Wednesday, 24 April 2019

Keindahan Kotor, Montenegro dari puncak St.John Fortress

Kotor, Montenegro.

Perjalanan hari ini merentasi dua buah negara, iaitu Croatia dan Montenegro. Kami telah menaiki bas ke Montenegro pada awal pagi dari Croatia. Perjalanan kami  adalah di sepanjang tebing pantai yang sememangnya menakjubkan saujana mata memandang. Kawasannya terletak di sepanjang tebing pantai. Suasana begitu indah di mana kapal-kapal putih berlabuh menandakan kawasan ini sememangnya didiami oleh penduduk yang berpendapatan tinggi dan mewah.

Perjalanan kami adalah dari Dubrovnik, Croatia ke kotor, Montenegro. Masa adalah 2 jam lebih perjalanan. Setiba ke kotor, kami terus menapak ke Old Town Kotor. Memang kami terpegun dengan seni bina kota Kotor. Memang sebiji seperti dalam cerita-cerita purba di Televisyen. Keadaannya bersih dan teratur walaupun nama tempat ini adalah kotor. Bandar yang bersih walaupun kotor namanya. 

Kota lama ini sebenarnya terletak  berhadapan dengan Bay of Kotor (pelabuhan kotor). Dahulu kala adalah merupakan pusat pemerintahan yang begitu strategik kerana kedudukannya yang terletak  di laluan laut untuk masuk ke wilayah Montenegro. Di belakang kota lama kotor adalah sebuah lereng bukit yang begitu tinggi. Pada suatu masa dahulu adalah merupakan sistem pertahahanan yang kukuh. Kami telah memanjat lereng bukit itu, St. John Fortress di awal pagi dan turun lebih kurang dalam masa tengah hari. Mentari memacak tegak di kepala.

Kami juga sempat bergambar di sekitar celah-celah bangunan kota lama dan juga pelabuhan kotor. Banyak boat mewah berlabuh di pelabuhan kotor. Di pelabuhan ini, setiap pagi diadakan pasar tani untuk penduduk tempatan. Ada jualan seperti sayur-sayuran , buah-buahan, daging, makanan laut, dan juga rempah ratus pada harga yang berpatutan. Pasar taninya telah menjual pelbagai bahan mentah pada harga yang  murah dan segar. Anda boleh beli bahan mentah dan masak di apartmen. 

  
Cinta dan pemandangan bandar Kotor dari St.John Fortress. 


Kalau tengok namanya macam tempat ni tak sesuai untuk dilawati. Sekali dah sampai nahhhhh 360 darjah tersasar namanya dengan apa yang kita lihat di mata kepala sendiri. Tak tau nak cakap macam mana cantiknya bandar Kotor di Montenegro ni, kena tengok sendiri baru tau.Pemandangan macam ni kita boleh lihat dari St John Fortress,Kotor,Montenegro.

Ps: kena mendaki dalam masa 45 minit (anggaran 1300 anak tangga) untuk sampai ke sini. Cinta begitu gagah perkasa mendaki 1300 anak tangga. Tahniah dan syabas Cinta. I lap you kerana turut serta dalam mendaki anak tangga.  

Monday, 22 April 2019

Pigeon Tower, Doha.

Pigeon Tower,Doha terletak di negara Qatar.

Kami melawat sini dalam perjalanan ke negara Turki dan Balkan. Qatar adalah sebuah negara minyak yang sangat kaya. Negaranya bersih,cantik dan membangun dengan pesat.  Kami transit di Hamad International Airport- HIA sebelum meneruskan perjalanan ke Turki dari KLIA International airport. Kami mendapat pakej tour melawat sekitar Doha di airport sebelum meneruskan perjalanan ke Turki. Destinasi sebenar kami adalah melawat negara-negara Balkan. Penerbangan keTurki itu mengambil masa selama satu jam sahaja. Bagi Teman, HIA sangat luas dan hub unutk penerbangan Qatar airways. Keluasan dan kemudahan bertaraf antarabangsa. (World class).

Mengikut Tripadvisor, tempat yang menarik untuk dilawati di Doha Qatar adalah seperti berikut :

1. Museum of Islamic Art
2. Souq Waqif (Pasar tradisional)
3. The Corniche
4. Aspire Park
5. Katara Cultural Village
6. State Grand Mosque
7. Sheikh Faisal bin Qassim Al Thani Museum
8. The Pearl-Qatar
9. City Centre Mall
10.MIA Park. 

Di luar Doha, sangat panas, mentari menegak di kepala mencecah 35 darjah clecius.  
Binaan bangunan unik yang ditunjukkan di bawah adalah  terletak di Katara Cultural Village, Qatar. Mula-mula teman tengok binaan ni teman tertanya-tanya apa benda la ni..google punya gugel oo baru tau binaan ni sarang/rumah untuk burung merpati. Ia boleh memuatkan beribu-ribu burung merpati dalam satu masa. Dalam gambar macam ada dua tower je kan, sebenarnya ada 3 tower..tinggi melangit sarang merpati ni.


 Cinta hati




Begitu tersergam indah sangkar sang merpati

Wednesday, 17 April 2019

Rezeki dengan bersedekah

Oleh Noor Hidayah Hanapi

Rezeki kita di dunia fana

Artikel ini ditulis oleh Isteri teman. Saja publish di sini sebagai kenangan dan menghargai coretan isteri. Sekali sekala kita mesti menghargai isteri dalam apa juga bentuk sekali pun. Sedikit pun jadi le. Atau teman kehabisan modal untuk menulis di blog. Dua-dua pun ya. Yang penting isteri tercinta dapat pahala bila orang mendapat manfaat daripadanya.
    
Post ni bukan untuk riak..awasssss siapa kata gua riak..cuma nak cerita tentang sedekah bukan makin mengurangkan harta sebaliknya allah ganti dengan nikmat yang lain
Malam tadi makan dengan lao kong, datang sorang makcik berbaju kurung berumur lingkungan 60an bawak plastik kerepek yg berat di kedua2 belah tangan
Makcik datang dari satu meja ke satu meja jual kerepek, ada yang beli dan ada yang sekadar menggeleng..ye la kita paham orang masing-masing ada kekangan
Tiba kat meja kami asalnya nak geleng jugak sebab gua pun tokey kerepek buat apa beli..tapi bila tengok muka makcik yang suci bersih tu tetiba rasa sedih sangat..tetiba terus teringat pada mak kat kampung
Ya allah dalam usia macam tu, kalau tak kerana beliau bukan perlukan duit tak kan sanggup beliau bawak plastik yang berat2 tu berjual dari satu meja ke satu meja
Persetankan dengan kata2 “buat apa beli depa tu ada org atas yg taja..orang atas yang untung”
“Hello, kalau tak nak beli diam2 je..jangan sampai gua bahasakan dengan kata2 berbisa”
Gua pun beli la sikit..dah lama2 tu rasa menyesal pulak tak hulur lebih, tak pe la inshaallah lain kali
Balik je rumah tengah rehat2, masuk order kawan-kawan nak 4 helai tudung bokitta, 4 pasang telekung tpo classic untuk waqaf
Masa tu terfikir besarnya rahmat Allah, gua sedekah sikit je tapi Allah balas dgn rezeki yang berganda
Subhanallah❗️Alhamdulillah❗️Allahuakbar❗️

Monday, 15 April 2019

Abam Kie's Birthday Giveaway




Jom Join Abam Kie's Birthday Giveaway di link seperti berikut :

http://www.zukidin.com/2019/04/abam-kies-birthday-giveaway.html

Teman berdoa agar Abam Kie terus berjaya dunia dan akhirat. Moga semua dalam keadaan baik dan bahagia, berkat  umur, murah rezeki dan dilindungi Allah SWT selalu. 

Pantun dari teman untuk abam Kie.


Cantik Sungguh Sikucing belang, 
Pinang Muda Sedang dicacak,
Selamat Hari Jadi Abang,
Yang budiman lagi Kacak.