Thursday, 26 November 2015

The loved Ones

Tanjong Malim, Perak.

Anakku...
Bila aku tua,
Andai aku jatuhkan cawan atau terlepas pinggan ditangan,
Aku berharap kamu tidak menjerit marah padaku,
Kerana tenaga orang tua sepertiku semakin tidak kuat dan kerana aku sakit.
Mataku semakin kabur. Kamu harus mengerti dan bersabar denganku.

πŸ˜”
Anakku...

Bila aku tua,
Andai tutur kata aku lambat dan aku tidak mampu mendengar apa yang kamu katakan,
Aku berharap kamu tidak menjerit pada aku, 
"mak pekak ke?",
"mak bisu ke? "
"tak dengar ker??"..

Aku minta maaf anakku.
Aku semakin MENUA...

😟Anakku...
Bila aku tua,
Andai aku asyik bertanya perkara yang sama berulang-ulang,
Aku berharap kamu tetap sabar mendengar dan melayanku sebagaimana aku sabar menjawab pertanyaanmu semasa kecil, 
Semua itu adalah sebahagian dari proses MENUA.
Kamu akan mengerti nanti bila kamu semakin tua.

😣
Anakku...

Bila aku tua,
Andai aku berbau busuk, hamis dan kotor,
Aku berharap kamu tidak tutup hidung atau muntah didepan aku.
Dan tidak menjerit menyuruh aku mandi.
Badan aku lemah. 
Aku tidak bermaya untuk lakukan sendiri.
Mandikanlah aku sepertimana aku memandikan kamu semasa kecil.

😷
Anakku...

Bila aku tua,
sekiranya aku sakit, temanlah aku, aku ingin anakku berada bersamaku.

😭
Anakku....
Bila aku tua dan waktu kematian aku sudah tiba, Aku berharap kamu akan memegang tanganku dan memberi kekuatan untuk aku menghadapi kematian.
Jangan cemas. 
Jangan menangis.
Hadapi dengan redha.
Aku berjanji pada kamu.
Bila aku bertemu Allah.
Aku akan berbisik padaNya supaya sentiasa memberkati dan merahmati kamu kerana kamu sangat mencintai dan mentaatiku.

Terima kasih banyak2 kerana mencintai aku....
Terima kasih banyak2 kerana telah menjagaku...
Aku mencintai kamu lebih dari kamu mencintai dirimu sendiri..

πŸ”΄
Menjadi ikhtibar pd kita kalau masih ada ibubapa dn postlah posting diatas kpd group keluarga atau group peribadi keluarga sendiri sebab kite x nak kite atau anak2 kite sentiasa berdosa dgn ibubapa kite atau ibubapa mereka...
..........
RENUNG2 KAN LAH

16 comments:

  1. sayangi dan ingati ibubapa kita..samada masih hidup atau sudah kembali ke rahmatullah...

    thanks..

    ReplyDelete
  2. sebak hati membacanya...pabila kita tua n semakin lemah hanya anak2 yg kita harapkn menghulur pertolongan...kak sudah tua juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga hidup kita diberkati dan semakin dirahmati Allah semasa usia semakin meningkat tua. Insyallah.Amin.

      Delete
  3. hehe saya pun sebahagian daripada tanjung malim perak,,,

    ReplyDelete
  4. sedihnya! semoga saya diberi kekuatan jiwa untuk berbakti kepada kedua ibubapa saya

    ReplyDelete
  5. bro... puitis penulisan..
    jadi hargailah warga2 tua.. suatu hari nanti kita pun
    akn jadi sperti mreka :)

    ReplyDelete
  6. thanks atas peringatan abang MKL

    ReplyDelete
  7. Maa ridhallahu illa fi ridho ilwalidaini...

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas perkongsian MKL

    ReplyDelete
  9. semoga anak abe mkl baca entri ni...nukilan buat mereka

    ReplyDelete
  10. anak2 yg soleh dan solehah tidak akan abaikan ibu bapa mereka in shaa Allah

    ReplyDelete
  11. keluarga bahagia =)
    semoga kekal begini selamanya...

    ReplyDelete