Friday, 9 May 2014

Summary trip to Hadyai, Krabi and Ao Nang, Thailand.

Siam, The Kingdom of Thailand

Berikut adalah tempoh masa kami berada di Thailand.

Hari Pertama (Rabu pagi) : Bertolak ke Hadyai dari Kuala Lumpur dan bermalam di Hadyai 
Hari Kedua   (Khamis)     : Bertolak dari Hadyai ke Krabi dan bermalam di Krabi
Hari Ketiga    (Jumaat)     : Berada di Krabi dan bertolak ke Ao Nang di sebelah malam.
Hari keempat (Sabtu)      :  Berada di Ao Nang dan sebelah tengah hari bertolak ke Krabi dan sampai ke Hadyai pada sebelah malam.
Hari kelima  (Ahad)         :  Bertolak dari Hadyai lebih kurang 12.00 tengah hari dan sampai ke Kuala Lumpur pada sebelah malam.

Catatan kembara saya adalah kira-kira 21 Siri. Coretan  ini adalah coretan terakhir. Kesemuanya adalah kira-kira 22 siri.

Konsortium Bus Express

Konsortium Bus Express : anda boleh beli bus tiket ke Kuala Lumpur dan ke tempat-tempat lain di Thailand. Begitu juga hotel penginapan dan pertukaran wang asing di sini. Depa banyak membantu kami semasa di sini. Malah depa menyuruh saya simpan tiket lama, iaitu tiket balik ke Kuala Lumpur yang kami beli kat depa. Kata depa boleh diberi diskaun sekiranya kami beli tiket balik sekali lagi. 

Berikut adalah harga yang diberikan oleh Konsortium Bas Express ke pantai-pantai peranginan kepada kami sekiranya bertolak dari Hadyai.

1) Koh Samui ( 7 jam perjalanan )      550 bath
2) Koh Phangan ( 9 jam perjalanan)   650 bath
3) Phuket  ( 7 jam perjalanan)             400 bath
4) Koh Lip (2 jam perjalanan)              600 bath
5) Krabi  (4 jam perjalanan)                 260 bath
6) Ao Nang (4 1/2 jam perjalanan)      320 bath
7) Surat Thani (5 jam perjalanan)        260 bath

Harga di atas adalah benar pada bulan March 2014 dan harga adalah berubah tertakluk kepada pindaan. 

Berikut adalah budget kami ke Hadyai, Krabi dan Ao Nang.

1) Bus dari Tg Malim ke Kuala Lumpur   : RM7.70
2) Bus dari Kuala Lumpur ke Hadyai       : RM55
3) Indra Hotel (Hari Pertama)                    : RM50 ( Penginapan untuk 2 orang)
4) Mini Van ke Krabi                                  : RM26
5) Island Hoping ke Hong Islands             : RM70
6) Bas ke Ao Nang beach (dua Hala)      : RM12
7) Penginapan di Krabi                              : RM40
8) Penginapan di Ao Nang beach             :RM90 (Penginapan untuk 2 orang
9) Bus dari Krabi ke Hadyai                       ;RM23
10)Indra Hotel (Malam terakhir)                  :RM50
11)Bus dari Hadyai ke Kuala Lumpur       : RM45

Jumlah perbelanjaan untuk seorang adalah kira-kira RM468.70 tidak termasuk makan, minum dan shopping barang-barang.

Andaikata, bilik itu dibahagi dengan 2 orang, maka jumlah perbelanjaan akan menjadi lebih murah iaitu kira-kira RM378.70 sahaja

Berikut adalah rakaman gambar dalam perjalanan dari Hadyai ke Kuala Lumpur. Hari terakhir kami adalah pada hari Ahad. Kami bertolak sejak jam 12 tengah hari dan sampai lebih kurang 8 malam. Perjalanan adalah kira-kira 8 jam. Gambar-gambar di bawah dirakam semasa kami di Kawasan Tol Sungai Dua, Pulau Pinang. 




53 comments:

  1. menarik jugak travel dengan bas ni...tapi saya berdua perempuan agak tak yakin pulak dari segi keselamatan. nak kena cari geng lebih ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naik bas ke thailand selamat... Cari geng lebih pun idea yg baik. Lagi ramai lagi power..,,

      Delete
  2. Eh... Tak mahal mana la kan... Kira percutian budjet gak.ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak mahal..memang nak budget banyak lagi tempat lain nak pergi.... Kan kaki jalan... Hihihi

      Delete
  3. 22 siri bg tempoh 4 hari? hebatlah abe mkl ni. Budget x sampai rm500 for person murah tu pandai budget

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu 4 hari dah 24 siri. Kalau abe MKL pi 10 hari bertabah JM baca beratus-ratus siri karang.hahaha.}

      Delete
  4. Menarik sahabat.. t kasih atas perkongsian bajet tu. Sgt2 bermanfaat.. menarik.. nice sharing.. :)

    ReplyDelete
  5. Banyak kita boleh save ya...thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  6. naik bas lagi jimat belanja..5 hari..RM300++..cover 3 tempat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naik bas banyak jimat berbanding teksi. Tapi kalau dapat tiket AA murah ke Krabi lagi berbaloi jimat masa . Masa kami pergi tiket AA mahal. Itu yg naik bas. Pasal nak decide pi sana last minute.}

      Delete
  7. Memang boleh jimat dan tak perlu tunggu ada offer...boleh terjah je...bolek kematu tongkeng dibuatnya... hehe

    Wah menyambung trip lagi ye en Din... ke negara F ke....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru2 ini ke negara I dan entri tak sempat tulis lagi. Hari ini berada di negara F.. Doa semoga kami selamat...

      Delete
  8. Ida teruja nak travel ke thailand dengan bas ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best travel ke siam dgn bas... Lebih-lebih lagi ke krabi & Aonang.

      Delete
  9. kathy datang nak tag :
    http://resipidarihati.blogspot.com/2014/05/liebster-award-by-khir-khalid.html

    ReplyDelete
  10. Assalammualaikum...khai,

    Percutian yang sangat2 menarik dan sangat berbaloi2.. harga pun murah.. percutian menarik .

    mselim3

    pls: En.Khairuddin.. senang tak nak cari makanan halal di thailand nie..

    ReplyDelete
  11. As salam, biar pun Kelate ni dkt Thailand, cuma sekali je sy sempat ke sana..

    P.S. Harap maaf. Abg Din telah ditag untuk segmen The Liebster Award. Sila baca entri terbaharu blog Abe Kie untuk keterangan lanjut. Terima kasih diatas kerjasama abg din, ye?

    ReplyDelete
  12. Wah. best nye :)

    awksweetgitu.blogspot.com =)

    ReplyDelete
  13. Replies
    1. Ada geng backpacker boleh share idea, kos dan keselamatan.

      Delete
  14. Interesting, harga pon reasonable...

    ReplyDelete
  15. kawan2 banyak dah sampai ke krabi.
    xde peluang lagi nak pegi.
    simpan duit nak kahwin..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah ...dah nak kahwin...tahniah....jangan lupa jemput saya nanti.

      Delete
  16. seronoknya dapat mengembara banyak tempat.... dan negara, jauh perjalanan luas pemandangan banyak pengalaman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur alhamdulillah kepada Allah SWT. Seronok sangat...best.

      Delete
  17. Tuan Khairuddin memang terbaik la.. nanti nak ke sana boleh refer sini selalu :D

    ReplyDelete
  18. Ada lagi cikgu-cikgu di sekolah saya nak pergi dalam masa terdekat ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diharap anda pun boleh join depa...memang tak rugi punya. best.

      Delete
  19. Eh murah la abg khai... byk tempat dpt pergi. =D

    ReplyDelete
  20. kos dia murah juga ye
    tapi tak berani ke sana...heh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sana selamat..masyarakatnya penyayang. Ajal maut di tangan Allah SWT.

      Delete
  21. Thanks abg din for the entry...murah jugak rupanya perbelanjaan kalau nak buat trip ke Hadyai nie...nanti mohon share link kat kat FB saya yer..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  22. Details nya. Siap bagi bajet lagi tu.. good sharing..

    ReplyDelete
  23. entry ni paling terbaik..
    tercari juga summary utk bajet trip ni..
    kalau saya pergi at lease tahu berapa bjet yg bleh dperuntutkan..
    !! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks..semoga anda ke sana nanti suatu masa nanti. Insyallah.

      Delete
  24. ok la perbelanjaan tak banyak mana pun, 5 hari tu korang pergi kan... tiket bas ke hatyai murah betul la.. tapi kitorang cam tak berani pulak nak amik risiko travel ngn anak2 kecik dgn bas, takut dorang meragam jer, nnt merana penumpang lain... huhhuhuhhu

    ReplyDelete
  25. Oh yes.....naik flight pun ok je...sana hotel murah dan tempat masuk ke tempat rekreasi depa pun murah juga.

    ReplyDelete
  26. Salam. saya nak tanya, yang kes bom tu daerah mana ya? sebab saya dalam planning nak ke hadyai. kalau boleh nak memborong disana. agak agak kawasan hadyai bahaya tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hatyai itu ok je...biasa yang kena bom adalah kawasan Selatan Thai.

      Delete
  27. Bas dari hatyai ke krabi bas ape ye?sbb sy tnya konsortium ekspress xda laluan dr hatyai ke krabi,ada contct no yg sy boleh hubungi pasal laluan ke krabi ni

    ReplyDelete
  28. Tidak ada bas dari hatyai ke krabi. Ada Van dari Hatyai ke krabi. Tiket boleh beli di Konsortium bas ekspress di Hatyai sendiri. Konstortium bas ekpress KL akan berhenti di pejabatanya di Hatyai (dekat dengan Lee Garden). Atau boleh beli di Krabi bus station seperti dalam blog saya. Baca :

    http://kakitravelkhairuddin.blogspot.my/2014/04/trip-kuala-lumpur-ke-krabi-via-hadyai_19.html

    ReplyDelete