Tuesday, 25 August 2015

Manila-Beijing-Xian-Shanghai

Kembara Autumn & Tropika Nov 2015

 Saya harap dapat duduk  di sini buat selamanya menikmati keindahan daun  yang keemasan, merah dan kuning pada waktu musim luruh

Peta Perjalanan Zul Messi

Akibat kejatuhan nilai ringgit yang merundum, USD1 = 4.26 hari ini (25.8.2015), teman ingin tukar destinasi pelancongan daripada Eropah ke China. 

Teman ingin adaptasi kembara Autumn & Tropika 2015 fb Zul Messi yang dipost dalam Backpackers Buddies Malaysia (BBM)

Planning Kembara Autumn & Tropika 2015 ( 9 hari China + 6 hari Philippines)
Kos penerbangan:

1) Kuala Lumpur - Manila - Kuala Lumpur (Air Asia): 
RM221
2) Manila - Beijing & Shanghai - Manila (Cebu Pacific): RM389
Jumlah: RM610.


Macam-macam dalam kepala bila currency jatuh. Macam-macam tempat nak pergi seperti Balkan Country. Namun hasrat ditangguhkan sebab currency Malaysia makin teruk. Sebelum ini dah merancang ke Philippines. Namun, tempoh 2 minggu terlalu lama di sana. Teringin nak pergi negara sejuk seketika. (Inilah kelebihan bergerak solo, boleh suka-suka hati.huhu)

Alhamdulillah, akhirnya, membuat keputusan untuk ke China melalui Lapangan Terbang Ninoy Aquino, Manila. Sebelum membuat keputusan ini, saya ada membuat kajian sedikit berkaitan 4 musim di sana. Niat di hati, nak pergi masa Autumn tengah lebat. Lazimnya, Autumn yang cantik di kebanyakan negara ( Hemisfera Utara) pada bulan Oktober sehingga awal November. Namun, cuti saya bermula pada 21 November ke atas.

Bagi kebanyakan negara 4 musim, Bulan November merupakan bulan yang penuh kesuraman terutamanya di Amerika, Eropah, Korea & China. Bulan ini merupakan peralihan di antara Autumn ke Winter. Cari punya cari, akhirnya menemui musim Autumn tercantik (daun-daun merah, kuning & keemasan) di Central Japan terutamanya Kyoto & Osaka. Namun, niat di hati nak menjejak ke China kerana Jepun telah dijejaki. Lagipun, flight ke Jepun mahal dari Manila.

Bulan November merupakan low season di beberapa bahagian di China terutamanya Beijing & Xian, Harbin, Urumqi bersiap sedia ke musim sejuk. Kumming, Guilin, Guangzhou pula masih melalui Autumn. Namun, pemandangan Autumn yang hebat pada lewat November sehingga Disember boleh dijumpai di Shanghai, Hangzhou, Nanjing & kawasan berdekatan. Hangzhou antara kawasan paling cantik di China!Saya sudah bertanya di website tour-beijing berkenaan ini. Mereka mengatakan waktu terbaik ke sana mulai penghujung November.

Jadi, akhirnya saya membuat keputusan untuk ke sana.Lebih-lebih saya tidak pernah ke China & tidak pernah melawat negara luar pada musimAutumn. Namun ,trip saya turut meletakkan Beijing dan Xian yang kaya dengan budaya serta sejarah. Di tempat berhampiran Beijing juga terdapat pokok-pokok berwarna yang masih cantik pada penghujung November iaitu Mutianyu Great Wall. Beberapa tempat di Philippines juga menjadi taruhan sekitar Luzon Island.

Berikut merupakan sedikit gambaran perjalanan solo saya:
21 Nov: Flight Kuala Lumpur - Manila (Air Asia). tiba di Manila Tengahari. 

Pada sebelah malam flight Manila - Beijing (Cebu Pacific).
22 Nov: Beijing
23 Nov: Beijing
24 Nov: Xian
25 Nov: Xian 
26 Nov: Nanjing - Hangzhou
27 Nov: Hangzhou
28 Nov: Hangzhou - Shanghai
29 Nov: Shanghai
30 Nov: Manila - Taal Volcano
1 Dis : Taal Volcano
2 Dis : Mayon Volcano
3 Dis : Legazpi - Manila
4 Dis : Manila
5 Dis : Manila - Kuala Lumpur

Apa kata kawan-kawan kaki jalan kalian ? Saya tengah hendak mengubahsuai itinerary ini dan merancang ke sana sama ada tahun 2015 atau 2016. Selamat mencuba. 


Friday, 21 August 2015

Rumah Tumpangan di Singapore

Awis Zarip kepada Backpackers Buddies Malaysia (BBM)


Kaki travel Khairuddin telah mohon share dari Awis Zarip yang telah post offernya di BBM pada Ogos, 2015 pada jam 923pm.

Kaki travel ada jemput Awis Zarip singgah ke Tanjung Malim, Perak boleh le bawa bro tu jalan-jalan. Takut pula dikatakan kita mengambil kesempatan. Win-win situation. 

Awis Zarip telah menawarkan ahli-ahli BBM untuk menumpang di bilik single yang kosong kepada anda yang ingin bercuti di Singapura.

Petikan dari FB Awis Zarip adalah seperti berikut :


Disebabkan kejatuhan ringgit berbanding SGD, kawan-kawan yang nak datang jalan ke Singapore leh la menumpang di rumah di sini, ade satu bilik single kosong, sofa di ruang tamu pun boleh di tukar jadi katil, untuk keselesaan, boleh la menampung 2 orang serentak. Kalo lebih kena tidur bawah.


Bagi mengelak fitnah, terbuka untuk guys only, 3 min walking distance dr MRT. Perempuan jika datang mesti dengan mahram boleh dipertimbangkn, seperti abang or adik laki or suami. Maaf no babies, takut mengganggu housemate seorang lagi.



Tuala disediakan, ade wifi dan dapur kalo nak masak. Sile la PM kalo berminat. 
Tiada caj, hanya hendak beri kemudahan untuk backpackers/travellers dari bilik terbiar kosong sahaja.



Begitu indah Apartment Awis Zarip di Singapore

Semoga usaha murni sahabat mendapat ganjaran sewajarnya dari Allah SWT. Amin, Insyallah. 

Tuesday, 18 August 2015

Senarai Nombor Telefon Para Ustaz dan Ilmuan 2015

Berikut adalah senarai Nombor Telefon Para Ustaz dan Ilmuan yang tinggi ilmunya untuk sebarang rujukan jika perlu :
P/A Ustaz Azhar Idrus 019-988 6160
P/A Ustaz Dr.Haji Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim 013-2328084
Ustaz Dr Abd Basit Abd Rahman 0199441881
Ustaz Hanafi Abdul Malik 013668 2940
Ustaz Ghazali Ibrahim 019336 9949
Ustaz Dr Zahazan Mohamed 0193538554
Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman 0192602700
Ustaz Mohamad Abdullah 0193641643
Ustaz Mohd Nidzam Abd Kadir 0192202355
Ustaz DrDanial Zainal 019456 6580
Ustaz Rohidzir Rais 019545 2750
Ustaz Roslan Mohammad 012383 1963
Ustaz Mohd Amri Abdullah 0133735293
Ustaz Abdul Hadi Bakri 0124819378
Ustaz Halim Din 0122701066
Ustaz Fauzi Mustafa 0192661484
Ustaz Dr Zulkifli Al Bakri 0126822797
Ustaz Sabri Omar 0177060489
Ustaz Shukri Ali 0139222670
Ustaz Mohd Nazri Mat Zin 0139207121
Ustaz Mohd Salahuddin Dato Mohamed DBP 0149693959
Ustaz Zaharuddin Abd Rahman 0132570400
Ustaz Zamri Zainuldin 0192707303
Ustaz Dato Zawawi Jusoh 0193292757
Ustaz Zul Ramli 0132260018
Ustaz Syed Abd Kadir 0177770282
Ustaz Syed Nor Hisyam 0193310719
Ustaz Wan Akashah 0193576445
Ustaz Hasnil 0133974600
Ustaz Haslin 0126926446
Ustaz Jazlan 0197007667
Ustaz Adlan Abd Aziz 0197105167
Ustaz Badlishah 0139330660
Ustaz Dr Lokman Ibrahim 0139355277
Ustaz Dusuki Ahmad 013321 3775
Simpan nombor telefon ini untuk rujukan pihak tuan-puan bagi jemputan ceramah/program.
— watching AL-Kulliyyah d TV3.

Dari Face Book Tan Sri AJ

Friday, 14 August 2015

Lawang Park, Bukit Tinggi

Lawang Adventure Park, Sumatera Barat.


Naimah telah mengelilingi Sumatera Barat dari Padang sehingga ke Bukit Tinggi. Di antara tempat menarik yang disinggah adalah Lawang Adventure Park yang terletak di atas bukit di Maninjau. Anda dapat melihat pemandangan Danau Maninjau yang sangat indah. Di sepanjang jalan anda dapat melihat ladang tebu tersergam indah. Lawang Park adalah tempat untuk beriadah. Fee masuk adalah kira-kira 10,000 rupiah satu kepala. Flying Fox dikenakan 25,000 rupiah satu kepala. Itu adalah salah satu permainan kesukaan kaki travel khairuddin. 

Sekiranya anda berada di Padang, sudah tentu anda tidak akan melepaskan peluang berkunjung ke Bukit Tinggi yang hawanya sejuk nyaman. Bukit Tinggi terkenal dengan tenunan sulaman tangan yang asli dan cantik.

 Di sepanjang perjalanan ke Lawang Park

      Kelihatan Kabus tebal, udara yang dingin

Bersama-sama dengan teman-teman sekuliah

 Kami berenam sehati sejoli ingin membawa segulung ijazah perubatan demi membalas jasa ibu ayah yang telah membesarkan kami. Itu adalah hadiah teristimewa untuk seorang yang bernama ayah dan ibu.

 Udara yang nyaman, dingin, dan menyegarkan di Puncak Lawang

Seekor Kumbang di antara  kuntuman mawar berduri.

Tuesday, 11 August 2015

Malin Kundang di Pantai Air Manis

Padang, Indonesia

Mahasiswa-mahasiswi Universiti Andalas telah dibawa melawat cerita legenda Malin Kundang yang sangat terkenal di Pantai Air Manis yang terletak di Padang. Kaki travel Khairuddin telah pun melawat ke tempat ini. Di Malaysia, cerita legenda ini biasa dikenali sebagai Si Tanggang, anak derhaka.

Alkisah. Malin Kundang telah disumpah menjadi batu oleh ibu kandungnya. Malin, anak lupa daratan dan telah menderhaka kepada ibunya. Pengajaran buat kita, jangan kita sekali sekali menderhaka kepada ibu bapa kita. Kita hanya ada satu ibu dan ayah sahaja. Ibu Ayah adalah keberkatan hidup di muka bumi ini. Bertuah hidup pada mereka yang masih ada ibu ayah. Sayangilah mereka selagi mereka masih bernyawa. 

Kaki travel  adalah seorang ayah. Aku selalu mendoakan kesejahteraan dan kejayaan anak-anak di dunia dan akhirat. Aku sentiasa memaafkan kesalahan dan dosa mereka. Itu adalah doa seorang ayah setiap hari. Aku tidak mengharapkan apa-apa balasan dari anak-anak, hanya ingin melihat mereka berjaya di dunia dan akhirat. Akhirnya, semua anak, cucu cicit masuk ke syurga.

 Naimah bersama-sama rakan-rakan sekuliah di Pantai Manis, Padang

 Begitu dahsyatnya derhaka seorang anak sehingga disumpah menjadi batu

Jangan sekali-sekala menderhaka kepada kedua-dua orang tua kita.

 Tali Kapal

 Lokasi Penceritaan Legenda Malin Kundang

Tubuh badan Malin Kundang

 Melompat berganda keriangan

 Melompat berganda keriangan bersatu hati

 Merenung masa depan. Insyallah semua akan kembali ke tanah air membawa kejayaan.

Wajah Naimah bersama-sama sahabat-sahabatnya

Thursday, 6 August 2015

Pantai Gandoriah, Pariaman.

Padang, Sumatera Barat.

Pantai Gandoriah terletak tidak jauh dari Kota Pariaman, Padang di Sumatera Barat. Pantainya landai dan berpasir putih. Ombaknya yang manja membolehkan kita bermain ombak, dan boleh bermandi manda. Banyak pohon cemara tumbuh di sepanjang pantai. Waktu yang paling indah adalah menikmati sunset. Begitu indahnya suasana di kala senja semasa matahari melabuhkan tirainya.

Sekiranya anda ke Padang, jangan lupa singgah di Pantai Gandoriah. Dilampirkan video clip bagi hiburan anda.




Berikut adalah gambar-gambar Naimah di Pantai Gandoriah. 

Bermain-main dengan ombak pantai yang sepoi-sepoi bahasa.

 Bersama-sama dengan teman-teman sekuliah di Pantai nan Indah

Ini antara pantai yang sempat saya lawat suatu masa dahulu sebelum saya berblog. Kakitravel telah melawat ke sini pada tahun 2008.