Tuesday, 12 January 2021

Bukit Intan, Trolak Timur, Perak

Bukit Intan, Trolak Timur.
Mendaki : 45 minit.
Kesusahan pendakian : Easy hiking.
Trek : Bersimpang siur tetapi telah ditanda dengan jelas oleh tali berwarna merah. Ikut sahaja pandu arah yang disediakan.

Bukit Intan terletak di Felda Trolak Timur. Impian adalah mengejar awan karpet selepas solat subuh. Impian hancur musnah lebur. Tak ada pun awan karpet, pasal hari sebelumnya tidak hujan. Tapi dapat le view cantik dan bahagia sangat terutama lamanya berehat di musim pkpb. Terima kasih sangat kepada sahabat, Roura dan suami kerana sudi menjemput kami hiking ke tempat baru. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian. Moga dirahmati dan diberkati selalu.

Bukit Intan dikelilingi oleh ladang kelapa Sawit. Google je Bukit Intan, Trolak Timur. Terus dapat directions. Bukit Intan merupakan sebuah perkampungan Felda. Perasaan saya sangat bahagia apabila dikelilingi oleh awan yang membiru, tumbuhan kelapa sawit yang menghijau serta hamparan bukit bukau. Jalannya tidak berturap dan jalannya walaupun bertanah merah tetapi luas terbentang untuk kita berjalan kaki sampai ke puncak Bukit Intan. Basikal atau motorsikal pun boleh sampai ke atas. Jarak dari kaki bukit sampai ke puncak bukit adalah kira-kira 250 meter sahaja. Di atas puncak bukit, pun ada orang berniaga. Hari itu, saya sempat membeli makanan dan minuman. Sekadar untuk membantu peniaga tempatan serta merancakkan ekonomi penduduk Felda Trolak Timur.


Bukit Intan dari kejauhan

Sahabat-sahabat hiking teman


Pemandangan sekelilingi Bukit Intan


Teman yang semakin dimamah usia


Gaya bersantai


Di awan biru


Cinta hatiku