Sunday, 31 July 2016

Cinta dan Ikan

Saya & Ikan
oleh Noor Hidayah Hanapi

Keluarga saya memulakan perniagaan kedai runcit sejak saya berusia 11 tahun lagi..Kedai Runcit Asia namanya, sempena nama mak saya Asiah, tapi orang yang buat papan tanda tu tak letak huruf 'H' di hujung, jadi la nama kedai tu Asia 
😂
Mak berniaga di kedai dibantu oleh Ude (abang saya yang keempat)..saya membantu juga, bantu makan jajan hahaha..
Macam-macam barang ada dijual kat kedai termasuklah barangan basah macam ikan dan sayur-sayuran..
Pada kebiasaannya, bila tiba musim cuti sekolah saya akan mengikut mak ke pasar seawal 6.45 pagi untuk membeli ikan dan sayuran di pasar untuk dijual di kedai runcit
Mak menurunkan beberapa petua kepada saya untuk memilih ikan yang segar..antaranya:
1. Pilih ikan yang insangnya berwarna merah bukan berwarna coklat
2. Ikan yang dipilih mestilah bermata jernih bukan yang macam ada katarak (putih)
3. Mata ikan tertonjol keluar, jangan pilih ikan yang matanya dah terperenyuk ke dalam
4. Bagi ikan yang bersisik macam ikan merah, pastikan sisiknya tidak longgar/tercabut
5. Cium-cium sikit ikan tu, kalau dah berbau sila lah letak balik..cium agak-agak la, jangan sampai lubang hidung terkena badan ikan 
😱
6. Tekan perut ikan, kalau picit lembik, harap tinggalkan ia semula di tempat asalnya
7. Pilih ikan yang rupa paras wajah dan bodinya berkilat, bersinar dan cerah
Banyak lagi tips yang mak saya kongsikan, tapi udah tua-tua ni banyak dah hilang dari ingatan 
😂
..kalau ada lagi petua yang saya tak nyatakan boleh la kawan-kawan kongsi kat sini ye 
😁
Ikan Duyung Kampung Batak Rabit

Friday, 29 July 2016

Cinta dan Sisu

Saya & Sisu
oleh Noor Hidayah Hanapi




Tengah khusyuk-khusyuk mengajar Rukun Islam di kelas Satria Kecil terdengar sorang satria berusia 4 tahun mengomel-ngomel sambil pandang ke arah saya
Saya terus mengajar tanpa mengambil kisah apa yang dicakapkan sebab ingatkan dia bercakap dengan rakan sebelah
Tiba-tiba dia datang ke arah saya sambil memegang tangan saya dan berkata
"Sisu..sisu.." Sambil pegang seluar ( tanda nak ke tandas)
SISU???
😱😱😱
Setelah penat memikir baru saya tahu dari tadi dia memanggil SISU tu rupanya memanggil saya CIKGU hahahaha
Adohai la anak, nasib baik awak tak terkucil dalam seluar ye sebab cikgu tak berapa nak paham bahasa anak-anak kecik ni 
😂😂
Sisu Satria Kecil

Wednesday, 27 July 2016

Cinta dan Wudhuk

Saya & Satria Kecil
oleh Noor Hidayah Hanapi

Satria Kecil Sri Kandi Bangsa 

Semalam dah mintak anak-anak tadika bawak selipar masing-masing untuk praktikal wudhuk..
.
"Bagitahu mak, ustazah suruh bawak selipar untuk belajar ambil wudhuk"
.
Dengan penuh bersemangat, 21 satria kecil menjerit sambil mengangguk akan bagi tahu emak masing-masing
.
Hari kejadian, daripada 21 satria kecil yang setuju nak bawak selipar semalam, 10 satria je yang berjaya bawak, yang lain tertumpas di tengah jalan
.
Dengan wajah suram 11 satria kecil yang tak bawak selipar hanya mampu melihat dari tepi kawan-kawan lain berwudhuk
.
Tak pe la, baki 11 satria kecil akan ambil wudhuk minggu depan ye..
.
Daripada pemerhatian saya, ramai anak-anak kecil seawal usia 5 tahun sudah pandai ambil wudhuk walaupun tak sempurna..Alhamdulillah ramai yang bagitahu mereka belajar dengan melihat mak dan ayah berwudhuk..
.
Bak kata pepatah, bagaimana acuan begitulah kuihnya.. Kalau kita nak anak-anak bertutur, bertindak dan berfikir dengan baik, ibu bapa sebagai orang yang paling rapat dengan anak-anak hendak lah menunjukkan perkara yang sama

Ustazah Satria Kecil

Monday, 25 July 2016

Cinta dan Kantan Putih.

Saya & Kantan Putih
oleh Noor Hidayah Hanapi

Hari ni balik ke kampung untuk berjumpa dengan mak dan adik beradik..masak le laksa..tup tup mak masuk rumah bawak kantan putih ni
Pelik pulak nengoknya, selalu nampak kantan merah je, jadi dengan perasaan teruja saya pun tangkap gambar hehehe
Kawan kelantan saya bagitahu, berbanding kantan merah orang kelantan lebih suka guna kantan putih untuk buat nasi kerabu..apa bezanya saya masih tak tahu 




😂

Friday, 22 July 2016

'Daehan Minguk Giveaway By Siti Yang Menaip.

Hadiah-Hadiah Daehan Minguk Giveaway By Siti Yang Menaip :

3 x Magnetic Holder Memo (3 Pemenang)
4 x Keychain Korean Folk (4 Pemenang)
3 x Fridge Magnet (3 Pemenang)
2 x Korean Souvenirs Nail Clipper (2 Pemenang)

12 Pemenang !! 12 Pemenang !!

Syarat-syaratnya :
1. Follow blog Siti Yang Menaip.
2. Buat entry bertajuk 'Daehan Minguk Giveaway By Siti Yang Menaip.
3. Sertakan banner giveaway di dalam entry.
4. Backlink ke entry INI.
5. Tag seorang rakan blogger.
6. Publish entry anda.
7. Wajib untuk sertakan link entry penyertaan anda di ruangan komen entry INI sahaja.
8. Selesai. All the best.

Tarikh akhir penyertaan :

Thursday, 21 July 2016

Cinta dan Pokok Legundi

Saya & Pokok Legundi
Oleh Noor Hidayah Hanapi

Daun legundi..depan bewarna hijau, bahagian belakang warna hijau pucat 

Daun legundi dan bunganya..purple gitew

Ini pokoknya..ada yang lagi besar dan tinggi

Pagi ni berjalan-jalan keliling rumah..ternampak pulak pokok legundi..sesetengah tempat panggil pokok ni pokok lemuni
Teringat zaman kecik-kecik dulu, mak selalu masak nasi legundi..walaupun warna nasi jadi hitam disebabkan daun legundi, tapi rasanya amat sedap dan aromanya sungguh wangi sampai teringat-teringat hingga sekarang
Nasi legundi ni bahan-bahan dan cara masakannya sama seperti kita buat nasi lemak cuma kita tambah air kisar pucuk daun legundi je..kemudian campur sekali dengan santan..
Bila tengah mendidih tu, fuhhh bau dia sekampung dapat cium..belum masak lagi dah pegang pinggan nak cedok..rakus bebenor Hidayah ni
Mak selalu lawankan nasi legundi ni dengan sambei bileh kerin atau ikan masin gelama masam, ohoiii memang bertambah-tambah makan sahor
Banyak khasiat daun legundi ni, antaranya boleh mengubati muntah darah, pulihkan anggota badan yang lemah, bijinya boleh dibuat ubat cacing, menghalau kutu dan mencegah kelemumur, mengubati kurap dan luka-luka dicelah kaki dan banyak lagi la..kome tanya pakcik gugel untuk maklumat lanjut
Peminat tegar nasi legundi dulu kini & selamanya

Tuesday, 19 July 2016

Wareh Atok Napi & Opah Siah

Teluk Intan

Selamat hari raya 2016. Sangat sibuk ketika ini. Nak buat posting juga. Post le sebahagian besar ahli keluarga yang bertemu pada hari raya 2016 di Teluk Intan. Ahli-ahli keluarga ini adalah sebahagian daripada wareh Atok Napi dan Opah Siah. 

Doa yang baik-baik untuk kami. Semoga kami berjaya dunia akhirat. Semoga kami dirahmati dan disayangi Allah SWT selalu.

  Gambar syawal 2016

Saturday, 16 July 2016

Saya & Labu Siam

Saya & Labu Siam
oleh Noor Hidayah Hanapi

Saya tak pernah mencuba labu siam ni sehingga lah saya berkunjung ke Cameron Highland..sayur-sayuran yang dijual 7 paket 10 ringgit membuatkan saya rambang mata memilih..akhirnya untuk memenuhkan kuota saya terpaksa membeli labu siam ni 
😂
Pada mulanya terfikir "apa lah yang nak dimasak dengan labu siam ni..rupa nya macam pahit je 
😭
" dalam keterpaksaan sebab dah beli, saya pun masak la labu siam ni menggunakan resepi yang sangat la easy the kacang goreng..

Dalam fikiran saya, sekurang-kurangnya kalau tak sedap bila dah masak nanti tak la saya hangin sebab berpenat lelah memasak 😈
Saya pun hiris bawang besar sebijik, bawang putih 2 ulas, cili padi sebijik, siang udang putih dalam segenggam.,dah siap potong semua campak je dalam kuali..agak-agak dah layu bawang masukkan labu siam yang dah dibuang kulit dan dipotong kecik
5 minit 10 minit 15 minit tak lembut-lembut jugak labu siam ni..dah sudah, hang dah kenapa tak lembut-lembut lagi ni, letak ayor dah untuk bagi lembut..letak klorok kang baru hang tau..dengan kami-kami innalillah
Akhirnya dlm 20 minit baru la lembut..fuhh lega, nasib tak letak klorok tadi..
Siap-siap senduk nasi, cedok sayor labu siam ni dalam pinggan dan ngap..ohoii mesti kome tak percaya, rasanya ya amat mabeles..bertambah-tambah nasi malam tu..tak ada yang tak sedap melainkan sedap belaka kakaka
Ok la semua, kakak kawasan nak cari resepi sedap yang lain..mana tau kan bulan-bulan puasa ni boleh kenyang dengan tengok lauk dalam interne

 Labu Siam
Teman suka makan sayur labu siam, lebih-lebih lagi isteri tersayang yang masak.

Thursday, 14 July 2016

Kantan Merah & Laksa

Saya & Kantan Merah
Oleh Noor Hidayah Hanapi (Cinta)

Semalam pergi kedai runcit yang ada kat depan rumah..masa dalam kedai tak de angin tak de ribut tiba-tiba saya terloncat sambil tertawa jahat macam Sarip Dol dalam drama P.Ramlee
Encik Suami: Haihh kenapa pulak tiba-tiba tersengih macam kerang busuk ni
Saya: ini (sambil tunjuk kantan merah)..abang nampak tak apa ni?
Encik Suami: Itu kantan merah..kenapa, nak beli ke?
Saya: Aiyooo abang, ini bahan berharga Ida nak tunjuk kat kawan-kawan pesbuk ni
Hasilnya: Encik Suami pun berlalu pergi dengan muka maleh nak layan, meninggalkan isterinya yang bertungkus lumus sedang mengeluarkan henpon dari beg, lantas menangkap gambor kantan merah tanpa segan silu di khalayak ramai.

( Peminat tegar laksa)

 Merahnya Mak Ngah
Bunga yang begitu indah di mata. Subhanallah.

Tuesday, 12 July 2016

Solat Mr Backpacker

Saya & Solat
Oleh Noor Hidayah Hanapi (Cinta)


Jarang-jarang sekali saya dapat solat di masjid atau di bilik hotel bila saya travel ke luar negara..salah satu asbabnya ialah kesukaran mencari masjid yang sedikit di negara majoriti bukan Islam
Saya akan mencari tempat yang suci daripada najis dan bukan tempat yang dilarang solat seperti kubur, tempat pembuangan sampah, tengah-tengah jalan..bukan solat tak sah jika sembahyang di sini, tapi tak digalakkan dalam Islam
Biasanya saya akan mencari tempat lapang untuk solat seperti di taman-taman (Adelaide), di tepi laut (Melbourne), betapa nikmatnya dapat solat sambil disapu angin sepoi-sepoi bahasa, di roof top pasaraya (Filipina) etc
Saya juga pernah solat di bawah tangga pasar raya semasa di Korea..tapi percayalah, solat di tempat begini akan membuatkan hati kita tak tenang kerana kadang-kadang orang yang lalu lalang akan tengok kita semacam je (eh ke iman saya tak kuat 😱)
Berjalan ke luar negara yang tak ada masjid bukan penghalang untuk kita menunaikan kewajipan kepada Allah..Islam itu mudah tapi jangan ambil mudah..Pelajari perkara-perkara asas dalam Islam insya-Allah tiadalah rasa berat untuk melaksanakannya.
Inshaallah lain-lain masa saya kongsi tips travel yang lain pulak 😃



Pun pernah solat di tepi muzium ni di Botanic Garden Adelaide — in Adelaide, South Australia.

Pernah solat di Witungga Botanic Garden ni..agak creepy sebab langsung tak ada orang walaupun masa tu cuaca tersangat la baik..tak tau la mana penduduk tempatan pergi masa ni — in Blackwood, South Australia.

Solat di Springfield ni memang aman damai — in Belair, South Australia, Australia.

Saya solat di celah-celah batu ni semasa di Wilson Prom National Park..agak mencabar sebab angin sangat kuat..tak bawak telekung pulak masa tu, kena pin tudung atas bawah untuk tak bagi tudung melayang — in Yanakie, Victoria.

Sunday, 10 July 2016

Iklan Hari Raya Terbaru 2016 PETRONAS Malaysia "Vroom Vroom" - Very Touc...

IKLAN PETRONAS 2016




Ta

Taqaballahuminna wa minku
Salam Syawal
Maaf Zahir Batin
Dari saya serta keluarga.
Semoga kita berfikiran positif dan insyallah, moga kita ketemu Ramadhan yang amat ditangisi ktia semua.


Friday, 8 July 2016

Iklan Raya Yang Pasti Membuatkan Anda Menangis Kisah Benar Dato' Red - 2...


KISAH BENAR DATO' RED 2016 





Taqaballahuminna wa minku
Salam Syawal
Maaf Zahir Batin
Dari saya serta keluarga.
Berfikiran positif dan insyallah, moga kita ketemu Ramadhan yang ditangisi

Wednesday, 6 July 2016

Kisah Sedih "Pulang" - Iklan Hari Raya Terbaru 2016 JKKN Perak Aidil Fit...

IKLAN RAYA JKKN 2016 



Taqaballahuminna wa minku
Salam Syawal
Maaf Zahir Batin
Dari saya serta keluarga.
Berfikiran positif dan insyallah, moga kita ketemu Ramadhan yang ditangisi.

Tuesday, 5 July 2016

Moh Kita balik Kampung Teluk Intan

Dari Tanjong Malim ke Teluk Intan

Kami Sekeluarga. Doa agar hubungan baik kami kekal sampai ke Jannah

Kawan-kawan,
Saje teman gatal tangan nak tulis juga. Keperluan balik kampung. Maklum le anak beranak atok opah 8 orang, belum kira anak cucu yang berpuluh ribu.
I) Bawa balik keperluan alat-alat mandi. Kan kau suka mandi macam kerbau berkubang. Belum kira kau toceng lagi.
2) Bawa balik towel masing-masing. Nanti kalau semua opah cucu jenis bangang tak bawal towel balik. Kesat badan kau pakai langsir jelah nanti.
3) Bawa extension wire 5 suis. Taklah kau bangang bila tak dapat call mak we. Kan title kau suamiku playboy. Bini & anak-anak boleh caj. Tak kira orang yang menumpang lagi. Kau dapat pahala lagi. Lagi bagus, standby power bank.
4) Bawa balik seterika sendiri. Kan kau tu playboy. Bini kau jenis yang memasang badan. Bini hendak kelihatan cantik dan anggun 24 jam. Kalau boleh angkut iron board sekali.
5) Kalau bawa boleh bawa tilam @ toto. Kan cucu opah berpuluh ribu. Kalau ada khemah atau sleeping bag itu lagi cun.
6) Kalau sembang adik beradik jangan lupa dunia, sampai terlepas solat di pagi raya. Tido awal sikit, Allah SWT tetap diutamakan daripada hal-hal lain sekalipun anak bini mak bapa.
7) Ajak isteri & anak-anak perempuan tolong mak basuh pinggan dan kemas meja lepas makan. Anak lelaki boleh tolong atok sapu laman, ligan ayam sebagai contohnya. Jangan jadi seperti setengah isteri atau anak-anak yang duduk terkangkang dengan mulut boleh tahan juga.
8) Jaga aurat masing-masing. Ingat kita tak boleh bersalam dengan semua orang. Belajar dengan ustaz dan ustazah hal yang simple ni. Malu je kalau bab simple ini buat tak tau je.
9) Kalau hendak bersembang, sembang yang baik-baik sahaja. Buang perasaan hasad dengki. Kalau bertujuan menyakitkan hati orang baik diam sahaja. Selamilah perasaan adik beradik yang kurang berada daripada kita. Kalau ditanya, boleh dijawab dengan ringkas sahaja terutama bab melancong, kereta dan kepandaian anak-anak. Fokus pada silaturrahim.
10)Jangan selalu terperap dalam bilik terutama menantu perempuan. Ringankan tangan terutama di dapur. Jangan hendak maintain cantik, meluat orang nanti.
11) Kalau beraya di rumah mak mertua cuba terima semua keadaan seadanya. Siapa suruh kahwin anaknya. Kalau kahwin anaknya, keluarganya kena angkut sekali.
12) Kita balik kampung bukan kerana budaya. Balik kampung kerana mak ayah. Mak ayah kita yang berwajah syurga. Nanti kang menyesal apabila mereka telah tiada. Kau pasti tidak menyesal apabila terpahat memori terindah dalam sanubari. Hargai dan syukuri sebelum hilang sekelip mata di mata kau. Bukan lama sangat pun, begitu cepat berlalu seperti berlalunya ramadhan 2016. Mana kita sedari, besok dah satu syawal. Bengang kita dibuatnya. Last-last terpampang batu nisan mak ayah di depan kita.
Taqaballahuminna wa minku
Salam Syawal
Maaf Zahir Batin
Dari saya serta keluarga.
Berfikiran positif dan insyallah, moga kita ketemu Ramadhan yang ditangisi

Friday, 1 July 2016

Moh kita cari bunga liar di Perth dan Western Australia

Perth & Western Australia

Moh kita kenali bunga liar (wild flowers) di Perth dan Western Australia, Tujuan utama adalah sebagai persiapan untuk mengenali bunga-bunga liar yang banyak terdapat di Western Australia. Maklumlah kami akan ke sana dalam musim bunga. Walaupun terdapat beratus ribu jenis bunga-bunga Iiar di sana, cukuplah sekadar bagi  kami mengenali 10 jenis bunga liar yang tumbuh liar di sepanjang jalanan di Western Australia. Semasa kami di sana nanti, sekiranya diberi masa dan peluang, insyallah kami akan sama-sama berkongsi bunga-bunga Iiar lensa kamera kami nanti. 


 Artby Tinaharada08.blogspot.com
Nama bunga : Everlasting Daisy's. Perth Botanical Garden.

 www.adamspinnacletours.com.au
Nama bunga : Iconic WA Acorn Banksia, Kings Park

 www.123rf.com
Nama bunga : Bottlebrush, Albany

 www.flickr.com
 Nama bunga : Pink Everlasting field at King Park, Perth.

 wanativegarden.wordpress.com
Nama bunga :Aka Geraldton Wax

 www.westernaustralia.com
Nama bunga : Western Australian Christmas tree and grass tree, Cape Le Grand National Park.

 www.pinterest.com
 Nama bunga : Common waxflower Hoya

 esperance wildflowers.blogspot.com
Red Rod, Esperance.

 www.evergreengrowers.com.au
Golden Robinia


imageevent.com
Nama bunga : Phymatocarpus maxwellii wildflower Fitzgerald River National Park.


www.agric.wa.gov.au
 Nama bunga : Canola field

Come Explore Western Australia's Wildflower Country