Kembara Autumn & Tropika Nov 2015
Saya harap dapat duduk di sini buat selamanya menikmati keindahan daun yang keemasan, merah dan kuning pada waktu musim luruh
Peta Perjalanan Zul Messi
Akibat kejatuhan nilai ringgit yang merundum, USD1 = 4.26 hari ini (25.8.2015), teman ingin tukar destinasi pelancongan daripada Eropah ke China.
Teman ingin adaptasi kembara Autumn & Tropika 2015 fb Zul Messi yang dipost dalam Backpackers Buddies Malaysia (BBM)
Planning Kembara Autumn & Tropika 2015 ( 9 hari China + 6 hari Philippines)
Kos penerbangan:
1) Kuala Lumpur - Manila - Kuala Lumpur (Air Asia):
RM221
2) Manila - Beijing & Shanghai - Manila (Cebu Pacific): RM389
Jumlah: RM610.
Macam-macam dalam kepala bila currency jatuh. Macam-macam tempat nak pergi seperti Balkan Country. Namun hasrat ditangguhkan sebab currency Malaysia makin teruk. Sebelum ini dah merancang ke Philippines. Namun, tempoh 2 minggu terlalu lama di sana. Teringin nak pergi negara sejuk seketika. (Inilah kelebihan bergerak solo, boleh suka-suka hati.huhu)
Alhamdulillah, akhirnya, membuat keputusan untuk ke China melalui Lapangan Terbang Ninoy Aquino, Manila. Sebelum membuat keputusan ini, saya ada membuat kajian sedikit berkaitan 4 musim di sana. Niat di hati, nak pergi masa Autumn tengah lebat. Lazimnya, Autumn yang cantik di kebanyakan negara ( Hemisfera Utara) pada bulan Oktober sehingga awal November. Namun, cuti saya bermula pada 21 November ke atas.
Bagi kebanyakan negara 4 musim, Bulan November merupakan bulan yang penuh kesuraman terutamanya di Amerika, Eropah, Korea & China. Bulan ini merupakan peralihan di antara Autumn ke Winter. Cari punya cari, akhirnya menemui musim Autumn tercantik (daun-daun merah, kuning & keemasan) di Central Japan terutamanya Kyoto & Osaka. Namun, niat di hati nak menjejak ke China kerana Jepun telah dijejaki. Lagipun, flight ke Jepun mahal dari Manila.
Bulan November merupakan low season di beberapa bahagian di China terutamanya Beijing & Xian, Harbin, Urumqi bersiap sedia ke musim sejuk. Kumming, Guilin, Guangzhou pula masih melalui Autumn. Namun, pemandangan Autumn yang hebat pada lewat November sehingga Disember boleh dijumpai di Shanghai, Hangzhou, Nanjing & kawasan berdekatan. Hangzhou antara kawasan paling cantik di China!Saya sudah bertanya di website tour-beijing berkenaan ini. Mereka mengatakan waktu terbaik ke sana mulai penghujung November.
Jadi, akhirnya saya membuat keputusan untuk ke sana.Lebih-lebih saya tidak pernah ke China & tidak pernah melawat negara luar pada musimAutumn. Namun ,trip saya turut meletakkan Beijing dan Xian yang kaya dengan budaya serta sejarah. Di tempat berhampiran Beijing juga terdapat pokok-pokok berwarna yang masih cantik pada penghujung November iaitu Mutianyu Great Wall. Beberapa tempat di Philippines juga menjadi taruhan sekitar Luzon Island.
Berikut merupakan sedikit gambaran perjalanan solo saya:
21 Nov: Flight Kuala Lumpur - Manila (Air Asia). tiba di Manila Tengahari.
Pada sebelah malam flight Manila - Beijing (Cebu Pacific).
22 Nov: Beijing
23 Nov: Beijing
24 Nov: Xian
25 Nov: Xian
26 Nov: Nanjing - Hangzhou
27 Nov: Hangzhou
28 Nov: Hangzhou - Shanghai
29 Nov: Shanghai
30 Nov: Manila - Taal Volcano
1 Dis : Taal Volcano
2 Dis : Mayon Volcano
3 Dis : Legazpi - Manila
4 Dis : Manila
5 Dis : Manila - Kuala Lumpur
Apa kata kawan-kawan kaki jalan kalian ? Saya tengah hendak mengubahsuai itinerary ini dan merancang ke sana sama ada tahun 2015 atau 2016. Selamat mencuba.