu. Kemudian tukar train ke Bayfront station. Yang penting kena turun kat Bayfront station untuk ke Gardens by the Bay. Tiket boleh beli di Woodlands Stations untuk naik MRT. Christine kata pesta bunga sakura masih berlangsung sehingga 8 April, 2018. Artikel ini ditulis ketika bertarikh 28 March, 2018.

Sakura lima kelopok
FB Christine Khoo 

Sama seperti yang ada di Jepun
FB Christine Khoo 

Sakura antara bunga yang cantik di dunia.
FB Christine Khoo 

Thursday, 15 March 2018

Itinenary Sakura 2018 : Tokyo, Japan

Memburu mimpi indah,Sakuraku sayang

(16hb Mac- 25 Mac, 2018)

Itinenary yang simpel. Tak sempat nak prepare sangat. Sibuk dengan tugasan harian. Main redah je kali ini. Ini adalah kali ketiga ke Jepun. Sangat suka Jepun. Dah sebati dengan jiwa.

Hari Pertama  : KLIA (Filipina Airlines)

                          Tokyo

Tokyo
Hogan Lovells

Ingin memburu Fujisan dan menikmati fuji san dengan berhanami di bawah pohon sakura. 

Hari Kedua  :   Kawazu


 Digjapan
The Early blooming sakura of kawazu


Hari Ketiga  :   Gala Yuzawa & Karuizawa


Gala Yuzawa Snow Resort
gala.co.jp

Hari keempat : Ibaraki, Hitachi Sea Side Park


 Hitachi City Sakura Matsui
Japan travel

Hari kelima  :  Nikko


Go travelaz
Nikko

Hari Keenam  :   Fuji


Mount Fuji
Gojipedia

Hari Ketujuh :  Yokohama



Zanta Covention Zanta International
Landnark Tower with Cherry blossoms

Hari kelapan  :  Tokyo
                             KLIA

Coretan ini ringkas. Kerana memburu masa. Masa sangat mencemburui teman.

Saturday, 10 March 2018

"Wonderful March Giveaway by Raydah Alhabsyi


Moh join mengikut link di bawah :



To join my giveaway, simply follow all these rules
1. Do follow my accounts here (I've attached the links here)



2. Create an entry with this title "Wonderful March Giveaway by Raydah Alhabsyi"
3. Copy and paste the banner above. Don't forget to backlink your entry.
4. Leave your URL in the comment section below.


Friday, 9 March 2018

Cash Giveaway by FarhanaJafri'

Assalamualaikum semua rakan blogger! 

Sempena pagi jumaat yang barokah,moh kita join satu segmen dari blogger farhanajafri. sis FJ . Moh sama-sama kita meriahkan blog sis FJ.

Link Farhanajafri adalah seperti di bawah ini :


Syaratnya? senang sahaja

1. Follow blog FJ
2.Tinggalkan komen.


Selamat berjaya kawan-kawan blogger.

Monday, 5 March 2018

Nikko, Japan : Senjogahara

Sambil hiking sambil menikmati pemandangan yang indah.

Nikko adalah sebuah kota sejarah bagi Jepun. Nikko terletak di Prefektur Tochigi, utara daerah Kanto. Ia adalah pusat bagi agama Shinto, agama orang Jepun. Shinto bermakna "jalan/jalur dewa." Di sini, terdapat Nikko National Park yang sangat indah pemandangannya.


Keindahannya telah digambarkan oleh The Harvard Crimson sebagaimana katanya :


 "Never say 'kekkou' until you've seen Nikkō (日光)"

"Jangan pernah mengatakan sangat bagus / mengagumkan, sebelum melihat Nikkō"


Anda pasti terpegun dengan pergunungannya, danau, monyet-monyet liar dan air terjun. Salah satu tempat tempat yang harus dikunjungi adalah onsen ( tempat mandi air panas) dan tempat pendakian. Nikko dan OkuNikko terkenal dengan warna musim gugur yang sangat menakjubkan terutama awal bulan November setiap tahun. 

Di sini, teman ingin memperkenalkan satu tempat yang menarik untuk hiking. Senjogahara. Senjogahara bermakna "field of battle".  Pemandangan alam yang indah. Terletak di ketinggian 1400 meter di atas permukaan laut. Dataran tinggi Senjogahara meliputi dataran tinggi antara Danau Chuzenji dan Yumoto Onsen. Pemandangan sangat cantik pada musim gugur. Pepohon mulai berubah warna menjadi kemerahan dengan banjaran-banjaran gunung mengelilinginya. 

Anda boleh hiking bermula dari dataran tinggi Senjogahara mengikuti alur Sungai Yukawa antara Yumoto Onsen dan air terjun Ryuzu dekat Danau Chuzenji. Hiking biasanya memakan masa di sekitar 2.5 jam sehingga 3 jam lamanya. 

Alamat: Chugushi, Nikko-city, Tochigi

Akses: Naik Bus Tobu dari Stesen JR atau Tobu Nikko menuju Yumoto Onsen, lalu turun di perhentian bus “Sanbonmatsu” (sekitar 50 minit). Senjogahara observatory dapat dicapai dengan berjalan kaki kurang lebih satu minit dari tempat perhentian

Senjogahara, Nikko Area Map.
Let's travel around Japan




Senjogahara Marshland Trekking
Tokyo Gaijins