Australia
Sekarang sudah tahun 2019. Kerajaan pun dah bertukar dari Barisan Nasional kepada Pakatan Harapan. Penipuan pakej pelancongan palsu masih berleluasa. Penipuan itu mencecah ribuan ringgit.
Apa yang perlu anda buat sebelum membeli ?
1) Semak nama agensi pelancongan sama ada berdaftar atau tidak.
2) Semak dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.
3) Laman sesawang adalah www.motac.gov.my
4) Sekiranya didapati menjalankan perniagaan pelancongan tanpa lesen yang sah, mereka telah melanggar peruntukan Akta Industri Pelancongan 1992.
Diharap kita akan buat semakan. Kalau dengar yang murah, jangan terus sambar. Nanti terkandas di KLIA baru padan muka. Itu sebagai contohnya. Kita mesti pandai congak. katakan pergi 3 buah negara di Eropah, ditawarkan RM5K. Memang tak masuk akal. Tambang dah berapa. Cuba kira.
Mengikut Cikgu Loh (face book), seorang bekas guru yang telah menceburi industri pelancongan sepenuh masa.
Modus operandi agensi pelancongan ini adalah mudah seperti berikut :
1. Mereka berdaftar dengan MOTAC tetapi atas nama syarikat lain.
2. Buat syarikat lain yang tidak berdaftar, lalu promosi harga pakej gila murah.
3. Trip permulaan membina kepercayaan dahulu, pastikan setiap pakej deliver. Pelanggan akan mudah percaya sebab trip-trip lain berjaya.
4. Akhir-akhirnya, mereka mula mengaut keuntungan melalui penipuan terancang.
5. Peserta yang teraniaya akan confirm gagal mendapat duit balik walaupun laporan polis atas T & C dan faktor lain
Jangan terkejar harga pakej yang murah sangat. Anda sendiri boleh membuat pengiraan. Di sini anda hendak travel sendiri atau pun dengan agen terpulang pada diri masing-masing. Anda punya style. Ada yang backpackers pun tidak fully backpackers sebab ada yang mengambil local agent di negara mereka melancong. Travel atas keselesaan sendiri. Teman menghormati cara anda melancong melihat keindahan dan kebesaran Allah. SWT.